30 Ogos 2015,dari Kuala Kangsar ke Lenggong. Nak menginap di Resort Tasik Raban malam ini..tawakal ajelah kalau ada bilik lagi adalah rezeki nak merasai bermalam di resort tu. Selepas keluar dari Muzium Arkeologi Lenggong tu rasa nak makan laksa pulak. Masuk ke restoran ini tapi makanan sudah habis.
Kalau datang waktu tengah hari mungkin banyak lagi lauknya. Dah pukul 5 petang memanglah dah habis.
Ikut je sign board Tasik Raban,akhirnya jumpa kedai makan ni berhampiran dengan RNR Tasik Raban.
Aku dan Faezah order laksa.
Hujan lebat masa kami menjamu selera. Syukurlah hujan dah reda selepas selesai makan jadi bolehlah mengambil gambar tasik ni.
Tasik ni di belakang kedai makan tu je.
Cantik pemandangannya..sayup kelihatan bukit yang berkabus.
Tangkap gambar banyak-banyak dengan Lumix..cepat je proses dari satu gambar ke gambar seterusnya.
Makan nasi lemak sambal ikan bilis,telur goreng dan timun. Alhamdulillah sedap dan habis sepinggan nasi.
Kayak pun ada.
Model jeti ...muka nak cepat balik kampung tu.Tak nak balik malam drive ke Subang,apara Faezah tak adventure la...
Bukan dah tutup 2010 ke rnr
ReplyDelete