Wednesday, 26 August 2015

RUMAH BUYA HAMKA DI BUKIT TINGGI SUMATERA BARAT

Hari ketiga di Bukit Tinggi,Sumatera Barat Indonesia pada 16 Ogos 2015. Rumah kelahiran Buya Hamka.Setelah menempuhi laluan kelok yang panjang dan lama sampai juga ke sini,hujan pun turun waktu aku sampai. Tak lama menanti datang seorang lelaki yang kuanggap penjaga museum ini.


Inilah Museum Rumah Kelahiran Buya Hamka


Hujan makin lebat jadi kami cepat-cepat naik ke rumah ini.


Persekitarannya dijaga rapi.


Tong sampah kitar semula.


Lelaki ini memegang kunci rumah ini.
Siapakah dia?


Aku menulis nama dan menandatangani buku pelawat yang disediakan serta menulis jumlah infaq yang diberikan. Aku sempat menanyakan siapakah beliau,rupa-rupanya beliau ialah cucu generasi ketiga kepada Buya Hamka. Aku tak sempat bertanyakan namanya.


Banyak potret,album,buku-buku dan anugerah yang diperoleh oleh Buya Hamka dipamerkan di rumah ini.


Siapakah Buya Hamka? Aku mengenali beliau melalui novelnya yang terkenal iaitu Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Novel tersebut banyak kali diulang cetak di Malaysia dan aku telah membacanya sebanyak dua kali.Buku ini juga telah difilemkan pada tahun lepas. Nama sebenar beliau ialah Prof Dr Hj Abdul Malik Karim Amrullah atau nama timangannya Hamka. 


Buya merupakan panggilan untuk orang Minangkabau yang berasal dari kata abi@abuya dalam bahasa Arab yang bermaksud ayahku atau seseorang yang dihormati.


Buku tulisan Buya Hamka banyak dipamerkan di sini.


Buya Hamka dilahirkan di Maninjau,Tanjung Raya Sumatera Barat pada 17 Feb 1908,meninggal di Jakarta pada 24 Julai 1981 pada usia 73 tahun.
Buya Hamka merupakan sasterawan Indonesia,ulama,ahli falsafah dan aktivis politik yang terkenal.


Di sinilah aku duduk sambil mendengar tazkirah percuma daripada cucu Buya Hamka...tazkirah tentang jodoh.Jodoh yang tidak kelihatan lagi dan hanya Allah yang tahu. Beliau dapat meneka pekerjaanku yang sebenar dan aku kira beliau mempunyai ilmu makrifat,menggunakan mata hati untuk menilai diri seseorang.



Gambar Buya Hamka yang kuambil daripada album di atas meja.


Buya Hamka bergambar dengan pelancong.


Memilih jodoh yang sesuai untuk akhirat dan bukan dunia sahaja- kata cucu Buya Hamka.


Jubah anugerah kedoktoran turut dipamerkan. Tak sampai setengah jam aku keluar untuk ke tempat lain pula.


Berhenti minum es labu di kedai Bundo Kanduang,Rp 10 ribu untuk semangkuk es labu.


Ini gambar pemilik kedai ini kot.


Es labu yang bagi aku biasa-biasa je dan tak rasa labu sangat.


Tempat duduk untuk pelanggan.


Aiskrim labu pun ada dijual tapi aku dah tak larat nak makan,sejuk es labu tadi masih terasa dalam perut ni.


Pelbagai jenis sanjai atau kerepek dijual di sini.


Batu akik untuk cincin pun ada,masih belum dipotong lagi. 


Hanya mengambil gambar kerepek ini.


Aku hanya membeli kerepek labu dan kerepek perisa ikan. Ada memakan kerepek jengkol atau jering tapi pelik rasanya jadi aku tak membelinya. 


Daerah ini memang banyak sayur labu yang ditanam oleh penduduknya. Labunya cukup besar dan subur.


Dalam perjalanan keluar dari kawasan kelok ini ada orang menjual durian di tepi jalan. Beli durian sebiji sahaja dengan harga Rp15,000. 


Pakcik tu tolong kopekkan durian. Manis rasanya lemak-lemak sikit.


Nyum nyum...sedapnya...


Kejap je dah habis,setakat sebiji makan berdua.


Pakcik tu cerita ada pelancong 5 orang dapat habiskan 7 biji durian yang besar-besar tadi. Durian ini dia beli daripada pemilik dusun,bukannya durian sendiri.


Kedai sulam yang terakhir aku pergi di Bukit Tinggi,sudah lewat petang.Esok dah nak balik ke Malaysia.


Banyak telekung cantik-cantik di sini.


Aku membeli 2 pasang kain cotton bersulam,dan 2 helai kain batik.


Belek-belek ....pilih-pilih sampai juling biji mata aku ni.


Banyak pilihan sulaman dan jenis kain. Sulaman yang aku pilih ada pada patung yang terletak di tingkat atas.


Di sepanjang jalan memang banyak kedai  sanjai atau kerepek atau keropok seperti ini. Mananti tu nama pemilik kedai tu. Ada nama Sanjai Rahmat,Sanjai Elly dan banyak lagi la ,kerepeknya lebih kurang sama je. Kalau makan nasi mereka suka makan keropok macam orang pantai timur je. Aku belum makan tengah hari lagi rupa-rupanya tapi rasa dah pusing kepalanya. Berehat sebentar di rumah Firman,berkenalan dengan ibunya yang baik hati. Aku bersolat di sini.


Sampai di hotel jam 6 petang.Keluar makan malam pada jam 7.30 malam. Makan malam yang terakhir di Bukit Tinggi -Rumah Makan dan Restoran Family 


Nasi padang malam ini. Aku memilih daging masak dendeng,sambal tomato,ayam kampung (dah lama tak makan ayam,teringin pulak sebab ayam kampung bolehlah dimakan),sayur ubi rebus. Air putih je . Ramai pelanggan makan di restoran ini.


Bertambah makan malam ini..lapar baru makan nasi sejak pagi tadi hanya sarapan nasi goreng. Alhamdulillah makanan nasi padangnya enak di sini. Terima kasih Firman. Semoga rezeki selalu bertambah.

No comments:

Post a Comment