Resort Tasik Raban -30 Ogos 2015 pada jam 2.30 petang sampai di sini. Alhamdulillah tak susah mencari jalan ke Lenggong ini. Makan tengah hari di Lenggong.Di Kuala Kangsar ada kedai makan tapi asyik terlepas sahaja dan ada yang disinggahi tapi makanan yang dijual sudah habis. Lauk tengah hari dengan nasi putih,ikan pekasam,ikan kembung goreng dan sambal belacan. Faezah mendaftar di pejabat pengurusan resort dan terus membayar RM120 untuk chalet standard.
Pintu gerbang Resort Tasik Raban,Lenggong Perak. Di kiri tu pondok pengawal keselamatan tapi tiada pekerjanya.
Inilah chalet kami malam ini,Chalet Superior 07...ala James Bond. Best mengadap tasik. Cuaca redup je petang ni. Angin pun bertiup kuat.
Persekitaran bersih dan rumput terjaga.
Kelihatan jambatan Raja Muda Nazrin Shah yang sekarang sudah menjadi Sultan Perak.
Bergambar di beranda chalet.
Almari dan bilik air. Ada air panas. Aircond sejuk sangat,dua kali terjaga untuk offkan aircond.
Televisyen ada siaran TV3 sahaja. Water heater dan instant nescafee ada disediakan.
Chalet superior mengadap tasik. Ada 10 unit chalet superior.
Hujan renyai. Tak berpeluang melihat matahari terbenam hari ini.
Keadaan berkabus. Teringat suasana di Bukittinggi Sumatera Barat.
Ada taman permainan untuk kemudahan anak-anak.
Dormitory ada 6 unit,1 dorm ada 3 bilik untuk 12 orang. Harganya RM300,kalau cuti RM350.
Chalet Deluxe ada 2 bilik. RM200 pada hari biasa,RM250 pada hari cuti.
Di dalam pejabat pengurusan ada menjual t-shirt Tasik Raban dan makanan ringan.
05-7512799 atau
019-5763414. Resort ini juga menyediakan kemudahan berkursus,hari keluarga,seminar dan pelbagai jenis program. Pakej termasuk penginapan,6 kali makan sehari dan kegunaan kemudahan lain.
Di sini boleh menyewa basikal RM10 sehari. Kemudahan lain seperti memanah dengan harga RM10 untuk 10 anak panah. Kalau nak merasai pengalaman memberi rusa makan pun ada dengan bayaran RM5 untuk 1 peket makanan.
Suasana pagi pada 31 Ogos 2015.
Merdeka!Merdeka!Merdeka!
Salam. Saya baru singgah Restoran Tasik Raban di Lenggong bersama keluarga. Sangat puas hati dengan hidangan2 terutama ikan2 bakar dengan pelbagai jenis ikan sungai. Tempat parking luas dan ruang makan pun luas. Saya baru letak gambar2 yang diambil masa makan disini dalam blog saya di www.blogmakanbest.blogspot.com
ReplyDeleteSenang2 tu jenguk2 la ye blog saya ni. Semua topik 100% tentang makan, makan dan makan hihi...tempat makan2 yang menarik di merata tempat terutama sekali di Johor tanah tumpah darah ku :) Sila tinggal kn komen ye bila menyinggah tu dan kalu minat follow yer...terima kasih banyak2
Nice
ReplyDeletedlm perancangan nk pergi tasik raban hujung tahun ni 2017,,,harga chalet masih sama ke?
ReplyDeletesalam, resort ini di bina atas tapak R&R Tasik Raban yg famous? with the view of the lake from the top?
ReplyDeletetrm kash, yang benar Winnie
blh memancing x?
ReplyDeleteboleh memancing di kawasan dataran tasik raban
Delete