Monday, 10 August 2015

Bila Izrail datang Memanggil

Hari ini 11 Ogos jenazah makcikku Siti Fatimah selamat dikebumikan. Kelmarin selepas Asar Allahyarhamah kembali ke rahmatullah. Hanya demam biasa dan tidak makan selama dua hari sahaja,mudah pemergiannya. Selepas 6 bulan kehilangan abang kandung. Perjalanan hidup seseorang tertulis sejak dalam kandungan lagi. Pengakhiran hidup juga tidak kita ketahui di mana,bagaimana,mengapa dan siapa atau apa...
1. Di manakah kita akan meninggal..di rumah sendiri atau rumah orang lain?Negara sendiri atau negara orang lain?
2. Bagaimana..cara kematian kita nanti adakah khusnul khatimah? Sesuai dengan amalan kita semasa masih hidup atau sebaliknya?
3. Mengapa....punca kematian kita disebabkan penyakit,kemalangan mengejut,sakit tua atau apa sahaja?
4. Siapa...orang yang berada di sisi saat kita menghembuskan nafas terakhir,siapakah?Orang yang rapat atau tidak?
5. Apa....perkara yang berlaku saat jenazah kita dimandikan,dikapankan,solat  jenazah dan dibawa ke tanah perkuburan...perkara baik atau sebaliknya?

Allahu akbar...Allah Maha Besar,Kau yang Maha Mengetahui. Ampuni dosa-dosaku yang ibarat buih di lautan ini. Peliharalah nikmat iman dan Islam ini.


Masa aku sampai mayat sudah dimandikan di depan pintu masuk rumah makcik. 


Kaki makcik yang sebelah kanan dipotong disebabkan kencing manis


Lima orang termasuk ibuku turut memandikan jenazah. Aku demam dan masih tak sedap badan.


Sepupu aku menyapu keluar air mandian mayat


Air yang digunakan


Kain putih,kapas dan cendana


Aku duduk dipenjuru kepala jenazah. Memang nampak jelas wajahnya. Sayu hati aku tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Aku sempat menyikatkan rambutnya. Rasanya itulah pertama kali aku menyikatkan rambutnya. Aku juga meletakkan minyak wangi di atas jenazah. Wangi tapak tangan aku sampai pulang ke rumah.


Sedia untuk disolatkan 


Makcik aku iaitu kakak kepada makcik Siti Fatimah yang meninggal dunia itu. Mereka ialah adik ayahku.


Jenazah disolatkan


Tetamu wanita yang menziarahi sejak awal pagi. Lebih awal sampai daripada aku.


Keranda yang akan membawa jenazah masuk ke dalam van jenazah


Jenazah diangkat beramai-ramai


Saat akhir meninggalkan rumah


Jenazah dimasukkan ke dalam van


Cucuri rahmat ke atas rohnya 



Catatan blog aku kali ini bukan hanya untuk gembira semata-mata. Perjalanan ke tempat abadi. Suka duka silih berganti  dalam hidup ini,ingati mati walau di mana jua berada agar kita insaf dengan amalan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment