Sunday, 9 August 2015

KL Sentral

Sabtu 8 Ogos 2015 aku mendengar ceramah bertajuk "Membangun Sahsiah Cemerlang" yg disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Zamri bin Samsudin. Antara intipati ceramah beliau ialah:

Agar Allah Mencintai Kita

1.Meneladani Rasulullah
2.Menziarahi kenalan kerana Allah
3.Mencintai orang lain kerana Allah
4.Sentiasa bertaubat
5.Baik hati dengan orang lain
6.Merendah diri dengan saudara beriman yang lain
7.Mengucapkan alhamdulillah atas segala nikmat
8.Zuhud iaitu tidak teruja dengan dunia
9.Tidak melakukan kerosakan
10.Bersabar atas musibah
11.Adil dan objektif
12.Tidak mengkhianati amanah
13.Bertawakal kepada Allah
14.Membaca Al-Quran
15.Lemah lembut dan tenang

Habis ceramah pada jam 12.45 tengah hari lalu aku terus bergegas ke Shah Alam.


Jam 2.49 petang sampai di kaunter tiket komuter seksyen 18 Shah Alam. Beli tiket pergi balik ke KL Sentral RM5.00


Naik jejantas utk laluan ke KL 


Ramai dah yg menunggu komuter sampai


Komuter ke Pelabuhan Klang


Jangan melompat di sini kalau tak nak mati katak



Berdiri je tempat duduk dah penuh


Duduk di koc wanita. Kalau lelaki salah masuk mesti cepat-cepat tukar ke koc lelaki,kalau tak malu nanti ada pengumuman atau pegawainya datang menunjukkan koc yang betul. Hehe


Last aku naik komuter ni masa bulan April tahun ni la dengan mak dan Faezah. Saja nak ke Jalan TAR


Koc lelaki tu 


Sampai di KL Sentral jam 3.41 petang. Nasib tak terlelap sebab mata mengantuk sangat,kalau tak sampai ke bandar raya la


Banyak kiosk menjual pakaian


Tempat makan pun banyak


Surau ada banyak bilik,telekung elok bawa sendiri la sebab telekung di sini kotor dan berbau masam


Kemudahan menyimpan barang. 4 jam untuk RM20


3 jam RM15


Mesin jual pad kat depan tandas.Guna tandas kena beratur,di luar ye bukan depan pintu tandas tu



Makan tengah hari dengan sandwic telur je RM2.50,kemudian makan soluble panadol,rasa nak selesema 


Duduk di tepi kaunter tambahan tiket komuter. Pinjam kerusi kat situ la senang sikit nak makan ubat kan


Raya belum habis lagi


Kaunter pertanyaan asalkan tak tanya benda lain yg takde sangkut paut dengan  kemudahan di sini dah la ye. Tak berenyi orang bertanya,penat aku tengok
Aku pun tanya juga kat mana Air Asia tu.Dah lupa walaupun ini kali kedua datang.


Inilah tempat yang aku nak tuju sebenarnya,uruskan tiket flight aku kedua destinasi berlainan pada 14 Ogos dan 19  Sept nanti.


Giliran aku nombor 2185,duduk sabar menunggu


Nak tempah tiket pun boleh guna mesin ni je. Ada pekerja yang akan membantu kalau kita tak pandai gunakan


Kat sini boleh print boarding pass kita atau check in la. Bayar RM4 untuk pergi balik. Aku terus print kat sini je.


Alhamdulillah selesai misi hari ni,tukar tarikh bulan Sept tu kena bayar tambahan RM152 lagi. Tak mengapalah aku reda je


Tingkat satu belok kiri ye..aku ada tiga flight lagi dengan Air Asia ni,bulan Ogos,Sept dan November. Selepas tu nak rehatlah dulu tunggu tahun 2016 pulak. Insya-Allah aku rancang hendak ke Guilin China,Turki,Vietnam,Southampton UK dan yang pastinya Indonesia macam ada lagi je ni hehe...Permudahkan dan berikan aku rezeki ya Allah.Masa ni aku dah tau akan berkursus di Pulau Langkawi selama 3 hari,balik kursus terus fly lagi...hmmm padatnya jadual,dalam teruja dengan rezeki ni aku berdoa moga-moga sihat dan lancar semuanya.Tolong aku ya Allah.Permudahkan segalanya.


Kaunter tiket ke Genting Highland,dekat je dengan pejabat Air Asia ni. Pernah sekali je ke sana tu pun masa zaman sekolah rendah. Tak teringin pun nak pergi lagi .


Dah nak balik sebenarnya,terserempak dengan Faezah dan kawannya pulak. Jalan-jalan kat NU Central,shopping complex  je ni.. Luas boleh sesat kalau tak hati-hati dengan persekitarannya. Parkson pun ada. Cari baju jenama Nicole tapi takde yg berkenan. 


Jenuh berjalan



Tak jumpa kasut yang berkenan. Tudung AJ pun takde yang berkenan juga. Window shopping le..,pergi kedai Fotokem tengok kamera mirror lens,fikir banyak kali nak beli ke tak


Terapi minda

 
Fuhhh ramainya manusia yang mempunyai pelbagai tujuan juga destinasi


Dah selamat keluar dari NU mall tadi. Melilau mencari jalan keluar,aduh...penat


Nak makan mi tarik,resipi warisan dari negara China. Lama dah teringin nak makan...kat Padang Jawa Shah Alam ada restorannya. 


Kami memilih tempat kat atas,kiosk makanan mamak. Duduk je tunggu orang kedai ambik order. Jus buah,mi tarik,dan roti bakar. Perut dah berkeroncong lagu merdu.


Bahagian bawah


Jus buah datang terus bayar,mahal tu . Sedap sangat ke


Air carrot RM6,tak letak susu,asli rasa carrot. Untung gila berniaga kat sini


Ha ni la air mahal RM12 mix berries,hmm air Faezah


Tu dia mi tarik yang enak..ada sayur dan daging,aku dah lama tak makan ayam. Kalau ada jamuan raya memang tak sentuh ayam dah. Harga mi tarik ni RM10  semangkuk.


Bil mi tarik


Aku parking kereta di zon lelaki,bila balik barulah perasan papan tanda ni di bahagian depan. Untuk keselamatan pemandu wanita,tempat parkingnya berasingan dengan lelaki. Bayar parking kat slot machine je RM4,murah je kan untuk beberapa jam tu. Perubahan sistem parking ini disebabkan ada kes rogol membabitkan seorang pekerja wanita yg meletakkan kereta terlalu jauh seawal jam 5 pagi. Nak naik tren awal ke tempat kerja la ni. Jahat betul manusia yg merogol tu semoga mendapat balasan setimpal. Wahai wanita sentiasalah berwaspada dan berdoa selalu,ingati Allah di mana jua kita berada. Dalam susah dan senang,hanya Allah penolongku yang terbaik dan sempurna.Tidur di rumah Along malam ni.

No comments:

Post a Comment