Wednesday 21 June 2017

Travel Ramadan 2017 : Kawah Putih Ciwidey,Bandung


 KAWAH PUTIH 28 Mei 2017

Hari kedua di Bandung pada bulan Ramadan.Alhamdulillah cuaca sangat baik hari ini.Kami keluar dar Hotel Unik pada jam 8.30 pagi.Perjalanan ke Kawah Putih yang terletak di Ciwidey Bandung Selatan ini mengambil masa kira-kira dua jam.Ada yang sempat tidur di dalam kereta.Aku tak dapat melelapkan mata kerana sibuk menikmati kiri kanan jalan,bangunan yang ada dan berdoa dalam hati semoga hari ini aku makin kuat tidak seperti kelmarin,hari pertama berpuasa.Sebelum sampai di Kawah Putih ini kami berhenti membeli tiket di sebuah pondok.Tiket ke Kawah Putih dan Danau Situ Patenggang sekali gus,kalau bawa kereta ke atas perlu tambah idr 150,000 dan ditanggung oleh pelanggan sendiri.gunakan angkut lebih murah iaitu idr 15,000 seorang.Aku memilih naik angkut sahaja.Bayaran tiket termasuk angkut untuk ke kawasan Kawah Putih ialah idr 230,000.



Dapat tempat duduk di barisan kedua

Kereta parking di tempat khas berhadapan stesen angkot ni.Angkot akan bergerak apabila penumpang sudah penuh.Sementara menunggu penuh tu sempat kami berwefie.


Tulisan besar ni wajib bergambar ye

Lama juga di dalam angkut tadi,lebih kurang 20 minit,jalan memang tak rata dan berlubang-lubang tapi kiri kanan jalan tu best la hutan dan menghijau je.Sebelum bergambar dekat tulisan tu kaki kanan aku sempat terpelecok kerana terpijak batu di sekitar laluan pejalan kaki.Terasa juga sakitnya,aku terpaksa berjalan perlahan-lahan.Syukurlah kasut jenama Scholl yang aku pakai ni ada absorber jadi mengurangkan hentakan dan berjalan lebih selesa.Tak rugi sebenarnya kalau kita membeli kasut yang mahal semata-mata untuk travel,memastikan perjalanan kita 'happ' juga mengelakkan pelbagai kemungkinan.Bagi aku pemilihan kasut sangat penting kerana aku tahu kemampuan kaki sendiri.Alah membeli menang memakai.



Pintu masuk Kawah Putih


Kawah Putih merupakan danau yang terbentuk akibat daripada letusan Gunung Patuha.Sesuai dengan namanya,tanah yang ada di kawasan ini berwarna putih akibat daripada percampuran unsur sulfur atau belerang.Selain tanahnya yang berwarna putih,air danau kawasan ini juga berwarna putih kehijauan dan dapat berubah warna sesuai dengan kadar belerang yang terkandung di situ.



Kawah Putih Ciwidey berada di kawasan pergunungan yang mempunyai ketinggian lebih dari 2,400 meter di atas permukaan laut.Dengan ketinggian ini,suhu di kawasan ini sangat dingin kira-kira 8-22 darjah celcius.Jaket yang aku pakai tu membantu mengurangkan kesejukan.



Ada petugas akan memberi peringatan dengan menggunakan pembesar suara kepada para pengunjung.Antara peringatannya:

1.Had maksimum berada di sini kira-kira 12 minit,jika melebihi masa kemungkinan terdedah kepada pelbagai masalah pernafasan
2.Memakai masker untuk mengelakkan menghidu bau belerang yang kuat
3.Pengunjung yang pernah berpenyakit asma atau masalah kronik dilarang terdedah terlalu lama dengan bau belerang
4.Segera tinggalkan kawasan ini jika mendapati sakit kepala atau pening,muntah dan sakit mata.




Lebih sejam kami bergambar di sini.Inilah tempat idaman aku di Bandung ni.Teruja dengan gambar daripada pengalaman orang lain.Pertama kali ke sini mestilah tak cukup 12 minit sahaja.




Masker yang aku pakai ini dibawa oleh Akma.Ada juga orang menjual masker di atas ini.




Subhanallah memang persekitaran di sini sangat cantik,tak tergambar dengan kata-kata.



Nak pegang tak berani takut ada kesan sampingan lain pula.Lama-lama kepala aku jadi pening dah.Itu petanda aku kena menjauhi tempat ini dengan segera.




Masih mampu bertahan bergambar dan melihat Ratna menggunakan kamera dslr dengan tripod yang dibawanya dari Malang.Gigih memasang tripod untuk mengambil gambar.Ada juga perkhidmatan mengambil gambar di sini,aku tak ingat harga sekeping gambar berapa.




Insya Allah akan ke sini lagi,dengan siapa pula kali ini?


Ratna


Gaya kungfu ni

Gopro banyak membantu memberikan kualiti gambar yang diingini

Mari kita lompat bintang!

Sejuk makin terasa


Ada anjung tinjau

Aku naik lebih awal ke atas ni kerana rasa kepala sudah pusing.Sebelum lebih teruk lebih baik menjauhi kawasan danau itu.Di anjung ni boleh melihat seluruh danau,memang cantik dan mengagumkan.

Kacau si usil

Akma dan Ratna masih lagi di bawah semasa aku di anjung tinjau ni.Dah lama barulah mereka naik ke sini.

Akma sakit bahu

Berposing di Gunung Patuha..banyak pokok renek

Kawah Putih yang menakjubkan....sentiasa dalam ingatan.Kenangan dan pengalaman berharga di sini.


Travel Ramadan 2017: Gunung Tangkuban Perahu


29 Mei 2017 Gunung Tangkuban Parahu


Selepas tempat pembuatan Kopi Luwak kami ke Gunung Tangkuban Parahu pula.Tempat yang popular dalam kalangan pelancong sama ada tempatan atau luar negara.Perjalanan dari hotel ke Lembang lebih kurang satu jam setengah.Masa tu belum hujan lagi,dah sampai di Kopi Luwak barulah hujan turun.Tahun 2014 aku pernah ke sini dengan Andalusia Travel.Tapi banyak ke tempat shopping je masa tu,alhamdulillah tahun ini dapat ke sini lagi dan menyusun itinenary sendiri.Kami memilih hari Isnin untuk ke sini kerana tiket masuk lebih murah,kalau hari Ahad tiket masuk lebih mahal.Tiket masuk idr 200,000 seorang,Ratna hanya membayar idr 60,000 kerana dia rakyat Indonesia.


Kawah gunung berapi yang masih aktif

Gunung Tangkuban Parahu terletak di Bandung Utara,banyak pokok pinus dan hamparan kebun teh di sekitarnya.Gunung ini mempunyai ketinggian 2.084 meter.Suhu di sini pada waktu siang 17 darjah celcius dan malam hari 2 darjah celcius.Sejuk tu...ditambah lagi masa kami sampai ni hujan lebat.Jaket aku tertinggal di dalam kereta,malas nak pergi mengambilnya.





Kedai kayu yang menjual cenderamata dan t shirt.

Asap masih keluar dari kawah gunung berapi ini.

Letusan gunung berapi yang terakhir pada tahun 2013.


Anjung tinjau masih proses pembuatan.

Menunggu hujan reda

Berkabus

Sangat sejuk pada waktu ini



Orang berniaga pun tak ramai masa ni,kalau tak kita tak senang nak jalan-jalan sebab ada sahaja yang cuba memujuk untuk membeli barangan mereka.




Pengunjung pun tak ramai sebab hujan.Kami sabar menunggu hujan reda.



Besar masjid di sini

Tahun 2014 dulu ada tempat solat je,tapi sekarang sudah ada masjid yang cantik untuk kemudahan orang Islam menunaikan solat


Kenangan bergambar di sini dengan arwah Kak Lim dan Arina.Siapa menyangka aku akan ke sini lagi selepas dua tahun.Perancangan Allah yang terbaik.Allah juga yang Maha Mengetahui.




Pertama kali ke sini tahun 2014 dulu aku menggigil kesejukan dan tak tahan dikerumuni penjual barang,bila kita beli dengan seorang,datang lagi seorang yang memujuk dan akhirnya memaksa.Ada yang mengekori ke mana sahaja aku berjalan apabila bertanyakan harga barang jualan mereka.



Ingat lagi tempat ini

Pakej pelancongan Bandung menjadikan tempat ini destinasi wajib





Ketinggian dari aras laut 1830 meter




Alhamdulillah walaupun ada yang demam tapi masih kuat berjalan



Achema demam

Muka ada senyum

Batang kayu ajaib

Tak banyak gerai yang dibuka kerana pengunjung pun tak banyak.Hari kedua hujan turun pada waktu petang.Hari ketiga ni sudah turun pada waktu pagi.Semoga perjalanan kami dipermudahkan Allah


Aku sedang dipujuk.Ratna memegang plastik berisi buah mulberi

Kalau mahu membeli souvenier jangan beli di sini kerana mereka meletakkan harga sesuka hati.Key chain satu paket yang aku beli berharga idr 60,000,tak boleh kurang langsung.Aku kasihan apabila mendengar "mau pecahkan telur" maknanya belum mendapat pelanggan lagi hari ini.Orang mencari rezeki kan kita faham.Apabila aku masuk ke dalam kereta ada pula yang menjual satu paket idr 30,000.Tapi aku tak mau kerana sudah membeli tadi.Hairan pula dalam hati kenapa harga berbeza sangat.Bila aku  ke Pasar Baru,souvenier itu hanya idr 20 -25,000 sahaja.Nasihat aku beli semua barang di Pasar Baru sahaja kerana banyak pilihan dan harga jauh lebih murah.Kalau rajin menawar harga boleh dapat 5 paket untuk idr 100,000.....tapi kalau ada banyak masa dan suka cakap banyak.Aku tak cukup masa nak cepat ke tempat lain.Tak mengapalah kira sedekah saja untuk harga yang mahal tadi.Dah rezeki dia.

Travel Ramadan 2017,Grafika Cikole,Bandung

29 MEI 2017 GRAFIKA CIKOLE

Selepas Gunung Tangkuban Parahu,kami ke Grafika Cikole yang terletak di Lembang.Tiket masuk idr 15,000 dan boleh ditukar dengan permainan yang disediakan seperti ATV,flying fox dan memberi rusa makanan.Grafika Cikole merupakan tempat penginapan yang mempunyai pelbagai pilihan.Ada jenis chalet kayu,khemah,dan hotel.Kawasan yang sejuk serta segar udaranya di kelilingi pokok kayu menambahkan lagi keindahan tempat ini.Kami sekadar mahu bergambar dan tak menyangka ada permainan begini.


Akma dan Ratna memilih permainan flying fox,ditukar dengan tiket idr 15,000 tadi.Kalau nak naik semula kena tambah harga yang sama.Akma bersiap sedia memakai alat keselamatan dengan bantuan pekerja di situ.Aku hanya melihat dari bawah.




Akma menggunakan kamera gopro 5 untuk mengambil video.




Ratna naik flying fox kali kedua dengan menggunakan gopro.



Banyak pondok rehat di sini.Pilih je nak melepak di mana-mana





Seronoknya dia kali pertama merasai pengalaman naik flying fox



Strawberi belum berbuah lagi,tak dapatlah nak petik buah




Tempat aku membeli anak lobak merah untuk makanan rusa



Aku memilih memberi makanan rusa...santai je tak payah tinggi main flying fox.Nak main ATV takde pulak hari ni.




Rusa ni kuat makan




Banyak papan tanda yang mengandungi ayat lucu dan kata-kata hikmah




Proses membina tangga....macam ni rupanya ada beg berisi tanah yang disusun bertingkat-tingkat mengikut laluan tangga




Bulan puasa ni orang takde la datang lagipun kedai makan tak dibuka




Ada restoran di atas,pondok makan boleh duduk bersila menikmati keindahan alam dengan menyedut udara segar....tenang je




Kata-kata hikmah yang memberi motivasi sangat banyak di sekitar Grafika Cikole



Pondok yang unik..ada bahan pelajaran untuk anak-anak



Anjung tinjau di atas pokok,boleh melihat sekeliling kawasan ini.Tapi aku malas nak naik tangga tu,penatlah puasa nanti nak ke tempat lain pula.Jadi kita jimatkan tenaga.



Mengalu-alukan kedatangan Ramadan yang mulia




Boleh menyewa khemah juga.Di dalam khemah ni ada bantal dan tilam.Tandas di luar.Sejuk tempat ni jadi kipas tak diperlukan.



Lagi sekali ke sini aku nak bermalam di sini pula.



Chalet macam ni pun ok dah.idr 1 juta utk 6 orang atau satu malam.Yang ni ada tandas di dalam ye.



Patung cerita Snow White 



Memang best tempat ni



Nak memasak pun boleh



Nak buat BBQ kat sini syok ni



Jalan-jalan je lihat persekitaran di sini



Syukur hujan dah reda...



Sesiapa yang suka alam semula jadi pasti memilih penginapan di sini.Jauh dari kesibukan kota.



"Kehidupan ini tak seindah yang kita bayangkan,tapi tak seburuk yang kita fikirkan"



Aku suka chalet warna hijau tu



Banyak lagi pilihan penginapan di bawah ni



Penat juga kaki berjalan sekitar tempat ni



Rasa nak masuk



Lawak ayatnya ni







Keluasan tempat ini ialah 9 ekar




Restoran,masa lalu di sini ada pekerja sedang membersihkan daun-daun kering di atas bumbung.Ada pelbagai sajian seperti masakan sunda,chinese food dan seafood.