Air Mancur atau air terjun di Lembah Anai,dalam perjalanan ke Bukit Tinggi aku singgah sebentar di sini untuk bergambar sambil melihat keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa. Walaupun kepala terasa berat seperti di dalam pesawat tapi bunyi air mancur ini menyegarkan kembali otakku,menyedarkan aku kembali bahawa aku datang ke sini sendirian dan aku serahkan sepenuhnya jiwa ragaku kepada Allah agar memelihara aku daripada sebarang perkara yang tidak diingini.
Pintu gerbangnya berwarna hijau sinonim dengan kehijauan pokok-pokok yang ada di sekitarnya.
Gerai jualan makanan ringan,t shirt dan key chain menunggu para tetamu yang berhajat membeli-belah di sini. Aku hanya membelek saja rasa masih terlalu awal untuk membeli sesuatu.
Kaunter tiket,Firman membeli tiket.
Percikan air mancur mengenai tubuh kerana tiupan angin agak kuat pada waktu itu. Tak sesak sangat jadi bolehlah bergambar dengan selesa.
Lagi bergambar kenangan,tiada sebarang paparan sejarah air mancur ini. Lebih tinggi air mancur di Batu Malang iaitu Coban Rondo.
Tiada pengunjung yang mandi di dalamnya,lagipun lokasi di tepi jalan utama memang agak terdedah kepada orang ramai.
Sekadar bergambar dan merendamkan kaki sebentar di gigi air.
Jalan utama ke Bukit Tinggi yang bakal kulalui sebentar lagi. Sekelilingnya ada hutan,sawah dan rumah penduduk tempatan.
Mungkin kalau nak mandi di sini mesti berfikir banyak kali kerana tiada pekerja menjaga keselamatan kita.
Dari arah ini iaitu Minangkabau International Airport. 2 jam 30 minit untuk sampai ke Bukit Tinggi.
Episod satu- Pantai Purus dan Jambatan Siti Norbaya
Episod dua- Lembah Anai Air Mancur
Episod tiga- Pusat Dokumentasi Rumah Minangkabau
Episod empat- Putri Minang dan Cahaya Bordir (kain sulam)
No comments:
Post a Comment