14 Ogos 2015...selepas shopping di Putri Minang dan Indah Bordir aku check in hotel pada jam 6 petang..letih sangat rasanya...hotel ini seperti rumah Belanda saja..besar,luas,persekitaran bersih dan cantik,juga sunyi walaupun ada renovation di tingkat bawah.
Bawah tu masuk je terus lobby hotel ni. Aku lupa nak ambil gambar keseluruhan bangunan hotel ni.
Kamar tidurku malam ini..pintunya tinggi,teringat cerita klasik orang putih.
Ada 2 katil single tapi aku seorang saja ...bilik sebesar ini
Ada televisyen,almari,peti sejuk,water heater dan peti simpanan.
Pemandangan dari beranda bilik. Padang rumput dan court tenis.
Bandar Bukit Tinggi dan Gunung Merapi kelihatan dari sini.
Pokok-pokok yang terjaga dengan baik. Pekerja hotel juga peramah dan suka menghulurkan bantuan.
Kerusi yang disediakan di luar beranda.
Hujan renyai tapi sudah reda.
Menu yang disediakan oleh cafe hotel
Tempat penting ni jangan tak ambil gambar
Ini juga penting untuk menyegarkan tubuh yang sudah keletihan.
7.30 malam keluar untuk makan malam.Malam ini merasai makanan nasi Padang.
Ruang dalam restoran.Pekerjanya memakai pakaian seragam. Makanan pantas dihidangkan oleh mereka.Aku belum pernah makan nasi padang lagi. Pagi tadi bersarapan di Padang Panjang,makan tengah hari masih kenyang lagi,terus makan malam sahaja.
Banyaknya lauk yang dihidangkan.Makan yang kita nak sahaja,tak payah cuit lauk lain nanti kena bayar semuanya. Aku makan ikan grumi bakar,timun dan rendang daging je. Air pilihanku air alpukat atau avocado. Perut perlu diisi malam ni sebab nak jalan-jalan sekitar bangunan jam gadang kemudian menyaksikan malam kebudayaan masyarakat Minang.
Sempena sambutan kemerdekaan negara Indonesia pada 17 Ogos ini telah diadakan pameran lukisan di sekitar bangunan Jam Gadang yang terkenal itu.
Inilah dia Jam Gadang yang terletak di pusat Kota Bukittinggi. Monumen ini dibangunkan pada tahun 1926 oleh Jazid seorang arkitek kota bersama St Gigi Ameh.Jam ini dihadiahkan oleh Ratu Belanda. Pertama kali kubahnya diletakkan patung ayam,kemudian ditukar kepada bentuk kelenteng pada zaman Jepun dan akhirnya kini diganti dengan tanduk kerbau yang melambangkan adat Minangkabau di Sumatera Barat.
Malam masih muda. Kawasan ini menjadi tumpuan masyarakat di sini,lepak2 dengan kawan sambil ngobrol hehe ...libur bersama keluarga
Ada yang menjual key chain dan t shirt di sini. Harganya agak mahal juga daripada yang aku beli di Indah Bordir siang tadi. Sehelai idr 45 ribu,tak jadi beli la.
Aku beli t shirt dan baju tidur di sini. Harga t shirt dewasa boleh dapat idr 30 ribu kat sini,kanak-kanak punya pulak boleh dapat harga idr 25 ribu sepasang. Baju tidur harganya idr 55 ribu sahaja.
Seterusnya 8.30 malam menyaksikan Malam Kebudayaan Masyarakat Minangkabau. Tiada dalam itenenary tapi aku meminta sendiri untuk melihatnya. Bayaran Rp 70000 seorang sahaja.
Inilah pentas persembahan,cantik berwarna-warni. Aku memilih duduk di kerusi pertama bahagian tengah. Senang sikit nak ambil gambar.
Mereka ini akan membunyikan alat muzik,seruling,gendang,caklempong dan taboh. Khabarnya mereka ini bukan sahaja membuat persembahan di sini tetapi juga hingga ke luar negara. Tak sabar hendak menyaksikannya.
Juruacara yang juga penari,tugasnya memberikan maklumat tentang setiap tarian yang akan dipersembahkan dengan menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris. Pada masa ini persembahan disaksikan oleh seorang mat saleh yang ditemani dengan tour guidenya. Aku je sorang di depan keeusi panjang selepas 2 persembahan barulah datang beberapa pelancong makcik makcik dari Yogyakarta. Makcik sebelah aku menjerit semasa gendang dibunyikan,hahahaha aku tak dapat mengawal ketawa hingga mengalir airmata ini. Kami ketawa sama-sama,dia ketawakan aku juga sebab ketawa hingga menangis.
Persembahan Manggua Tabuah. Tabuah sejenis gendang yang digunakan untuk menyampaikan maklumat dalam masyarakat Minangkabau. Tabuah ini memberi tanda waktu solat atau orang meninggal dunia selain digunakan untuk Idul Fitri. Gambar di atas tu mengetuk beramai-ramai untuk menyampaikan perasaan gembira bagi majlis perayaan,kelahiran atau perkahwinan.
Tarian Pasambahan ialah tarian selamat datang kepada para tetamu.
Saluang Jo Dendang ialah persembahan muzik yang menggabungkan lagu tradisional dengan menggunakan seruling buluh iaitu Saluang.Muzik ini memberitahu tentang falsafah hidup orang Minang.
Penonton diajak untuk mencuba alat talempong ini. Aku ada disuruh ke depan tapi menolak sebab nak ambil gambar dan video.
Tari Payuang yang menyampaikan kehidupan anak muda yang dilamun cinta.
Talempong Pacik pula tarian menggunakan alat talempong.
Ilmu pertahanan diri juga dipersembahkan kepada tetamu. Lasak dan tangkas.
Inilah tarian yang cukup terkenal bagi masyarakat di sini iaitu Tari Piriang atau tarian piring. Tarian ini dipersembahkan untuk memberitahu perasaan gembira,seorang penari akan melompat dan menari di atas piring pecah. Adus..dua kali pulak tu oleh penari yang berbeza. Aku sempat rakam yang penari pertama je. Gerun pulak tengok kaki dia tu manalah tau berdarah tercucuk kaca tajam kan naya je. Tapi mereka terus menari dengan senyuman.
Pada akhir persembahan mereka akan bersalaman dengan para penonton,penari perempuan akan bersalam dengan penonton perempuan sahaja. Kemudian mereka akan menjual seruling daripada tanduk kerbau yang dibuat sendiri harganya Rp 100,000 satu. Aku tak beli sebab nak cepat keluar,mata dah mengantuk. Masa tu dah jam 10.30 malam. Hari pertama yang meletihkan. Persembahan kumpulan ini pada malam Sabtu dan Ahad sahaja. Dekat dengan Jam Gadang. Sebelum mula persembahan boleh jalan-jalan di sekitar Jam Gadang dan membeli t shirt atau key chain yang pelbagai saiz dan warna.
No comments:
Post a Comment