Tuesday 10 January 2017

Tokyo oh Tokyo

17 Disember 2016 dari Takayama bertolak ke Tokyo dengan menaiki bas. Selepas sarapan di hotel aku terus bergerak ke stesen bas Takayama. Bas tiba tepat jam 8.00 pagi. 


Ambil gambar hotel 'K'guesthouse....ini ruang rehat di depan kaunter.Boleh menggunakan komputer dan melayari internet.Di belakang ada dapur dan meja makan.Sempat makan malam je malam tadi di sini.


Kaunter belum dibuka lagi kerana belum masuk kerja.


Perjalanan ke Tokyo mengambil masa selama lima jam.Bas dijangka sampai di Tokyo pada pukul 1.00 petang.Jalan sempit dan terdapat pergunungan di kiri kanan jalan.Salji masih turun ketika bas bergerak dari Takayama. Aku banyak tertidur kerana dua malam di Takayama sukar tidur dengan lena.Katil tingkat atas memang mendapat kepanasan tapi dibuka paling kuat,dibawah tidak merasai kepanasan itu.Sekejap tidur di lantai,sekejap naik ke katil yang bertangga kecil tu.Tak taulah berapa jam sahaja dapat tidur sepanjang di Takayama.Mood memang agak terganggu tapi disabarkan sahaja demi percutian yang menceriakan ini.



Gambar ini diambil daripada phone kak emma yang duduk di tepi tingkap.Di dalam bas tu banyak tidur supaya tak memikirkan lapar,hanya sarapan roti sahaja pagi tadi.


Dalam hati tak henti berdoa supaya perjalanan kami ini selamat daripada mara bahaya.....boleh mimpi mak ketika di dalam bas ni heheheehe


Alhamdulillah sampai di Tokyo....Rafidi mendapatkan info di pusat pelancongan.


Selamat Datang ke Tokyo


Ada robot yang memiliki komputer di badannya....klik je untuk dapatkan maklumat


Tempahan transport
 

Shinjuku Station


Taman di hadapan stesen Shinjuku


Nak simpan beg di sini tapi tak jadi kerana ditutup awal.Kami nak jalan-jalan sekitar Tokyo dahulu.Berjalan lagi membawa bagasi.....akhirnya simpan beg di dalam loker je.


Satu loker boleh memuatkan bagasi aku dan kak Emma,termasuklah backpack kami.Harga satu locker 500 yen.Selepas memasukkan wang akan keluar resit nombor pin loker.Nombor pin itu akan digunakan ketika hendak membuka loker.Jangan sampai hilang ye...siap-siap ambil gambar dulu.


Penantian lebih sejam di hadapan restoran ramen halal.....sejuk sangat menunggu di luar,kain yang disediakan masih tak dapat membantu memberikan kepanasan pada tubuh.Kami solat di taman,ambil wuduk di tandas awam kemudian bentang sejadah di taman.Ada beberapa orang pelancong dari Malaysia turut bersolat di situ.


Ramen spicy yang dinantikan.1300 yen ye harganya...sedap.Sebelum tu aku membeli buah berangan di 7 Eleven,harganya 540 yen.


Orang balik dari kerja...sibuk sangat malam ni dan hari seterusnya memang beginilah....bandar tersibuk di Tokyo...


Bersedia hendak melintas


Pemandangan bandar Tokyo pada waktu malam dari Menara Tokyo yang pertama dibina.Beratur nak masuk lif,tiada bayaran masuk.


Gunakan kamera Lumix 

Kedai menjual cenderamata


Banyak key chain dan anak patung daripada watak kartun Jepun


Basikal juga diletakkan di tempat khas.


Gemerlapan lampu kelip-kelip yang diletakkan pada pokok.



Pokok tinggi dan renek pun diletakkan lampu juga.



Sudah letih nak berjalan...nak balik ke hotel


Malam di Tokyo berakhir.....

Tokyo Skytree

18 Disember 2016 aku masih lagi di Tokyo. Hari ni akan pulang ke Malaysia pada jam 11.45 malam dari Haneda Airport. Selepas ke Imperial Palace dan makan tengah hari di kedai makan vegetarian berdekatan Tokyo Sky Tree,kami bercadang naik ke menara yang kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian 634m. Alang-alang dah sampai rugilah tak mencuba melihat sendiri. 


Sekai Cafe tempat aku makan tengah hari.Restoran halal yang menawarkan sajian untuk vegetarian.



Kaunter cafe




Banyak sayurannya,sos dan tauhu serta nasi ungu...sedap juga



Restoran ini ada menjual rempah ratus makanan yang halal




Bergambar di hadapan Skytree yang menjadi kebanggaan rakyat Jepun.Tokyo Skytree meliputi sistem telekomunikasi penyiaran,restauran dan menara pemerhatian bandar Tokyo yang terletak di Sumida,Tokyo,Japan.Struktur menara ini mencapai ketinggian 634m pada Mac 2011,menjadikannya tertinggi di dunia menggantikan Canton Tower dan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa yang mempunyai ketinggian 829.8m.




Di hadapan pintu masuk kaunter pembelian tiket Skytree.Skytree siap dibina pada 29 Feb 2012 dan mula beroperasi pada 22 Mei 2012.Satu pengalaman menarik akan dirasai pada kali ini.



Di sini memaparkan menara di seluruh dunia dengan catatan ketinggiannya.Tercari-cari Menara Kuala Lumpur atau KL Tower.Berikut senarai menara tertinggi di dunia:-

1.Burj Khalifa(Dubai,Uni Emirat Arab-828m)
2.Tokyo Skytree(Tokyo,Japan-634m)
3.Abraj al-Bait(Mekah,Arab Saudi-601m)
4.Canton Tower(Ghuangzhou,Tiongkok-600m)
5.CN Tower(Toronto,Kanada-553m)
6.One World Trade Centre(New York-541m)
7.Taipei 101(Taipei,Taiwan-509m)
8.Shanghai World Financial Centre(Shanghai,Tiongkok-492m)
9.International Commerce Centre(Hong Kong,Tiongkok-484m)
10.Petronas Tower(Kuala Lumpur,Malaysia-451m)


Pengunjung terlalu ramai pada hari itu,hendak menjimatkan masa aku memilih 'fast lane' dengan bayaran 4000 yen malah akan berhenti di tingkat 350 dan 450.Anggaran masa satu jam sahaja kerana akan ke tempat lain pula.




350m




Mencari kedudukan yang sesuai agar bangunan sekitar Tokyo kelihatan dengan jelas.




Alhamdulillah atas nikmat ini.




450m



Pemandangan bandar Tokyo pada aras 350m.Gambar yang diambil pada aras 450m tidak jelas kelihatan.



Ramai yang berselfie di sini....seram kalau melihat lama-lama ke bawah.
Aku membeli 'snow globe ' di sini dengan harga 950 yen.Selepas turun,kami ke masjid dan Ueno(makan kebab Turki).Ueno seperti pasar malam yang menjual pelbagai barang.