Monday, 24 August 2015

HARI KEDUA DI BUKIT TINGGI SUMATERA BARAT INDONESIA - LEMBAH HARAU

Perjalanan hari kedua pada 15 Ogos di Bukit Tinggi Sumatera Barat diteruskan lagi ke Lembah Harau. Selepas sarapan di Campago Resort & Hotel,kami bertolak ke Lembah Harau. Lama juga di dalam kereta kira-kira 1 jam 30 minit untuk sampai ke sini. Aku sebenarnya tak ingat itenenary seterusnya,seingatnya aku tertidur di dalam kereta. Rasa tak sedap badan,dalam hati berdoa semoga tak demam sepanjang di sini,maklumlah aku baru sahaja sihat daripada demam. 
Perjalanan ke sini aku dapat menyaksikan perarakan pelajar sekolah sempena sambutan kemerdekaan pada 17 Ogos nanti. Meriah sungguh dengan peralatan muzik dan pakaian berwarna-warni. Setiap sekolah di sini menyertai perarakan jalan raya ini. Aku tak sempat mengambil gambar mereka kerana kepala ning nong sedikit...makan ubat terus tidur di dalam kereta.


Sampai sahaja dalam tempoh perjalanan yang aku rasa lama sangat...hehe mata aku segar kembali apabila memasuki kawasan yang dikelilingi sawah padi menghijau....cantiknya persekitaran di sini,jauh dari bandar dan tak banyak kenderaan. 


Kelihatan bukit bukau yang menambahkan lagi keindahan persekitaran di sini. 


Suasana berkabus lagi,pasti sejuk kalau keluar dari kereta ni. Nak masuk ke sini ada penjaga jalan akan mengutip bayaran,aku lupa nak tanya tour guide berapa bayarannya. Macam bayaran di pintu masuk la kan. Lembah Harau ni adalah sebuah Ngarai atau Canyon yang terletak di kota Paya Kumbuh,Sumatera Barat. Lembah Harau diapit oleh dua bukit dengan ketinggian kira-kira 150 meter. Tour guide kata tempat ni tiada dalam itenenary tu tapi ini sebagai bonus untuk aku..terima kasih.


Lembah Harau dikelilingi batu pasir yang terjal berwarna-warni,jelas kelihatan warna kemerah-merahan pada dinding batunya. Kawasan sekitar berbukit-bukit dan udaranya sangat segar. Lembah Harau masih mengekalkan keaslian alam semula jadinya.


Ada 4 air terjun di Lembah Harau ini tapi aku tak berkesempatan melihatnya. Ada juga tiga buah resort di sini kerana kawasan ini sering menerima pelancong dan memang cukup terkenal bagi peminat Rock Climbing. Pada tahun 2010 pernah menerima anugerah The Best Developed Rock Climbing oleh Lonely Planet. Fuhh...kiranya ramai mat salleh suka ke tempat ini la.


Lihatlah keindahan batuan berbukit tu....nak panjat dinding batu tu? Oh tidak..sekadar menyaksikan sudah cukuplah. 


Berhenti di Lembah Echo...apa yang menarik di sini,pada mulanya aku pun tak pasti.


Langsung tiada kenderaan lain pada waktu ini,sunyi je dan sejuk apabila keluar dari kereta. Udaranya segar sungguh,pancaran cahaya matahari tidaklah terik sangat tapi aku pakai spek utk melindungi mata yg baru bangun datipada tidur tadi.


Kalau kita menjerit di sini sekuat hati akan menyebabkan suara melantun ke bukit di hadapan kita. Malu la pulak nak menjerit.Firman je yang tolong menjerit jadi dapatlah aku mendengar lantunan suara itu.


Macam tugu pulak..ada yang menconteng dinding dengan nama mereka,hmmm hanya mencacatkan kecantikan asli dinding batu ini sahaja.


Harau berasal daripada perkataan 'parau' atau serak. Dahulu penduduk di Bukit Jambu sering menghadapi banjir dan gelongsor tanah sehingga mereka menjadi ketakutan dan panik. Sebab selalu menjerit itulah menjadikan suara mereka parau. Mula-mula disebut 'orau' kemudian 'Arau' dan akhirnya Harau.


Kedai makan. 


Hijau di mana-mana. Segar mataku yang mengantuk tadi.


Rumah Minangkabau ditengah-tengah dengan diapit oleh bukit bukau yang indah.Aku mendengar bunyi muzik nasyid orang Malaysia yang dinyanyikan dari rumah itu. Ada beberapa orang pelajar menyewa tempat tersebut dengan  mendirikan khemah di luar rumah. Mereka berlatih bermain muzik dengan peralatan yang terdapat di beranda rumah.



Di hadapan rumah terdapat longkang besar,air dari bukit memenuhi longkang ini. 


Keindahan yang menakjubkan.


Jalan masuk tidak berturap,debu pasir berterbangan apabila angin bertiup kencang.


Berhadapan dengan rumah Minangkabau terdapat sampan yang boleh disewa. Aku pun tak tau siapa yang akan mendayungnya,lupa bertanya kerana asyik dengan keindahan alam di sini. Lebih kurang 15 minit memerhati persekitaran ini ...subhanallah..alhamdulillah...aku ingin datang lagi ke Lembah Harau ini..teringin hendak menyewa resortnya dan merasai kedinginan air terjunnya.


Kawasan sekitarnya bersih terjaga rapi. Terdapat sebuah kedai makan di kawasan ini.


Lembah Harau...pasti aku akan datang lagi,tapi akan datang aku mahu menyewa motosikal pulak. Lebih mencabar dan menyeronokkan melalui kawasan berbukit yang cantik ini. Siapa pulak nak naik motosikal dengan aku nanti ya. 





Air yang tenang jangan disangka tiada buaya..takdelah buaya di sini..


Sampannya kecil sangat rasanya...takut aku terjatuh dalam air tu,tidak begitu jernih seperti air longkang. Cantik pulak gambar yang diambil oleh Firman ini.


Sawah padi ...teringat kampung halaman sendiri.


Sumber rezeki penduduk di sini selain sawah padi ialah hasil hutan dan menanam sayur.




Ngarai....sawah padi,hijau di mana-mana sahaja. 


Selamat tinggal Lembah Harau..sampai kita jumpa lagi. 

No comments:

Post a Comment