Monday, 17 August 2015

Restoran Mohd Chan

Restoran Mohd Chan,makanan China Muslim di Meru Klang antara restoran yang sering kukunjungi apabila ada urusan di Shah Alam. 


Dari tempat kerja terus singgah di sini kerana masih belum makan tengah hari lagi.


Hari Khamis 13 Ogos ,berdebar sebab beberapa jam lagi aku akan 'terbang' ke Indonesia secara solo...


Ada pau dan dimsum ayam 


Pelbagai jenis air panas,sejuk dan jus 


Aku memilih menu nasi daging masak lada hitam,tak pedas sangat. Sedap. RM8.90


Hong Kong milk tea- RM 3.50


Tuliskan menu yang dikehendaki pada kertas yang ada di atas meja


Servis makanannya pantas dan rasa pun sedap. Selepas makan aku terus ke Mydin Shah Alam di Seksyen 18,aku membeli universal traveller. Money changer di Ole-ole tutup. Malamnya mencari power bank baharu. Beli jenis Samsung RM69.
Tidur awal malam ini kerana harus bangun awal pagi untuk ke airport. Perjalanan ke Padang-Bukit Tinggi di Indonesia. 
Alhamdulillah kerana memberikan rezeki ini ya Allah.

No comments:

Post a Comment