Sabtu 22 Ogos 2015 perjalanan ke Janda Baik,Bentong Pahang dengan mak dan Faezah. Aku bertolak dari rumah pada jam 7 pagi dan sampai di stesen komuter Shah Alam lebih kurang jam 9.30 pagi. Tunggu Faezah datang dari Subang Jaya. 10 lebih dia sampai dan terus ke Bentong,gunakan waze dari Shah Alam. Aku memandu.
Pejabat urusan De Riverside,tanya ada bilik kosong atau tidak. Katanya ada di bahagian belakang sebab depan sungai semuanya dah full. Dia bagi kunci untuk tengok bilik dulu.
Bilik kami kat belakang dewan berhampiran tempat makan. No15. Sebelah bilik kami tu No 16.
Depan bilik kami no 15
Bahagian dalam bilik ada batu ada kayu.Televisyen dan aircond takde. Kipas dinding sahaja yang ada. Oklah ni malas dah nak cari. Terus bayar sewa bilik RM100. Kalau bilik depan sungai tu RM130. Takpelah takde rezeki dapat bilik depan sungai.
Kolam ikan berhadapan bilik,ada sepasang angsa suka main air kat sini,romantik je jalan bergandingan. Tapi tak kejar orang la.
Katil bilik kami besar muat untuk 3 orang
Mak dan Faezah tertidur lepas masuk bilik lebih kurang jam 12 tengah hari. Pelik pulak aku sebab mereka mengantuk dan penat,rasanya taklah jauh beno pun ikut lebuh raya selepas tu exit rnr Genting Sempah tu..nak beli buah berangan tapi nampak signboard kampung Janda Baik. Dah beli buah berangan RM20 sekilo terus je ikut jalan tu.
Aku memilih nasi goreng kampung. Ada ikan bilis tapi ada ayam sikit...lapar punya pasal aku asingkan je ayam tu..nasib sikit je.
Signboard memang banyak kat tepi jalan. Homestay,chalet dan resort pun banyak juga. Kalau rajin nak survey boleh la pergi satu persatu,aku tak sempat tengok kat web,nak duduk kat Hawa Resort dah penuh pulak. Tapi banyak je pilihan bila dah sampai sini,masalahnya nak yg dekat dengan sungai jadi senang mandi manda.Kalau dapat bilik depan sungai lagi bagus boleh dengar bunyi air.
Kalau nak balik KL ikut kanan je..kampung ni memang jadi tumpuan pelancong tempatan khususnya datang dengan keluarga untuk mandi sungai.
Pastikan duit dah keluarkan kat mesin ATM di Petronas Genting Sempah sebelum masuk ke kampung ni dan isi tangki minyak penuh-penuh. Aku tak jumpa bank dan stesen minyak kat dalam kampung ni pun.
Saja ambil gambar depan sekolah ni bukti dah sampai sini.
Dah kenyang tadi kami pusing-pusing pulak sekitar kampung ni,jumpa la Riverside resort ni. Nama lebih kurang je tapi tak sama.Ambik gambar la jap turun sungai ni.
Chalet untuk disewa. Boleh berbbq kat bawah tu. Kalau nak sewa bahagian bawah tu lain harga pulak. Boleh berkhemah kat situ. Kalau ada kosong terus daftar je tak payah tempah pun.
Jalan-jalan lagi terjumpa Danau Daun Chalet yang cantik meletop ni. Hmm lajn kali kalau pergi kampung ni lagi aku bak duduk kat chalet ni pulaklah.
Tu chaletnya dikelilingi kolam ikan. Sungai nya tak tau la bahagian mana tapi kalau nak mandi sungai boleh je pergi mana-mana sungai yang ada di sekitarnya tu.
Lampu hiasan dengan penutupnya macam rambut je,mak nak keluar cepat bila ternampak ini.,tapi kami masih nak bergambar lagi.
Boleh makan dan minum kat sini,order je ikut menu yang ada la. Meja kayu yang besar ni yang paling menarik kat cafe ni. Nak makan aku masih kenyang lagi. Mak tunggu di bawah je penat nak naik katanya. Aku ambik gambar cepat-cepat sebab tak nak dia tunggu lelama.
saja nak temankan kami mandi je katanya.
Sungai dekat chalet kami la ni. Berendamlah apa lagi. Sejuk airnya sampai ke tulang. Patut mandi tengah hari je kalau petang dan pagi memang menggigil la .
Lama dah nak ke sini sejak 2 tahun lepas,alhamdulillah sampai di sini. Ratna kalau ada di Malaysia bolehlah ikut mandi sungai di sini. Tengok macam mana sakit kepala tak berendam dalam air sejuk gigil ni.?
Aku tak kira nak berendam juga biar air sampai ke kepala..orang lain dah naik mungkin mereka dah lama mandi dan kami baru nak mula.
Kalau family besar boleh la sewa bilik 2 tingkat tu. Harga tingkat atas tu sama je dengan bawah RM130 sebuah.
Tengok tu kalah aku haa...kaki dah rasa kebas sebab sejuk sangat tapi mak masih tahan berendam siap baring2 lagi tu. Kami naik lebih kurang jam 6.15 petang. Tak tahan lama-lama. Balik bilik mandi lagi dengan sabun pulak.
Tempat makan malam ala western food . Air instant boleh pilih sendiri nak apa. Aku ambik nescaffe white coffee,tahan je kot mesti tidur punya.
Menu aku dengan mak sama je,mushroom soup dan roti garlic. Spaghetti ada tapi nak makan yang simple je.
Faezah makan roti pita ada hirisan daging kat dalamnya dan kentang goreng. Faezah belanja makan malam ni.Terima kasih.
Selepas memulangkan kunci bilik pada jam 7.30 pagi aku sempat bergambar lagi. Pejabat dibuka pada jam 9 pagi jadi tinggalkan kunci pada pekerja dapur kat situ.
Faezah punya nasi lemak,telur rebus,sambal bawang dan pulut campur sambal manis...heee sambal bawang tu sebab banyak bawang daripada ikan bilis. Selesai makan terus hantar Faezah ke Subang Jaya dan singgah di Seksyen 24 Shah Alam.Ziarah rumah Pak Hamid di Sungai Sireh kerana dia baru sahaja meninggal malam tadi. Semoga rohnya diampunkan dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
No comments:
Post a Comment