Monday, 31 August 2015

MUZIUM ARKEOLOGI LENGGONG PERAK

30 Ogos 2015,selepas check in di Resort Tasik Raban dan berehat aku keluar menuju ke Muzium Arkeologi Lenggong.


Hujan renyai masih belum reda lagi.



Tak jauh dari resort,tak sampai 3 km pun.


Jam 4.30 petang sampai di sini. Hari Ahad ni ditutup sehingga jam 5 petang. Tulis nama di dalam buku pelawat. Tiada bayaran masuk.


Galeri Arkeologi Lenggong atau dikenali sebagai Galeri Arkeologi Kota Tampan terletak di sebuah kawasan bekas ladang Kelapa Sawit di Kampung Kota Tampan, Mukim Temelong, Lenggong dan berada dalam Daerah Hulu Perak iaitu 8 km ke selatan dari Pekan Lenggong dan 2 km dari jalan raya Kuala Kangsar - Grik. Keluasan keseluruhan kawasan Galeri ini di anggarkan seluas 8.16 ekar dan yang telah dibangunkan seluas 2 ekar dengan 2 blok bangunan yang mempunyai 2 Galeri Pameran, Pejabat, Bilik Audio Visual, Bilik Mesyuarat dan Bilik Penyelidikan.
Galeri Arkeologi Lenggong ditubuhkan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti dibawah Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan dibina pada tahun 1999 dan siap pada tahun 2000 serta telah dibuka untuk kunjungan awam pada tahun 2001 dengan menyediakan pameran sementara. Kerja-kerja merekabentuk dalaman dan pengisian bermula pada tahun 2001 dan siap pada 2003.
Lokasi pembangunan Galeri ini dibina berdasarkan kepada signifiken tapak arkeologi zaman Paleolitik yang wujud 74,000 tahun B.P. dan merupakan penemuan tapak terawal bermula di Kota Tampan iaitu tapak Galeri kini setelah mendapati Lembah Lenggong adalah sebuah Daerah yang banyak menyumbang data kepada pengetahuan prasejarah negara dari 1,000 hingga 300,000 tahun dahulu berdasarkan interpretasi budaya material dan teknologi zaman Paleolitik masyarakat kuno.
Pameran tetap terletak di:
a. Balai Galeri Arkeologi Lenggong.
b. Galeri Kota Tampan.
KOLEKSI & GALERI
Galeri ini mempamerkan semua artifak dan maklumat dari ekskavasi Arkeologi Pra Sejarah yang ditemui khususnya tumpuan kepada sekitar Lembah Lenggong dalam bentuk medium yang menarik dan berinformatif. Pameran di galeri utama Galeri ini dikategorikan kepada beberapa bahagian iaitu:-
1. Pengenalan
2. Arkeologi
3. Teknologi
4. Paleolitik
5. Gua Gunung Runtuh (Perak Man)
6. Gua Teluk Kelawar
7. Gua Harimau
8. Lukisan Gua
9. Orang Asli
10. Tapak Sezaman Lenggong


Di antara koleksi menarik yang dipamerkan ialah:-
1. Alat-alat batu zaman Paleolitik di Bukit Jawa, Kg. Temelong, Bukit Bunuh dan Lawin
2. Alat-alat batu bifas dan unifas yang ditemui di Gua Teluk Kelawar, Gua Ngaum, Gua Gunung Runtuh dan lain-lain tapak        di Lembah Lenggong
3. Rangka 'Perak Man' yang berusia 10,000 - 11,000 tahun ditemui di Gua Gunung Runtuh
4. Peralatan yang digunakan untuk Penyelidikan Arkeologi
5. Koleksi barangan masyarakat orang Asli dan perkaitannya dengan kehidupan manusia pra-sejarah
6. Lukisan di Gua-gua dan kajian terhadap tapak arkeologi sezaman dengan Lenggong
7. Alat-alat pengebumian Neolitik Gangsa Gua Harimau seperti Tembikar, Alat Batu, Perhiasan diri, Acuan dan Kapak Gangsa


Hari & Masa Lawatan
Isnin - Ahad : 9.00 pagi - 5.00 ptg
Jumaat : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
3.00 ptg. - 5.00 ptg






Rangka asal Perak Man




Info Mengenai Lembah Lenggong Sebagai Tapak Warisan Dunia 

  • Bukti penemuan batu serpihan hentaman meteorit itu penyumbang kepada pengiktirafan Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 30 Jun 2012.
  • Tersenarai sebagai antara 953 Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO juga berkaitan dengan penemuan beberapa artifak berusia lebih 11,000 tahun menerusi kerja-kerja eskavasi ahli arkeologi negara sejak 20 tahun lalu sekaligus membuktikan wujudnya penempatan awal manusia prasejarah di negara ini.
  • Lembah Lenggong adalah sebuah daerah yang kaya dengan khazanah persejarah dari 1,000 hingga 300,000 tahun dahulu
  • Penemuan bukti artifak di kawasan terbuka dan gua yang terletak berdekatan antara satu sama lain dan di lembah sungai membuktikan arkeologi lembah Lenggong bermula di sini.
  • Kawasan terbuka Bukit Bunuh di Lembah Lenggong mencatatkan kehadiran hominid terawal di Asia Tenggara berusia kira-kira 1.83 juta tahun dengan penemuan kapak genggam tertua di dunia dan peralatan lain-lain yang tertanam di dalam batu suevite. 
  • Bukti lagi kehadiran berterusan hominid di Lembah Lenggong dijumpai berdasarkan kepada kronologi penemuan bengkel alat batu di kawasan tersebut yang bertarikh 200,000 hingga 74,000 tahun dan 40,000 tahun.



Rangka manusia yang paling tua ditemui di negeri Perak. Dikenali sebagai Perak Man ianya ditemui di Gua Gunung Runtuh. Rangka seorang lelaki dengan ketinggian kira-kira 157cm dan berusia sekitar 50-an. Ianya ditemui pada tahun 1991 dan analisa pertarikhan karbon telah dilakukan dan didapati rangka ini berusia sekitar 11,000 tahun. Rangka ini juga telah dikenalpasti mengalami kecacatan konginetal iaitu "Branchamesophalagia Type A2 " dimana tulang kiri ulna dan radius lebih pendek, kecil dan agak bengkok. Penemuan rangka manusia Perak yang juga satu-satunya rangka prasejarah di dunia yang lahir dengan kecacatan dikenali sebagai Braehymesophalangia Type A juga adalah satu daripada kepentingan lembah Lenggong kepada sejarah manusia.








Galeri Arkeologi Lenggong kini banyak mengadakan aktiviti berbentuk pendidikan seperti:-
a. Tayangan Audio Visual.
b. Ceramah yang berkaitan Arkeologi.
c. Bengkel, latihan dan pertandingan yang dianjurkan oleh pihak Galeri.
d. Latihan Praktikal oleh pelajar IPTA.
e. Bekerjasama dengan penyelidik.
f. Lawatan ke Tapak-tapak Arkeologi.


Program Pendidikan
a. Khidmat Lawatan Berpandu.
b. Tayangan Audio Visual.
c. Pameran ke sekolah-sekolah.
d. Ceramah Arkeologi.
e. Bengkel dan latihan.
f. Lawatan ke Tapak-tapak Arkeologi.
g. Pertandingan Melukis dan Mewarna Artifak.
i. Kelab Arkeologi Muda, Galeri Arkeologi Lenggong.



Pondok rehat ini ada menyediakan alat permainan tradisional iaitu congkak.



Muzium Arkeologi dari luar.


Kawasan masuk dikelilingi kebun kelapa sawit. Sunyi je hari minggu tak ramai orang.

2 comments:

  1. terima kasih kpd encik sbb bagi saya point utk pt3 2017..doakn saya cemerlang.!!

    ReplyDelete
  2. Sekiranya sy terjumpa barang pra sejarah.Adakahh pihak muzium membeli dgn HARGA yg dijual or HARGA pihak muzium.thnks

    ReplyDelete