Tuesday, 25 August 2015

TASIK SINGKARAK,BUKIT TINGGI SUMATERA BARAT

Hari kedua di Bukit Tinggi Sumatera Barat pada 15 Ogos 2015,selepas ke Istano Basa Pagar Ruyung aku singgah di Danau Singkarak. Di situ solat dan mengambil gambar sekitar tasik. Restoran Tandau juga menjadi tumpuan untuk minum dan berehat. Aku membeli dua botol air mineral.

INFO TASIK DI RANAH MINANG

Terdapat tiga tasik yang terkenal di Padang Bukittinggi iaitu Danau Singkarak, Danau Maninjau dan Danau Atas Danau Bawah. Aku hanya sempat melihat Danau Singkarak hari ini dan esoknya ke Danau Maninjau pula.Untuk makluman, Danau Singkarak adalah tasik kedua terbesar di Sumatera selepas Danau Toba di Medan. Di Danau Singkarak, kita boleh melihat keindahan tasik dengan menaiki bot kayu selama lebih kurang 30 minit. Tidak lengkap sekiranya anda tidak membeli ikan bilis di pasar Omilin yang terletak di pekan Singkarak.


      Danau Maninjau pula, kita boleh melihat keindahan alam semulajadi dan penternakan ikan dalam sangkar yang terletak di tepi tasik tersebut. 

Sekiranya ingin melihat pemandangan seluruh Danau Maninjau dari jarak jauh, anda bolehlah berkunjung ke Embun Pagi atau Puncak Lawang. Dari puncak bukit tersebut, keindahan Danau Maninjau dapat dinikmati oleh para pelancong.

Ada satu lagi tasik yang terletak di kawasan tanah tinggi yang boleh kita kunjungi iaitu Danau Atas dan Danau Bawah. Sebenarnya tasik ini adalah tasik yang sama, cuma dipisahkan oleh bukit yang menjadikan ia seperti wujud dua tasik di atas pergunungan itu. 


Pada waktu ini lebih kurang jam 4.30 petang.


Tak ramai pengunjung pada petang ini.


Ada sebuah bas membawa pelancong yang berhenti minum di sini.


Air tasik tidak begitu jernih dan kurang sesuai untuk mandi manda.



Bot yang boleh disewa untuk mengelilingi tasik ini. 










Ambil gambar dari pelbagai sudut.



Anak-anak muda sedang berkubang.




Panas terik juga sampai berkerut dahi menahan silau cahaya matahari.



Sambutan hari kemerdekaan 17 Ogos nanti,penduduk kampung mengutip derma daripada orang yang melalui kawasan ini. Terpulang sesiapa yang nak bersedekah boleh beri. Paling kelakar ada yang berpakaian seperti pocong dengan solekan dan melompat-lompat di tengah jalan raya. Tak dapat aku menahan ketawa apabila menyaksikan betapa sungguh-sungguhnya mereka mendapatkan barang kitar semula atau derma untuk sambutan kemerdekaan di kampung masing-masing.


Perjalanan diteruskan dan aku melihat ada surau lama yang masih utuh lagi. Beberapa orang pelajar kelihatan baru keluar dari surau tersebut.



Hanya berhenti di tepi jalan sahaja.


Ini pula surau moden yang terdapat di kampung ini. Meriah sungguh banyak surau dan masjid di sini.


Pesantren moden yang mengutamakan penggunaan bahasa Arab dan bahasa Inggeris dalam pengajarannya.


Bangunan pesantren dari jauh yang diambil di dalam kereta.


Kantor apa ini ya tapi yang unik pada bumbungnya itu. Gambar yang sempat kurakam dari dalam kereta.


Pemandangan sawah padi bertingkat yang bagi aku amat istimewa di sini. Terasa tanah Minang ini amat dekat dengan aku mungkin suasana sawah dan kehijauan alam sekitarnya begitu memukau.Hilang letih badan apabila disajikan dengan panorama alam yang indah memukau.


Tanah yang ada digunakan seoptima mungkin oleh penduduk di sini. Bukan hanya ditanam dengan padi tetapi juga pelbagai jenis sayur-sayuran.


Tempat seterusnya kalau nak membeli-belah lagi.Tenunan Antik Pusako Minang Pandai Sikek.


Aku lagi teruja dengan keindahan alam di sini.


Pokok pisang ni pun menjadi tarikan juga.


Awan,bukit,hijau sana hijau sini....


Tersusun je tanaman mereka ini,ambil gambar dari jauh sahajalah walaupun dalam hati hendak mendekati pondok itu.






Cantik memukau,kelihatan rumah berbumbung tanduk kerbau dari jauh. Kos membina bumbung rumah sebegini sangat mahal,jadi kebanyakan rumah penduduk di sini hanya bumbung biasa sahaja.


Kedai Satu Karya



Ini pula kedai menjual kraf.


Kedai menjual kain sulam dan t shirt.


Lapik meja dan kain batik. Pekerja di sini pandai melayan dan terkejut aku datang sendirian sahaja. Aku nak beli songket pun takut tak terpakai daripada membazir tak payahlah.


Kraf daripada kayu ada dijual di sini.
Suka dengan kraf kayu tapi memikirkan barang yang ada macam sudah melebihi had beratnya.


Kain sulam yang cantik-cantik tapi aku dah borong dari hari pertama lagi,cukuplah yang ada tu.


Aku beli telekung warna biru turqoise je kat sini harganya RM20


Lapik meja yang cantik.


Kain sulam- sekadar cuci mata je.


Pelbagai jenis beg yang disulam. 


Malam ni penat nak keluar makan nasi jadi beli makanan saja di wadjen restoran. 


Bahagian luar restoran.


Kaunter bayaran.


Latar di dinding restoran-buluh hijau.


Banyak restoran sekitar ini.


Papan tanda restoran .


Buku menu restoran.


Aku membeli pisang crispy coklat cheese dan kuew tiaw goreng seafood. Semuanya Rp 46,000.


Lemak manis berkrim je...tak habis makan sorang.


Sedap juga masakan ni. Habis licin aku makan.Makan di dalam bilik malam ni sambil menonton rancangan kumpulan Wali bertemu dengan peminat.Sebelum tu berita Indonesia,seronok juga mendapat maklumat sambil makan di atas katil. Hehe


Pastinya air alpukat yang menjadi pilihan...campur coklat. Sedap rasanya.Kat Malaysia nak cari air ni.Tidur lebih awal malam ini untuk bangun awal.Alhamdulillah perjalanan hari ini selamat dalam peliharaan Yang Maha Esa.Syukur ya Allah memberikan aku rezeki ini.

3 comments:


  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...
    Salam dari MINANGKABAU..yang selalu disebut dengan nama BUKITTINGGI PADANG..
    Salam juga dari saya ARMAN..

    Saya nak tumpang promosi kat sini..

    Bila ada tuan dan puan yang nak merancang untuk melawat ke bukittinggi padang.Tapi masih tercari cari contact untuk buat urusan..
    Jangan risau..saya boleh bantu uruskan lawatan tuan dan puan..

    Untuk info detail nya..sila contact saya ditalian ....

    Call/sms/whatsapp...:+6285374176166

    Email..armanpribadi123@gmail.com

    Terimakasih..

    Wassalam..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...
    Salam dari MINANGKABAU..yang selalu disebut dengan nama BUKITTINGGI PADANG..
    Salam juga dari saya ARMAN..

    Saya nak tumpang promosi kat sini..

    Bila ada tuan dan puan yang nak merancang untuk melawat ke bukittinggi padang.Tapi masih tercari cari contact untuk buat urusan..
    Jangan risau..saya boleh bantu uruskan lawatan tuan dan puan..

    Untuk info detail nya..sila contact saya ditalian ....

    Call/sms/whatsapp...:+6285374176166

    Email..armanpribadi123@gmail.com

    Terimakasih..

    Wassalam..

    ReplyDelete