Monday, 24 August 2015

Putri Minang dan Indah Bordir

Hari pertama di Bukit Tinggi Sumatera Barat,Indonesia,perjalanan diteruskan ke kedai sulaman Putri Minang yang terkenal di sini.


Papan tanda kedai sulaman Putri Minang


Rumah penduduk di hadapan kedai sulaman.


Aku bersolat di musholla milik kedai Putri Minang ini.


Pintu masuk


Pelbagai pilihan sulaman yang menarik


Kain pelekat,batik,songket dan telekung juga ada di sini.


Ini pula jubah Putri Minang. Menurut pekerjanya mereka ada kilang sendiri .


Telekung yang cantik 


Rambang mata memilih. Aku membeli 5 pasang telekung,kain sulam silk 5 helai,kain sulam cotton 2 helai,jubah sepasang.


Barang yang dibeli dimasukkan ke dalam kotak dan diselotep.


Tour guide membawa aku ke kedai yang menjual bika. Nama kedai Bika Talago.
Tempat membakar bika masih lagi cara tradisional. Bahan bakarnya ialah kayu api.


Talago itu merujuk danau yang terdapat di belakang kedai kuih ini.Pekerjanya membungkuskan bika yang dibeli oleh Firman. Harga bika ialah idr 3000 seketul. Firman membeli 6 ketul bika,3 ketul yang biasa iaitu bahannya tepung dan kelapa ,3 ketul lagi bahan daripada tepung dan pisang.


Papan tanda kedai bika


Inilah talago atau danau yang aku maksudkan dan terdapat di belakang kedai.


Kehijauan alam sekitar di Bukit Tinggi 


Hijau di mana-mana,udara pun sejuk je.


Cantik pemandangannya...rasa nak lama-lama melihat keindahan ini


Pakcik ni sedang menunggu ikan yang dipancingnya.


Mestila posing sambil memegang plastik bika.Tak sabar nak merasai keenakannya.


Gambaran keseluruhan kedai dari depan


Mula-mula aku makan bika rasa pisang ,kemudian yang putih ini pulak....bika tepung dan kelapa. Manis sedikit daripada bika pisang.


Kedai kain sulam seterusnya ialah Indah Bordir..kedai di dalam rumah. Banyak juga pilihan menarik di sini. Di sini aku lebih banyak berbelanja berbanding Putri Minang,mungkin disebabkan keramahan pemiliknya itu yang pandai menjual barang.


Aku membeli 8 pasang kain sulam pelbagai corak dan jenis,telekung sepasang,kain pelekat 6 helai,kain batik 20 helai,t-shirt budak 2 pasang,t-shirt dewasa sepasang untuk diri sendiri. Fridge magnet pulak 20 keping.


Aku terjumpa 4 orang pelancong dari Malaysia di kedai sulam ini. Salah seorangnya duduk di sebelah aku semasa dalam pesawat tadi. Mereka terkejut kerana aku melancong secara solo. 
Beli sim card baru terus dengan internet dan tambahan nilai untuk membuat panggilan ke Malaysia. Belum lagi menelefon mak. Call mak dengan menggunakan code 01017 diikuti code antarabangsa negara dan nombor telefon. Lama juga la bertahan idr 50 ribu tu nak habis berbanding tanpa gunakan code tadi. Penat juga memilih kain sulam hari ini,masa untuk check in hotel..,Hotel Campago,Bukit Tinggi. Boleh lihat Gunung Merapi dari hotel ini. Baca episod seterusnya untuk hari pertama..Hotel Campago.

No comments:

Post a Comment