Monday 31 August 2015

BANDAR DIRAJA KUALA KANGSAR,PERAK


Perjalanan kembara pada 30 Ogos 2015 ke Kuala Kangsar Perak. Biasanya kalau ke Kelantan aku hanya lalu saja tapi tak pernah singgah ke Kuala Kangsar ini. Jam 8 pagi bertolak dari rumah dengan ditemani oleh Faezah dan Azib.


Pemandangan bukit bukau di kiri kanan lebuh raya. 9.15 pagi exit tol Bidor seterusnya ikut Alor Setar -Ipoh. 


Hati-hati gunakan gear rendah dan pastikan brek berfungsi. 


Exit Kuala Kangsar pada jam 9.50 pagi. Tol  RM 12.50


Alhamdulillah selamat sampai ke Bandar Diraja.


Semakin hampir


Berenti sekejap untuk bergambar di hadapan labu sayong gergasi. Mercu tanda Kuala Kangsar yang terkenal dengan labu sayong.



Masjid Ubudiah

Masjid yang terindah di Negeri Perak ini terletak di sebelah kawasan permakaman Di Raja Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Masjid ini dibina di atas kehendak Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke-28 (1887-1916) kerana menunaikan nazar baginda.

Kerajaan Negeri Perak kemudian mengarah Colonel Huxley dari Pejabat Kerja Raya di Kuala Lumpur supaya merangka sebuah pelan masjid yang hendak didirikan itu. Tugas membuat pelan rekabentuknya telah diberikan kepada Hubbeclk, seorang arkitek kerajaan dan tugas melaksanakan bangunan itu pula diserahkan kepada Caufield sebagai ketua jurutera Negeri Perak ketika itu.
Pada hari Jumaat 26 September 1913, Sultan Idris Murshidul Azam Shah telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Pembinaan masjid tergendala beberapa tahun kerana kerosakan ketul-ketul marmar di tempat simpanannya yang telah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan Sultan Idris dan Raja Chulan.

Pesanan batu marmar yang baru dari Itali tergendala akibat tercetusnya Perang Dunia Pertama, sehinggalah 1917 barulah masjid yang terindah di negeri Perak itu dengan rasminya dibuka oleh Sultan Abdul Jalil Nasaruddin Shah iaitu Sultan Perak yang menggantikan Sultan Idris yang mangkat pada tahun 1916. Belanja pembinaan masjid Ubudiah ketika itu di anggarkan berjumlah RM200,000.00




Tanah perkuburan di dalam kawasan masjid


Pintu utama. Ada majlis pernikahan sewaktu kami sampai.


Istana Iskandariah 

Istana Iskandariah terletak di atas Bukit Chandan, di tepi kanan Sungai Perak , bersebelahan dengan Kampung Padang Kawadbandar dirajaKuala KangsarPerak Darul Ridzuan. Inilah istana rasmi tempat bersemayam Raja-raja pemerintah yang ditabal sebagai Sultan Peraksejak tahun 1933 dahulu. Nama istana ini sempena nama Sultan Iskandar Shah yang bertanggungjawab terhadap pembinaannya dahulu.

Tapak asalnya merupakan tapak Istana Negara yang dirobohkan pada 1933. Senibina istana ini mengambil corak senibina Islam-India 'Saracenic' dengan campuran senibina Asia Barat. Motif pada gerbangtajam ( pointed arch) , hiasan minaret, kubah berbentuk bawang ( onion shaped domes). Ia adalah hasil ilham , pengalaman dan perjalanan arkitek dan jurutera British di Tanah Melayu. Senibina sedemikian terpancar juga pada Masjid UbudiahStesen Keretapi Kuala Lumpur dan Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran MerdekaKuala Lumpur.



Sungai Perak


Ada jeti



Sungai Perak sepanjang 400 km mengalir dari Hulu Perak hingga ke Beting Beras Basah di Bagan Datoh ke Selat Melaka. Sungai Perak merupakan sungai ke-2 terpanjang di Semenanjung Malaysiaselepas Sungai Pahang.

Sungai Perak mempunyai banyak sungai cawangan. Antaranya ialah Sungai Bidordan Sungai Kinta. Sungai Kinta dan Sungai Bidor menjadi tempat perlombongan bijih timah sekitar tahun 1850-1980. Selepas itu pengeluaran bijih timah menurun secara mendadak kerana negara-negara lain turut mengeluarkan bijih timah dan menyebabkan harga bijih timah merudum di pasaran dunia.

Sungai Perak adalah antara sungai yang terpanjang di antara negeri-negeri yang sekelilinginya. Ia memainkan peranan yang penting dalam sedi sejarah negeri Perak. Adalah dipercayai bahawa nama Perak didapati daripada kilat-berkilauan yang terdapat di sungai ini. Sepanjang lembah sungai ini, ia telah membiayai berjuta-juta penduduk tanah Melayu sejak beratus-ratus tahun yang lalu.

Sultan Perak yang pertama pernah juga mendatang ke mari dari Indonesia melalui Beting Beras Basah, sebuah pekan di hilir Sungai Perak ini.



Azib pun nak bergambar juga


Pintu masuk utama ke Istana Iskandariah. Ditutup untuk orang ramai kecuali atas perkenan Sultan Perak untuk majlis tertentu.



Muzium Diraja Perak. Tiada bayaran masuk.


Muzium ini dahulunya dikenali sebagai Istana Kenangan.


Di hadapan halaman Istana Kenangan


Istana Kenangan

Istana ini pada keseluruhannya diperbuat daripada kayu dan dikenali juga dengan nama Istana Lembah atau kadangkala disebut juga Istana Tepas. Istana ini terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah. Istana yang berdinding kelarai berbumbung perabut lima dan perabut pisang sesikat ini telah dirancang pembinaannya selepas banjir besar melanda Perak pada tahun 1926.

Tukang yang membuat istana ialah Haji Suffian dan anak-anaknya yang berasal dari Seberang Perai. Istana ini telah siap sepenuhnya pada tahun 1931. Sultan Iskandar Shah iaitu Sultan Perak ke 30 (1918-1938) telah berpindah bersemayam di istana tersebut kerana Istana Negera, iaitu istana rasmi Sultan Perak di Changkat Negara akan dirobohkan untuk dibina istana yang baru (Istana Iskandariah sekarang).
Dalam tahun 1933, apabila Istana Iskandariah siap dibina,Sultan Iskandar Shah telah berpindah ke istana tersebut. Istana Lembah atau Istana Tepas diduduki pula oleh keluarga Diraja Perak.
Nama Istana Kenangan hanya bermula pada tahun 1960 an, iaitu selepas istana tersebut diperbaiki semula dengan usaha Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Abdul Rahman Putra Al-Haj, bekas Perdana Menteri Malaysia.

Pada 16 November 1986, setelah dipelihara, Istana Kenangan dengan rasminya dijadikan Muzium Di Raja Perak hingga ke hari ini.


Mungkin rumah pekerja




Ambil gambar dari jauh sahaja kerana ada penghadang rantai besi. Pengawal menegur ketika terpijak rumput.


Sekejap sahaja di situ sebab tak boleh masuk hanya melihat dari luar. Ada pulak seekor lembu yang terpisah daripada geng dia.


Galeri Sultan Azlan Shah.

Galeri Sultan Azlan Shah secara rasmi dibuka oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada tarikh 9 Disember 2003. Awalnya istana yang disebut "Istana Hulu" atau disebut Istana Kota terletak di Bukit Chandan, merupakan istana konkrit yang pertama dibina di Negeri Perak. Istana ini kepunyaan Almarhum Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke 28 (1887-1916). Ia mula dibina pada tahun 1889 dan siap pada tahun 1903. Pada tahun 1916, istana ini diduduki oleh anakanda baginda, Almarhum Sultan Abdul Jalil. Dua tahun kemudian, istana ini telah diduduki pula oleh putera baginda iaitu Sultan Yussuff Izudin Shah, Sultan Perak ke 32 (1948-1963).

Dalam tahun 1954, Istana Hulu ini telah dimiliki oleh Kementerian Pelajaran, dan dalam tahun 1957, bangunan ini di gunakan sebagai sekolah yang dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Istana Kota. Pada tahun 1970, Sekolah Kebangsaan Istana Kota ditukar dengan nama Sekolah Raja Perempuan Muzwin, iaitu mengambil sempena nama DYMM Raja Perempuan Perak iaitu Raja Muzwin Binti Raja Ariff. Pada tahun 1996, Sekolah Raja Perempuan Muzwin telah mendapat bangunan barunya yang berhampiran dengan kawasan ini. Bangunan istana yang ditinggalkan ini akhirnya telah dicadangkan untuk di jadikan Galeri Sultan Azlan Shah.

Galeri ini memaparkan sejarah dan tonggak kehidupan termasyhur DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan.
Tidak terlepas dari signifikansi sejarahnya, bangunan megah Galeri Sultan Azlan Shah menunjukkan perpaduan unik dari gaya arkitektur seperti atapnya unik berbentuk 'bumbung limas' dari nyeri, struktur bumbung begitu menarik seperti piramid,manakala bentuk keseluruhan adalah campuran estetika ciri tempatan dan kolonial. Pada peringkat awal pembinaan, bahan bangunan yang berpunca dari luar negeri - genteng dari Perancis, sementara dinding dan lantai ubin yang berpunca dari Itali - untuk melengkapkan batu tempatan dan yang terbaik dari 'Cengal' dan 'Meranti' kayu yang digunakan untuk atap rangka batang dan balok .

Pelbagai aneka memorabilia dan barang-barang peribadi milik Sultan Perak dipamerkan di galeri ini. Ada juga bangunan berasingan yang menunjukkan unit kereta kerajaan dan kereta peronda yang digunakan dalam iring-iringan kereta ketika Sultan Azlan Shah memerintah. Ada juga kedai cenderamata yang menjual barang yang berkaitan dengan kesultanan Perak.



Cantik replika labu sayong gergasi ini.


Bayaran dikenakan untuk pengunjung,dewasa RM4,pelajar IPT RM2 dan sekolah rendah RM1 sahaja.


Cahaya matahari dah terik masa ni.


Sejuk rasanya tengok air ni..


Di dalam galeri tak boleh ambil gambar. Banyak sejarah hidup,keluarga,pendidikan,kerjaya,hobi dalam sukan hoki,perkahwinan dan pakaian kebesaran dipamerkan. 
Di dalam galeri memang selesa,sejuk je.


Masa ni nak mencari kedai makan tapi tak jumpa. Ada jumpa tapi dah habis makanannya. Terlihat rumah orang kampung ni dipenuhi dengan bendera,terkejut aku melihatnya betapa bangga sebagai rakyat Malaysia. Esok ialah sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia.


Kereta dibuat macam kereta kebal,ada muncung penembak kat atas bumbung kereta tu


Ini apa pulak ye..macam meriam je


Singgah di kedai menjual labu sayong. Tapi tiada proses pembuatan ditunjukkan di sini.


Bekas mengisi air minuman. Bagus pulak idea ni.


Lampu hiasan di taman atau pagar rumah.


Inilah kedainya terletak di tepi rumah pemilik kedai tu je.





Labu Sayong

Labu sayong biasanya dibuat dalam dua warna iaitu hitam dan coklat. Bentukya ialah leper seperti labu bocong, labu tela, labu pucung dan labu panai. Hiasan yang kebanyakannya digunakan ialah pecah empat, bunga api, bunga lawang, bunga cakar ayam, bunga tanjung, bunga cengkih dan pucuk rebung. Salah satu keunikan labu ini ialah ianya diilhamkan daripada bentuk buah labu itu sendiri dan corak yang digunakan lebih bersifat semulajadi. Teknik yang biasanya digunakan ialah teknik lingkaran dan picit bagi proses pembentukkan labu sayong.

Biasanya tanah liat yang digunakan namun, bagi penduduk Kampung Sayong, mereka menggunakan sejenis tanah yang terdapat di daerah Sayong. Namun, mengikut para penghasil labu sayong yang lain, tanah yang sesuai digunakan ialah tanah yang didapati satu kaki daripada aras permukaan bumi. Tanah liat yang digunakan untuk penghasilannya ialah tanah liat yang berwarna kelabu dan tanah liat yang berwarna kemerah-merahan. Alatan yang digunakan ialah batu sungai, pengukir, perepek, span, pinggan, papan rata atau papan gelak, gergaji kecil, pengguris dan roda pembentuk tembikar.



No comments:

Post a Comment