Monday, 10 August 2015

Teh Tarik Place

Ahad 9 Ogos 2015 ke Setia City Mall di Shah Alam utk mencari kamera mirrorless....badan tak sedap rasanya dah nak selesema sejak semalam tapi sebab kamera ni aku gagahkan juga la.
Penat berjalan akhirnya berenti makan. Susah nak cari yg sesuai sebab semua ada ayam.Air liur rasa pahit dan tak berselera tapi nak minum air panas.Sejuk menggigil dah ni,menyesal pula tak pakai sweater yg Ratna bagi tu,aku letak dalam kereta.


Faezah num teh tarik,aku teh o panas. 


Tempat tisu daripada tin susu yang dah habis isinya. Special je idea ni.


Faezah makan mi goreng mamak. Aku tak makan apa-apa,tak selera. Rasa dah demam ni.


Selera dia makan habis sepinggan mi tu


Dekorasi dalam kedai. Kerusinya comel je. 


Ramai orang makan kat sini. Depan tu panggung wayang.


Ruang dapur


Beratur nak order makanan. Bayar dulu pastu makanan dihantar ke meja kita.


Potret pun lain daripada yang lain

Bergambar kat luar kedai,pasni nak balik.


Masa hantar Faezah balik ke Subang tu aku muntah dalam kereta sambil memandu pulak tu. Muntah dalam plastik.Air teh tadi buat angin dalam badn aku makin banyak. Tidur di rumah Ucu je malam ni tak larat nak balik. Atas tu bubur nasi ikan bilis yg Faezah buat malam tadi. Terima kasih Faezah. Habis makan semangkuk. Beberapa jam dah aku tidur. Bangun masa nak solat Maghrib. Esok kena MC ni,tak boleh memandu balik. Nak ke Langkawi pun terpaksa dibatalkan. Sedihnya...tapi badan tak mampu. Allah lebih tahu apa-apa yang terbaik untuk aku saat ini. Syukur Allah. 

No comments:

Post a Comment