Thursday, 3 September 2015

BUKIT BENDERA PULAU PINANG


Perjalanan ke Pulau Pinang ini sudah lama berlalu,pada 5 Jun 2013,dah 2 tahun lebih...aku baru je ada blog...kenangan dengan Kak Lim ke Penang ni aku simpan dalam pen drive je.Sekarang dia terlantar sakit disebabkan kanser,dah bersara juga disebabkan penyakit itu.Aku selalu ke mana2 dgn dia tapi sekarang harus mandiri,kerja dan travel dilalui sahaja.Drive tanpa bertukar pemandu tu dah biasa dan aku memang suka memandu pun.


Jambatan Pulau Pinang yang tersergam indah.


Awal pagi dah sampai.Biasanya kami bertolak sebelum subuh.Tak mengantuk sebab seronok nak berjalan.


Selepas membeli tiket,menunggu kereta kabel,ramai org waktu cuti sekolah ni.Tak ingat berapa harga tiket dewasa dan kanak-kanak ni berapa,tak mahal pun.


Di dalam kereta kabel,dapat tempat duduk.Apa yg Kak Lim fikir agaknya..dia macam tak gembira je


Sekejap je tak sampai 15 minit...sejuk sikit je sampai kat puncak Bukit Bendera.


Landasan ke puncak Bukit Bendera.Aku tak jemu lagi naik cable car ni.Tiap hari pun takpe.


Aku hanya ambil gambar je.Minggu pertama cuti aku dah pergi dengan family....ni minggu kedua cuti pergi dengan kawan pulak.Dahsyatnya kaki jalan ni,tak penat pun yang penting happy.


Seronoknya Arina dapat jalan-jalan.


Semoga Atam cepat sembuh ya Arina.


Pemandangan dari atas bukit...


Ada restoran kat atas tu.


Food court ni 2 tingkat,tingkat bawah jual minuman,t shirt dan key chain.Tingkat atas ada jual makanan.Banyak juga pilihan makanan.


Harga key chain pun murah-murah.Dah dua kali beli t shirt Penang ni.




Muzium burung hantu....RM10 tiket masuk. Menarik dan kreatif.


Comel


Arina ikut mewarna di dalam muzium ni,semua bahan disediakan.Saja suka-suka.



Tokong Ular..RM3 tiket masuk. Ada kura-kura menunggu di depan pintu masuk.


Banyak reptilia di sini,ular paling banyak la...ular warna hijau melingkar kat pokok di dalam kawasan tokong.Ular sawa pun ada dan boleh bergambar dengan dikenakan bayaran.


Sebelum keluar ada pentas pertunjukan ular tedung, Aku terkejut ada kepala ular terjengol di dalam kotak kayu tu. Penonton ada yang berlari keluar dan menjerit kerana ular mengganas sikit.Hari pertama di Penang,penat dah lama berjalan di puncak Bukit Bendera tu.Nak tidur di mana belum dicari lagi,jumpa hotel bajet di Bayan Lepas,sesat dan salah jalan tu dah biasa.Main redah je.

No comments:

Post a Comment