16 Ogos 2015 hari Ahad,selepas keluar dari Lobang Jepang aku ke Silver Work di Koto Gadang.
Pelbagai jenis batu cincin untuk lelaki.
Rantai silver. Perusahaan Mak Wan dan anak-anak. Buatan sendiri dan dijual di rumah sendiri,tak perlu bayar sewa kedai.
Ranah Minang daripada kayu untuk dijual. Minat sebenarnya nak bawa balik tapi susah nak jaga takut rosak pulak.
Gambar perkahwinan anak tuan punya kedai silver ni. Aku berurusan masa membeli dengan anak lelakinya ni la.
Petani yang banyak tanah agaknya.
Perjalanan diteruskan dan Firman memandu dengan cermat,memang cekaplah dia taklah aku rasa tension kalau yang memandu tak reti-reti memotong ni bisa bikin aku panas nanti...
Rindu..rindu...memanggil-manggil namamu.....
Hujan dah reda jadi dapatlah keluar dari kereta. Segar sungguh udara di sini...
Sukanya ambil gambar sawah padi ni...tanah sudah digembur,petani di sini ada yang menggunakan kabota atau jentera membajak tanah dan gunakan khidmat kerbau...takde upah hanya bagi cukup makan nanti kerbaunya power la buat kerja.
Seterusnya ke Sungai Landai
Sempat membuat catatan di sini,perjalanan ini banyak memberikan kesan dalam memotivasikan diri sendiri,hidup perlu diperjuangkan hingga ke akhirnya.
Tshirt biru dari Bukit Tinggi sudah kupakai maklumlah tak banyak bawa baju untuk menjimatkan ruang beg. Itu antara cara mengembara yg mudah.
Pembangunan tidak rancak seperti di Cameron Highland,keaslian alam semula jadi di sini masih terpelihara dengan baik.Aku pasti akan datang lagi ke sini. Insya - Allah.
Bahagian luar kedai..Panorama Sungai Landai,banyak beg,tshirt dan key chai dijual di sini. Boleh membayar dengan RM ataupun rupiah.
Gambar ini diambil dalam kereta...sawah dan ngarai.
Kabus tebal dan dingin ,hampir menggigil jugalah kalau lama-lama berdiri di sini.
Penduduk di sini banyak menanam tebu untuk dijadikan gula merah. Mereka memproses tebu dengan menggunakan mesin,ada juga cara tradisional dengan menggunakan kerbau. Tapi masa aku sampai tu kerbaunya tiada jadi tak dapatlah tengok.
Danau Maninjau yang cantik tapi hari ni kabus tebal jadi tak dapat melihat kebiruan airnya. Mungkin masa lain apabila aku datang untuk kali kedua barulah dapat melihat keadaan sebenar tanpa kabus.
Kelok 44..perjalanan yang penuh liku dan mencabar mental juga fizikal. Kelok tu maksudnya selekoh la...jalan kecil dan sempit,mesti bunyikan hon setiap kali melalui kelok supaya kenderaan di hadapan tau ..,utamakan kenderaan yang nak naik.
Ini dia kuih apam labu,aku makan 2 ketul sahaja dah kenyang. Rasanya sedap tidak begitu manis.
Air masak tu free je.
Dua jenis kuih ni aku tak ingat kuih apa. Lagipun tak rasa sebab dah kenyang dengan kuih labu. Nak bungkus takut tak termakan nanti membazir pula.
Aku minum air kopi panas dan kuih apam labu saja. Di tempat sendiri tak pernah minum kopi ni tapi di sini dah berapa cawan kopi yang aku minum. Sedap pulak kopi di sini.
Kacang goreng ni ditanam sendiri oleh penduduk di sini. Banyak gerai yang menjual kacang mentah dan yang boleh terus dimakan.
Ada jauh dan ada yang dekat jarak antara setiap kelok. Perjalanan jauh lagi untuk menuju ke kelok 1..yang terakhir.
Asslamualaikum Tuan/Puan.
ReplyDeleteSesiapa yang nak melawat ke Padang dan Bukittinggi jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Kami menyediakan PAKET TOUR DAN PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA UNTUK LAWATAN PADANG DAN BUKITTINGGI dengan harga yang sangat berpatutan dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.
Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya bersama kami.
Our motto : We serve you with heart
Wassalam
Contact person :
1. Amsyahril
( Director )
Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )
2. Riko Adryansyah
( Tour & Transportation Manager )
Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )