Thursday 29 October 2015

KEBUN EPAL,BATU,MALANG DI JAWA TIMUR


Assalamualaikum...Aku menulis sekadar untuk kepuasan sendiri di samping memberi idea kepada pembaca blog jika berkunjung ke tempat yg sama. Kenangan sepanjang perjalanan ini sangat aku hargai.Walaupun tarikh 21 September 2015 sudah lama berlalu,namun masih terasa baru lagi malah aku telah datang lagi ke daerah yang sama pada bulan Disember 2015 tadi selepas pulang dari Jepun.


Kami bersarapan pagi di kedai makan.Kedai ini menjual nasi pecel tumpang.Banyak pilihan pecel yang ada.Aku memang tak pilih la yang ada ayam.Ratna tolong tulis order dengan bertanyakan ahli keluarganya. Nak cari tempat sarapan ini agak lambat sebab tak tau yang mana sedap di sekitar Batu ni.Hampir masuk ke kedai makan cina,aku tengok pekerjanya org tempatan tapi yang jaga kaunter bayaran tu orang cina,hmmm carilah kedai lain.


Pondok makan yang dibuat dengan menggunakan buluh.Menarik dan belum pernah jumpa di Malaysia lagi.Kalau sikit orangnya boleh la duduk makan di sini.


Pemilik kedai makan nasi pecel. Alhamdulillah dapat juga kedai makan muslim.Barulah tak was-was.


Nasi sambal,pecel tumpang,nasi sambal pecel,ayam goreng bakar,rawon,soto betawi.


Dah selesai sarapan aku keliling kedai makan untuk mengambil gambar.


Ada yang membeli makanan ringan,keropok di depan kaunter.Makcik rajin melayani.


Kalau makanan dah habis papan tanda ni akan diterbalikkan.


Papan iklan di hadapan kedai ni,nama makanan dan gambarnya.Harga makanan berpatutan la.Satu pinggan set lengkap nasi,sayur,keropok,tempe,sambal antara Rp 15 000- 20 000 je.Air ikut selera kita nak minum apa.


Pasar mini Indomaret ni di hadapan kedai makan tadi.Kami meneruskan perjalanan ke Kebun Epal lebih kurang setengah jam perjalanan sahaja.Tapi permukaan jalan kurang baik la...ada yang nak main air tak mau ke sini,akhirnya sampai juga dalam cuaca panas tapi berangin...kalau kering mesti basah satu badan bermandikan peluh.


Pemandangan nak ke Kebun Epal.


Jalan berturap kasar,sabar je guna jalan macam gini.Syukurlah dah kenyang perut ni.


Ratna keluar dulu barulah yang duduk di belakang boleh keluar.



Dah sampai di Museum Angkut tapi dibuka pada jam 12 tengah hari,masih awal pagi jadi tukar tempat ke Kebun Epal dahulu.Yang penting masa terisi dengan perkara berfaedah.Jam 10 pagi dah sampai di sini.Masuk dikenakan bayaran Rp5000 seorang.Bayar dahulu kemudian ada motosikal mengiringi masuk ke kawasan kebun.


Ambil plastik untuk masukkan epal yang dipilih,sekilo Rp20 000.Kalau nak makan buah dari pokok tu boleh ambil je.


Plastik untuk pengunjung.


Ayah Ratna gunakan plastik untuk tutup kepala.


Luas kebunnya,kami kat atas je,penat nak berjalan sampai ke bawah tu.


Tanahnya berpasir,subur dan pokok teratur cantik.Sekitar pokok dijaga,takde rumput pun.


Semua sibuk memilih buah yang nak dibeli.


Cantik buahnya,rasa pun sedap je..manis.Pada mulanya aku nak beli tapi fikir beratlah nak bawa ke Malaysia.Cukuplah makan epal di sini je.


Lihatlah buah epal bertaburan di atas tanah....takde orang nak mengutipnya.


Aku suka lihat suasana hijau di mana-mana.


Cium epal dulu.


Manis memang manis epalnya.


Tolong ambik gambar jap ye nak bergaya dengan epal.


Berteduh di bawah pokok epal...bestnya la,aku banyak memerhati je kesibukan orang memilih buah.



Makcik Ratna pun dah duduk kepenatan.


Pilih buah yang besar dan elok ya


Cuaca panas dah masa ni


Sabar je mengutip buah supaya penuh satu plastik tu.


Bertingkat-tingkat kebunnya ni


Pilih epal sambil makan epal


Ni kalau dikutip buat jem epal pun sedap


Dah penat sempat jelirkan lidah pulak tu


Sedap makan epal sambil berehat



Tangan siapa ni?


Tangan dia ni lah yg sibuk dengan kamera.


ada gaya tu


Aziz dah kembung perut ngan angin.


Ratnasari dan kamera


Perkenalan bermula dengan kamera


Pagar kebun ni daripada buluh je. Kereta sewa kami. Sewa selama 5 hari, 19 Sept 2015 ambil di airport Juanda Surabaya kemudian round bandar,20-22 Sept jalan2 sekitar Batu dan pulang 27 Sept dari Malang ke Surabaya,bayaran Rp 3.3 juta.Bayar deposit dahulu sebelum sampai Rp 300 ribu.


Ada kerepek buah di sini,nangka,epal,dan salak yang original.Kerepek tak ori buah kiwi,buah naga..tak ori ni dah campur tepung. Harga sebungkus Rp12 000


Banyak pilihan


Epal yang dikutip oleh pekerja


Kerepek buah salak dan epal.


Aku beli 24 bungkus,campur2 ada salak,nangka,epal,kiwi dan buah naga.Kerepek epal yang paling banyak aku beli.


Pekerja di situ susunkan dalam kotak.Selagi kotak tak penuh dia suruh aku ambil lagi.


Aku tak ingat jumlah sebenar berapa bungkus.Harganya lebih kurang Rp300 ribu.Mujur ada duit tunai masa tu.


Susunkan elok2 ya nak bawa ke Malaysia ni.


Satu kotak penuh


Siap diikat


Kepenatan dah mengutip epal untuk dibeli


Masing2 dengan bungkusan buah epal


Masih sibuk dengan kameranya


Para pekerja kebun epal duduk berehat


Sampai di Museum Angkut lebih kurang jam 12.30 tengah hari.Dah waktu zuhur ni.


Alhamdulillah sampai ke Museum Angkut....jalan2 di sini dan makan,solat.