Tuesday 22 November 2016

RATNASARI KE MELAKA

16 September 2016 kami tiba di Melaka Bandaraya Bersejarah. Hotel belum ditempah lagi ketika di Kuala Lumpur.Akhirnya rezeki di Malacca Straits Hotel selepas mengelilingi bandar Melaka untuk mencari hotel yg sesuai.,harganya utk satu malam ialah RM168. Badan dan letih terus sahaja ambil untuk dua malam.Kami check in pada jam12 malam...mata memang sudah mengantuk sangat.


Biliknya sangat besar untuk dua orang..,dari lobby hotel hingga masuk ke bilik ini begitu banyak perabot antik..,kebetulan aku memang menggemari hotel begini,hiasannya unik dan cantik.


Katil saiz king...cukup besar dan ada empat tiang,cuma tiada tirai pada katil ni. Set kerusi di sudut kiri katil,manakala di hadapan katil ada televisyen,meja solek dan almari yang besar juga. Kalau membawa keluarga ni boleh meminta tilam extra kerana ruang yang cukup luas dan selesa.
Bangun solat subuh jam 6.00 pagi selepas membersihkan diri. Sarapan tidak ada kerana cafe sudah setahun tidak beroperasi.Kami bersarapan di bangunan kedai menjual tshirt,makanan dan cenderamata yg mengadap Muzium Samudera.Terus makan nasi je,Ratnasari suka memakan ikan goreng.


Kami bergambar dahulu sebelum menyeberang jalan raya utk memasuki Muzium Samudera.

Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994. Di sebelahnya Muzium Samudera Fasa II.
Muzium Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka. Dibina berdasarkan replika Kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar.


Fokus utama muzium ini ialah sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga menyingkap pergolakan politik maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik maka hilanglah segalanya.
Pameran di muzium ini memaparkan perkembangan perdagangan dari zaman kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman Kolonial PortugisBelandaInggeris dan era penaklukanJepun di Tanah Melayu. Turut dipamerkan ialah lukisan, peta lama, model kapal dan artifak berkaitan maritim dan perdagangan di Melaka.


Waktu operasi:
  • Isnin hingga Khamis: 9.00 pagi - 5.30 petang
  • Jumaat hingga Ahad: 9.00 pagi - 9.00 malam
Bayaran masuk ialah RM 5.00(dewasa) dan RM 1.00 (kanak-kanak/pelajar).


Ratnasari bergambar di hadapan replika kapal.


Ramai pelancong berkunjung ke sini pada hari ini kerana cuti umum sempena Hari Malaysia.


Ayuh segera putar tali itu! Mau belayar ke mana ni ye?


Kami berdiri di ruang tengah kapal.



Diorma Panglima Awang-Magellan Melayu yang cukup terkenal sebagai pelayar.



Berganti-ganti bergambar di sini.


Orang ini sedang bertafakur atau apa ya? Khusyuk sekali nampaknya...tunduk saja tak melihat pameran di hadapan itu.Teka apakah yang dilakukan oleh si usil ni.Ehhee


Masih lagi duduk begitu...beg ajaib masih setia di belakang,di bawa ke mana-mana sahaja pergi...si usil ini memang nakal suka mengusik orang je.


Ratnasari memberikan tumpuan dan membaca sejarah yang dipamerkan. Selesai sahaja di Muzium Samudera itu,kami memasuki Muzium Tentera Laut pula. Sejarah dan perkembangan tentera laut di Malaysia beserta pameran contoh senjata,pakaian dan kenderaan yang digunakan juga ada di sini. Muzium ini masuk percuma sahaja.


Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar HilirMelakaMalaysia (bersebelahan Dataran Pahlawan). Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara ini merupakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia. Kos pembinaannya adalah sekitar RM 24 juta. Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 April 2008. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari.
Ia mampu memuatkan sehingga 66 orang dalam satu-satu masa dan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam dengan harga tiket dewasa RM20, kanak-kanak RM10 dan warga emas RM17 seorang. Menariknya pemilik Mykad pula berpeluang mendapat potongan harga sehingga 50 % apabila menggunakan perkhidmatan ini. Menara tersebut yang dibina menggunakan kepakaran Switzerland mampu mengangkut seramai 240 penumpang dalam tempoh sejam. Satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7 minit.
Lokasi asal menara ini adalah di tebing Sungai Melaka (berdekatan Bangunan Stadthuys) namun dipindahkan di tapak baru di atas sebab tapak asal tersebut terdapat runtuhan tembok lama zaman Kesultanan Melayu Melaka selain memelihara geofak arkeologi tersebut. Di sini juga terdapat sebuah kafe yang diberi nama Taming Sari Cafe dan sebuah kedai cenderamata.
Sumber:Wikipedia


Di dalam Menara Taming Sari yang sedang berputar ini kami dapat melihat sebahagian bandar Hilir.


Tempat duduk penuh hari ini!Tak dibenarkan berdiri ketika berada di dalam ini.


Kelihatan Sungai Melaka di bawah sana. Ada perkhidmatan River Cruise pada kadar bayaran RM10 seorang. Aku bercadang hendak menaiki River Cruise pada waktu malam sahaja kerana persekitaran lebih menarik dengan lampu di sepanjang sungai. Biasanya perkhidmatan sehingga jam 12 malam.


Saya tak gayat!


Saya gembira berada di Melaka! Kan Usil hehehe


Oklah dah penat berjalan kita cuba naik BECA pula. Basikal ini mempunyai tiga roda dan dikayuh oleh seorang lelaki. RM20 untuk satu pusingan mengelilingi beberapa tempat. Aku meminta dipasangkan lagu Pokemon kerana beca ini mempunyai sistem bunyi yang kuat...Ratnasari ketawa gembira mendengar lucunya lagu Pokemon.


Tempat pertama di Bangunan Merah yang dahulunya merupakan gereja pada zaman penjajah.Stadthuys ("dewan bandaraya" dalam bahasa Belanda) ialah sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan LaksamanaMelakaMalaysia. Bangunan ini dibina pada tahun 1650sebagai penempatan rasmi GabenorBelanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.
The Stadthuys itu terletak dalam tembok Melaka kubu dan terletak bertentangan dengan pintu masuk utara ke bandar berkubu, di seberang sungai. Kubu itu sendiri meliputi kawasan yang besar sekitar bukit St. Paul, yang menempatkan pejabat-pejabat dan gudang bagi VOC dan semua kemudahan yang diperlukan oleh koloninya. Dinding kubu tidak lagi wujud pada hari ini terima kasih kepada kebodohan dan vandalisme British yang berniat jahat mengarahkan kemusnahan manakala melindungi harta benda Belanda di Asia dari Perancis, semasa Perang Napoleon.


The Stadthuys adalah sebuah kompleks besar-besaran. Dalaman bangunan ini mempunyai dua tingkat dan ia adalah 30 meter lebar. Selain menjadi rumah gabenor, Stadthuys juga termasuk Pejabat Setiausaha-kanak, bilik sembahyang, ruang makan, sebuah rumah tetamu, rumah hamba, rumah Ketua Merchant, penjara, pejabat perdagangan, gudang, halaman dan bakeri yang terpisah atau dipisahkan.
Bilik rekod yang luas di Stadthuys adalah sangat sesuai untuk pemeliharaan dokumen rasmi, walaupun iklim tropika sering menjadi punca kemerosotan yang pantas kepada kertas. Dengan meter besar dinding tebal, siling yang tinggi dan jubin lantai yang besar, ia menyediakan suasana dalaman yang sejuk dan nampaknya mempunyai kesan yang kering-bilik bawah tanah.
Dengan terletaknya di Dataran Belanda, Stadthuys muncul megah dan mengagumkan dengan tingkap-tingkap besar, dengan pintu dan tangga. Di bahagian luar, terdapat langkan batu yang membawa kepada dwi tangga seterusnya ke balkoni kecil yang juga boleh diakses melalui pintu di tingkat pertama. Semasa pemerintahan Belanda di Melaka, Stadthuys, seperti semua bangunan pentadbiran Belanda yang lain di Asia Tenggara, ianya juga dicat putih. Melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, Melaka telah diserahkan oleh Belanda dan bandar tersebut menjadi tanah jajahan British. Pada tahun 1911, British mengecat bangunan Stadthuys dan Gereja Christ dengan warna merah salmon. Sebab-sebab sebenar mengapa bangunan ini telah dicat merah oleh British kini hilang ditelan zaman tetapi legenda dan teori-teori berkaitannya masih banyak.
Bangunan ini juga mempunyai catatan sejarahnya dalam bidang pendidikan, yang mana pada abad ke-19 ketika pemerintahan Inggeris, sebuah sekolah yang dikendalikan oleh golongan paderi dikenali sebagai Malacca Free Schooldibina di perkarangan Bangunan Stadthuys. Ketika itu pendidikan sekolah diberikan percuma oleh Inggeris. Bagaimanapun kebanyakan pelajar di sekolah itu terdiri daripada anak-anak golongan Cina yang miskin.
Bangunan itu kini menempatkan Muzium Sejarah dan EtnografiGaleri Laksamana Cheng HoMuzium SasteraMuzium Pemerintahan Demokrasi, dan Muzium Yang Di-Pertua Negeri. Paparan harian muzium ini ialah pakaian pengantin tradisional dan artifak dari zaman kegemilangan Melaka.[1]


Kami tak masuk ke dalam muzium di atas itu,hanya mengambil gambar sahaja.
Seterusnya ke Kota A Famosa.. Tak sangka rezeki dapat berjumpa coursemate di universiti dahulu..,masih cam lagi dia dengan wajahku...
Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar HilirMelaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.
Nama A Famosa seringkali disalah sebut sebagai /ei/ Famosa, termasuklah oleh orang Malaysia, seolah-olah kata penentu "a" dalam bahasa Portugisdianggap sebagai huruf "A" dalam abjad Inggeris. Sebutan yang lebih tepat ialah /É‘/ Famosa (bunyinya lebih kurang "ah").

Ratnasari merakamkan video amatur di sini,suka dia berpusing laju. Istana Melaka di sebelahnya kami tak masuk. Kami masuk mall untuk mendapatkan aircond...panas terik Melaka pada waktu ini. Aku sentiasa minum je.

Petangnya kami makan di Restoran Celop-celop. Makan ala buffet pelbagai jenis makanan laut..steambot pun ada juga. Tambahan menu grilled. Aku suka kuahnya yang enak.Cukup ramuannya.


Ratnasari memasak daging,ayam dan kepah. Yang direbus juga ada sudah diletakkan dengan
cucuk sate.


Kami sama-sama membakar..lama juga tunggu masak garing.


Ratnasari suka makan di sini.Berselera dia makan nampaknya.Agak lewat juga makan tengah hari kita ini.


Gambar sekitar bangunan merah...sebelum makan di Restoran Celop-celop.



Kota A Famosa yang menjadi tumpuan ramai pelancong.


Meriam pada zaman perang...kabooomm


Kami memasuki bahagian dalam kota ini.. Masih kukuh kubu ini,zaman dahulu semuanya menggunakan tenaga tulang empat kerat...kuat sungguh mereka.


Ada juga laluan sempit .Selesai makan di Restoran Celop-celop,kami pergi ke Dataran 1Malaysia. Melihat sekitar Pantai Klebang,aku nak turun tapi badan sudah dipenuhi angin...mungkin berpunca lewat sarapan dan tidak menjamah nasi tengah hari tadi. Balik ke hotel sahaja. Rancangan menaiki river cruise terpaksa dibatalkan kerana masalah kesihatan. Kasihan Ratnasari terpaksa menjaga aku sampai lewat tidur. Mujurlah wifi hotel ada taklah kebosanan.

HARI KEDUA DI DUYONG,MELAKA


Perigi Hang Tuah di Duyong. Perigi ini khabarnya digunakan oleh Hang Tuah dan keluarganya.


Pengunjung suka membasuh kaki dan muka dengan air perigi ini. Sejuk juga airnya. Masuk sini percuma.

Perigi Hang Tuah terletak di Kampung DuyongMelakaMalaysia ini dikatakan mempunyai kaitan dengan Hang Tuahseorang pahlawan yang terkemuka di Nusantara ini di Zaman Kesultanan Melayu Melaka (1398 - 1511). Hang Tuah Yang dilahirkan di Kampung Duyong ini dipercayai menggali sendiri perigi ini untuk kegunaannya.
Pada asalnya perigi ini adalah kecil tetapi lama kelamaan menjadi besar dan dalam. Perigi ini dikatakan tidak pernah kering, walaupun di musim kemarau panjang. Airnya sentiasa jernih dan dikatakan boleh menyembuhkan penyakit.
Sumber: Wikipedia


Rumah tradisional Melaka...di belakang perigi Hang Tuah ni je. Bayaran RM 2 seorang dikenakan oleh tuan rumah yang menunggu di luar rumah. Rumah Melaka zaman dahulu banyak keistimewaannya terutama pada tangga utama di hadapan rumah ni,cantik berwarna-warni.Ratnasari tak melepaskan peluang bergambar kenangan di bahagian tangga ini.



Bahagian hadapan rumah. Tuan rumah berusaha memperkenalkan keunikan binaan rumah melayu Melaka. Halaman rumah dihias dengan pelbagai jenis pokok bunga.


Naik ke atas rumah,di beranda disediakan bangku.


Masuk saja ke bahagian dalam rumah terdapat pameran alat permainan tradisional iaitu congkak.


Ruang makan...  atas meja diletakkan set pinggan mangkuk zaman nenek moyang.


Alat tradisional untuk menggiling cili atau apa sahaja supaya hancur dan menjadi serbuk.


Pakaian tradisi orang Melayu ini digantung di ruang tamu dan bilik utama.


Menuju ke dapur


Ruang tamu


Almari dipenuhi dengan pinggan mangkuk antik.


Bilik utama dengan cadar berwarna kuning keemasan.


Bahagian dapur,banyak pinggan mangkuk dan peralatan memasak.


Dapur kayu


Bilik terakhir yang kami masuk ialah bilik di atas loteng. Bilik ini khas untuk anak dara di rumah ini. Tempatnya tinggi untuk menjaga keselamatan dan kesucian maruah wanita,mereka juga boleh melihat calon suami dari atas loteng ini.


Ratnasari berhati-hati menuruni tangga yang curam.


Sempat lagi tersenyum tu.


Duduk melepas lelah.


Ratnasari sedang menggunakan alat untuk menghancurkan beras.


Seterusnya destinasi terakhir kami ialah Taman Mini Malaysia. Di sini ada peristiwa lucu yang membuatkan aku ketawa besar. Ratna mengatakan patutlah ada banyak patung monyet di sini kerana ternyata banyak monyet.Semasa membeli makanan di Perigi Hang Tuah tadi ada banyak patung monyet,Ratna membeli teddy bear dan kura-kura.
Taman Mini Malaysia terletak di Ayer KerohMelaka bersebelahan dengan Taman Mini Asean. Letaknya tidak jauh daripada plazal tol Ayer Keroh.
Taman ini merupakan sebuah kompleks tema yang mengagumkan bagi membolehkan pengunjung melihat rumah-rumah tradisional dari kesemua 13 negeri di Malaysia dari Sabah hingga ke Perlis dengan hanya satu lawatan.
Kompleks ini memaparkan rumah-rumah bersaiz sebenar yang asli. Rumah-rumah ini dibina oleh pembina yang pakar. Setiap rumah telah dilengkapi dengan elemen yang berkaitan, ditambah dengan keaslian yang menjadikan rumah tersebut mempunyai nilai tradisi yang tersendiri.

Di dalam setiap rumah, pelawat akan berpeluang menyaksikan sendiri keindahan kraftangan negeri berkenaan yang digunakan sebagai bahan hiasan di dalam setiap rumah yang dipamerkan. Selain menjadi bahan pameran, kraftangan ini turut menjadi bahan untuk membolehkan pelawat mengenali setiap negeri di Malaysia dengan lebih dekat lagi. Pakaian tradisional turut dipamerkan di dalam beberapa buah rumah untuk tontonan umum.

Walaupun dari pandangan umum semua rumah ini nampak seakan-akan sama, mereka sebenarnya tidaklah serupa kerana setiap satu mempunyai identiti dan keunikan yang tersendiri.Selain rumah-rumah tradisional ini, pelawat juga boleh menyaksikan pelbagai pertunjukan kebudayaan selain permainan tradisional.

Bayaran Masuk:
Dewasa : RM10.00
Kanak-kanak : RM5.00

Waktu Operasi:
Setiap Hari    9.00 pagi - 5.00 petang




Ratnasari di hadapan rumah negeri Sarawak.


Rumah panjang di Sarawak menggunakan tangga untuk naik ke atas.  Di bahagian bawah rumah biasanya ada haiwan peliharaan kaum Iban di Sarawak.


Pakaian tradisi kaum Iban. Dia ni baru selesai mempersembahkan tarian suku Iban.


Aku pun nak bergambar juga dengan pahlawan Iban.


Ruang dalam rumah panjang ini memang luas. Ada beberapa keluarga yang tinggal di rumah ini.


Lakaran struktur rumah panjang.


Tangga daripada batang pokok. Kalau berani cubalah turun dengan menggunakan tangga ini.


Ratnasari mau pergi ke rumah lain pula.


Rumah Negeri Sabah


Rumah Pahang


Rumah Terengganu






Rumah Selangor..,Ratnasari tersenyum 


Permainan gasing 


Aku tak ingat dah rumah negeri apa ni..,,


Suka tengok 


Gaya apa ni?


Boleh menyew kereta kuda di sini ye...RM10 seorang selama 15 minit. Keliling dataran ni je.Tak mencabar pun.



Rumah negeri-negeri di Malaysia kelihatan dari dataran ini


Ratnasari mengambil video


Sudah selesai ye...harap cantik video yang diambil tu

PERKAMPUNGAN HANG TUAH



Perkampungan Hang Tuah ini dan menempatkan enam bangunan iaitu Pusat Hang Tuah, Rumah Hang Tuah, Rumah Hang Lekir, Rumah Hang Lekiu, Rumah Hang Kasturi dan Rumah Hang Jebat. Di sini juga turut mempunyai gelanggang silat terbesar di dunia yang boleh menempatkan 3000 orang peserta pada satu masa.



Sebenarnya tempat ini kami pergi selepas melihat rumah Melayu Melaka di Duyong...tempat baru ni pertama kali aku masuk iaitu Muzium Hang Tuah. Bayaran yang dikenakan hanya RM5 seorang. Dapat diskaun hanya membayar RM3 sahaja.


Auditorium juga terdapat di Pusat Hang Tuah ini dengan kapasiti anggaran 200 orang. Pengunjung boleh membuat aktiviti seperti mesyuarat, seminar, bengkel dan lain-lain dengan sewaan hanya RM200.
Begitu juga dengan rumah-rumah lima bersaudara tersebut, boleh juga disewa untuk kegunaan sendiri. Kelihatan juga ramai yang sudah melakukan majlis perkahwinan di sini. Alangkah indah dan seronok bagi mereka yang ingin merasai makan malam “beradat” dengan pakaian tradisional, sesuatu yang unik boleh dilakukan di sini.

Kebanyakan sudut pameran di sini, menggunakan alat pandang dengar secara interaktif. Bahagian yang menarik di Pusat Hang Tuah ini adalah Silat Interaktif.


Teater Hang Tuah Wira Bangsa...

Jam 6.00 petang meninggalkan Melaka Bandaraya Bersejarah...Semoga percutian ini membawa manfaat dalam menambahkan pengetahuan kepada Ratnasari tentang Malaysia khususnya Melaka. Datang lagi insya Allah ke tempat lain pula.
Sampai jumpa lagi Melaka...!!