Episod satu di Pantai Purus dan Jambatan Siti Norbaya. Selepas bersarapan nasi sup aku dibawa ke sini,cuaca begitu baik pagi ini,suasana sekitarnya begitu tenang dan cantik.
Syukur masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menyaksikan kehebatan ciptaan-Nya.
Teringat Pantai BNO di tempat sendiri yang airnya begini juga....tidak sesuai untuk mandi,gatal satu badan nanti.
Tak melepaskan peluang untuk bergambar malah tour guidenya menawarkan diri untuk mengambil gambar.
Angin agak kuat dan rasa sejuk,cahaya matahari sudah keluar walaupun masih awal pagi kira-kira jam 9.30 pagi.
Ada kisah menarik di sebalik nama jambatan ini. Menurut kata Firman,dahulu ada seorang gadis bernama Siti Norbaya yang dipaksa berkahwin dengan orang tua kaya berumur 60 tahun sedangkan dirinya baru berumur 18 tahun. Namun dia bersetuju berkahwin demi menyelamatkan ayahnya yang berhutang dengan orang kaya. Akhir cerita dia mati dibunuh oleh suaminya yang tua kerana terlalu marah dengan kata-kata Siti Norbaya bahawa tiada cinta dalam perkahwinan ini.
Siti Norbaya tidak mahu tidur dengan suaminya yang kaya dan tua itu,dia sudah memiliki kekasih iaitu seorang askar.
No comments:
Post a Comment