Car park ..supaya tak lupa
Sunway Piramid berdekatan dengan Sunway Lagoon. Teringat zaman di UPM dan pernah ke situ dengan Marinah.
Banyak corak purba Mesir di tiang bangunan. Ada kepala singa besar di depan tapi aku tak jumpa pulak.
Agak mengelirukan nak mencari pintu masuk yang betul pun susah.
Cantik
Bestnya tapi aku tak pandai nak main ni kalau jatuh terhentak habislah sakit semuanya
Teringat cerita korea
Nak makan ni sour cream & onion RM3.80
Tempat kanak-kanak bermain,bayar ye bukan free
Macam best je
Inilah kamera mirrorless yang bakal kubeli...ada tiga kedai kamera di LG2 ni,cari Fujifilm x100 tapi kena order la pulak,masuk kedai kamera canon yang penjual perempuan tu macam tak jujur la pulak...ada bahasa tubuhnya yang aku faham,nak melariskan barang yang dijual. Kedai seterusnya ni buat perbandingan gambar daripada kamera sony a-5100 dan Lumix GF7 ni. Layan dengan baik je apa-apa yang aku tanya,caranya takde mendesak dan tak berlagak pandai sangat tentang kamera. Masa hari Sabtu tu di KL Sentral,pekerja lelaki tu berlagak tau semua pasal kamera,hmm tak payah hurailah memang aku tak suka.
Kamera jenama Sony,Nikon dan Canon pun ada
Ada lens Lumix tu harganya 6K...fuhh memang cantik giller gambar yang diambil,pekerja cina lelaki tu try pasang kat kamera aku tu. Lens yg lagi zoom ada harganya RM1200. Takpelah pakai yang sedia ada ni dulu. Nak travel Jumaat ni kita try dulu best ke tak.
Melilau cari jalan keluar ,haru biru jadinya lebih setengah jam sesat...dalam hati berdoa ya Allah tolonglah aku mencari jalan keluar dan jumpa lif utk ke CP5.
Sampai keluar bangunan ni...pintu masuk Sunway Piramid
Nampak tak singa 2 ekor kat atas pintu gerbang tu?Kepala singa yang besar ada kat atas bangunan tapi aku nak cari lif jadi takde mood ambil gambar tu
Syukur alhamdulillah berjaya mencari jalan keluar. Ni kat surau Petronas,solat dulu selepas gi Subang memulangkan kunci rumah.
Berenti makan di Papa Tomyam,Kapar Klang.
Biasa dah makan di sini,daripada kedai kayu yang bersimen sehinggalah bermozek dan dekorasi lebih menariklah. Makanan pun sedap.
Air barli panas
Kerabu mangga. Sedap lagi menyelerakan. Memandangkan air liur aku pun pahit jadi harap sangatlah makan ni membangkitkan selera. Syukur habis makan.
Bihun tomyam seafood. Aku cakap jangan letak ayam ye...fobia lagi dengan ayam. Semua makanan tadi RM12.50
6 jenis ubat...masa drive tadi dah makan ubat demam dan sakit kepala. Ubat selesema je belum sebab takut mengantuk. Perkhidmatan doktor RM70
Si comel ni dah jadi milik aku..dalam bilik aku sekarang
Beg kamera yang comel juga
Bateri percuma,bagus juga ada 2 bateri jadi kalau dah habis ada gantian dengan segera.
Free ...best
Barang yang aku dapat
Free juga ,beg Lumix original ni
Dalam beg ..warna merah menawan
Kau milikku...bateri sedang cas untuk pertama kali selama 8 jam,selepas tu hanya 2 jam sahaja. Bila aku akan menggunakan si comel ini ya...tak sabar rasanya hendak melihat hasil fotonya. DSLR ada tapi berat dan besar. Banyak jenama dah pernah aku pakai untuk kamera ni antaranya Olympus,Sony,Nikon dan sekarang Panasonic Lumix GF7.
Harga total utk Lumix tadi RM2030,ada pertambahan aksesori wajib untuknya:
1. Rodenstock utk melindungi lens kamera daripada pecah kalau kamera terjatuh RM180
2. Memory card 16gb RM50 jenis Scandisk,Panasonic bagi free 8gb je tapi aku ambik yang beso sikit dan kena tambah duit.
Harga kamera sahaja RM1800,warranty selama 2 tahun. Syukur alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment