Hari pertama 14 Ogos 2015,selepas melawat Lembah Anai Air Mancur aku dibaw ke Pusat Dokumentasi Rumah Gadang Minangkabau. Cuaca sangat baik hari ini.
Baru sampai di luar rumah gadang,rasa tak sabar nak masuk apabila melihat bumbung rumah yg begitu unik ini iaitu berbentuk seperti tanduk kerbau.
Tempat mengisi padi,jika ada bencana alam,kenduri atau kemiskinan maka padi di dalam pondok ini akan digunakan.
Seni ukiran yang sangat menarik.
Di hadapan Rumah Gadang Minangkabau.
Sebelum ini hanya membaca blog orang lain tentang Rumah Gadang,alhamdulillah kini dapat menyaksikan sendiri di depan mata.
Rumah Gadang Minangkabau yang dipenuhi pelbagai maklumat,gambar,peralatan dan perabot antik.
Lantainya di alas dengan tikar sahaja. Aku menulis nama di dalam buku pelawat. Pekerja di situ bertanyakan negara asalku dan sama ada aku perlukan bantuannya untuk diberikan penerangan. Sudah pasti aku ingin mendengarnya.
Disuruhnya aku duduk dan diberi penerangan tentang asal usul Rumah Gadang,keistimewaan adat perpatih dan kehidupan masyarakat Minang. Banyak juga pantun Minang yang disampaikannya,tak sempat aku nak menyalinnya.
Halaman itu tempat anak raja lelaki bermain atau bersiar-siar. Tidak boleh bercampur dengan anak perempuan.
Selepas mendengar penerangan itu aku bergambar sebagai kenangan.
Tempat ini digunakan oleh Datuk Temenggung untuk berbincang atau menyelesaikan pelbagai masalah yang berlaku di dalam atau luar rumah.
Gambar pemimpin keturunan Minang dipaparkan untuk tatapan umum. Aku tak sempat mencatat nama mereka satu persatu.
Rumah temenggung ini mempunyai 9 bilik yang saiznya kecil. Bilik pertama dari kiri biasanya digunakan untuk pengantin baharu,bilik hujung untuk anak perempuan,hanya ada tirai dan tiada pintu pada setiap bilik. Banyak sekali tiang rumah gadang ini.
Golongan datuk yang dihormati dan setiap keputusan yang dibuat perlu ada perbincangan.
Banyak buku sejarah tentang adat perpatih dan Minangkabau.Dindingnya dianyam daripada rotan. Sejuk dan memberi pengudaraan yang baik malah orang di dalam boleh melihat orang di luar dengan lebih jelas terutama pada malam hari.
Contoh biliknya yang kecil,boleh memuatkan suami isteri dan anak-anak yang berumur 5 tahun ke bawah.Alasannya dengan saiz bilik yang kecil ini nanti si suami akan berusaha keras mencari rezeki bagi menyediakan rumah dan bilik yang lebih besar. Keluarga kecil ini pada akhirnya harus keluar berdikari dan membina rumah sendiri. Mereka yang tidak berkemampuan akan dibantu dengan tinggal di sini. Kebanyakan anak lelaki sejak berumur 5 tahun akan belajar di surau atau masjid untuk belajar agama.
Gambar penting yang memaparkan rumah gadang Minangkabau
Aktiviti penduduk Minangkabau yang sedang menumbuk padi digantung di dinding bilik.
Harta diberikan kepada anak perempuan untuk menjaga kebajikan orang perempuan. Contohnya perempuan yang kematian suami atau suami berkahwin lain. Selain itu,tujuannya adalah untuk mengelakkan anak lelaki menjadi pemalas dan hanya mengharapkan harta ibu ayahnya jika daripada keluarga kaya.
Rumah Minangkabau penduduk tempatan. Kini,penduduk di Padang- Bukit Tinggi tidak ramai yang membuat bumbung sebegini disebabkan kos yang mahal. Impian aku mahu membina rumah moden tapi bumbung Minangkabau..angan-angan.
Bilik lain yang menempatkan peralatan muzik. Bekas air itu pada zaman moden untuk keperluan pekerja di situ.
Tangga ke tingkat bawah. Biasanya tempat menyimpan barang dan tempat memasak ada di sini.
Aku menyewa pakaian pengantin orang Minang. Idr 35 ribu sahaja,mudah sahaja memakainya tidak mengambil masa yang lama. Tampal dan ikat.
Ya itu dia sudah siap...pengantin perempuan sendirian sahaja. Pertama dan terakhir agaknya memakai pakaian ini.
Pelbagai gaya la disuruh oleh pekerja rumah ni. Begitu meriah pelaminnya dengan pelbagai perhiasan. Pengantin biasanya akan duduk seharian di hadapan tetamu. Penat tak penat itu perkara nombor dua ,yang penting menghormati tetamu datang adalah satu kewajipan kerana kesudian meraikan hari bahagia mereka.
Malu juga la sebab ada orang lain yang melihat,tapi buat selamba sajalah sebab dah bersetuju untuk menyewa pakaian pengantin ini. Ada banyak warna seperti hitam dan kuning,aku memilih merah supaya sama dengan pelaminnya.
Agak panas juga sebab di bawah ini tiada aircond,bajunya tebal juga dengan hiasan di kepala yang berat dan sarat. Fuhhh bergaya punya pasal terpaksalah bersabar saja.
Bergambar di luar rumah pula,tangan macam penyanyi nasyid je rasanya. Pekerja rumah ini yang meminta aku bergaya begitu.
Cehhh di suruh memandang tempat lain pulak,cahaya matahari dah keluar jadi terpaksa la menahan mata dan dahi daripada berkerut.
Terselit pulak gambar pengantin ni jehhehe
Ya...bergaya di tangga,macam tinggi pulak ya...Naik je ada pelancong tempatan yang meminta bergambar bersamanya. Katanya mahu dimuatkan dalam facebook. Hehe
Posing kat tingkap..masa ni ada pulak jurugambar dari negara mana ntah suruh aku bagi macam-macam pose lagi. Sporting je la bagi kerjasama..kesian datang dari jauh.
Perkahwinan keturunan Minang ni mengutamakan perkahwinan antara suku masing-masing. Perbincangan akan dibuat antara datuk-datuk yang dihormati dan berpengaruh dalam suku.
Konon menjenguk kat tingkap la.
Pengalaman dan pengetahuan tentang adat perpatih di Indonesia ini banyak mengajar aku tentang menghargai warisan turun temurun nenek moyang yang harus dipelihara agar tak lekang dek hujan dan tak lapuk dek panas. Anak Minang sendiri harus mencintai kebudayaan mereka dan berbangga memiliki perbezaan adat daripada suku kaum lain. Aku anak banjar juga harus menelusuri keturunanku satu hari nanti...Banjarmasin,moga-moga dapat sampai ke sana juga.
Kawasan yang luas dan dijaga dengan rapi. Tumpuan pelancong dari seluruh dunia.
Disuruh buat gaya bebas agar tak statik je,mana la aku pandai nak bergaya sakan ni...puas hatilah dengan layanan pekerja di rumah gadang ni. Aku sempat melihat key chain yang dijual di kiosk bawah rumah itu tapi tak beli apa-apa.
No comments:
Post a Comment