Wednesday, 26 August 2015

HARI TERAKHIR DI BUKIT TINGGI,SUMATERA BARAT

17 Ogos 2015 hari Isnin. Keluar dari Amali Gallery Hotel pada jam 8 pagi selepas sarapan pagi.


Ada pasar pagi jadi jalan agak sibuk hari ini.


Lori membawa hasil tani untuk dijual di sini.


Sawi di atas lori


Selamba je makcik tu memakai kain batik sambil membeli sayur.


Pasar Koto Baru,Bukittinggi


Gelagat manusia di pasar pagi.


Tersenyum dua lelaki tu selepas tersedar aku mengambil gambar mereka.


Jual sayur di luar kerana sudah tidak cukup ruang di dalam.













Sampai di restoran ini untuk minum air kelapa muda. Dari atas restoran kelihatan kolam ikan yang pelbagai saiz dan bentuk.





Ruang makan restoran ini boleh duduk bersila ataupun mengunakan meja. Air masak diletakkan pada setiap meja.


Air kelapa muda tanpa ais.


Keropok kulit lembu. Oklah rasanya habis juga sebungkus kecil tu.


Ini bungkusannya,kerupuk jangek.


Rumah makan Puncak Kiambang.


Pondok di hadapan restoran.


Aku sampai di Minangkabau International Airport lebih kurang jam 10 pagi. Keluarkan duit dahulu di ATM sebab rupiah tinggal sedikit lagi,takut kena bayar lebih muatan dan wrapping kotak aku tu.


Ramai jugalah orang tapi tak susah pun nak scan barang sebab jaraknya dekat je antara wrapping kotak dan check in bagasi. Macam ni la bagus tak penat berjalan macam KLIA 2 tu...


Plastik besar berisi kain sulam sedang dibungkus . Satu barang dikenakan bayaran Rp 50,000.


Dah siap pun kotak dan plastik besar aku tadi.


Nak check in bagasi kena menunggu lagi,jam 12 tengah hari baru datang pekerjanya. Ada tukang sapu di situ menegur aku sama ada sudah menimbang barang atau belum. Dia menolong aku mengangkat beg plastik dan kotak tadi. Alahai..29 kg semuanya. Ada lebihan 9 kg pulak ni. Bayaran dikenakan untuk 1kg yang berlebihan tadi ialah Rp155 ribu...banyak ni lebih 1 juta,kalau duit kita lebih RM 300. Duit memang la cukup tapi sayang la nanti ada trip ke Indonesia lagi. Adik tadi terkejut la dan tanya muatan barang yg aku bayar..20kg je. Risau masa tu. Kemudian ada seorang porter baik hati ini bagi cadangan bawa naik je kotak yg berat 9 kg tadi tapi pandai-pandai jangan sampai orang kaunter check in nampak. Aku doa dalam hati moga selamat semuanya. Dia tolong check in kan. Beg plastik  besar tadi beratnya 19.8 kg..,fuhhh lega. Jadi bawa naik kotak 9kg dan beg galas aku je lah.


Aku cas telefon tanpa power bank sebab power bank samsung yang baru dibeli tu rosak. Cari plug di sekitar airport ni,dapat cas lama sikit di hadapan kaunter imigresen. Selamba je aku duduk di lantai. Masa ni ramai orang Malaysia nak balik dan beratur dengan beg yang lebih besar daripada aku punya. Aku pergi tandas tinggalkan je kotak dan beg galas. Tawakal ajelah moga tak hilang dan takde yang berminat dengannya. Alhamdulillah selamat.
Masuk ke ruang menunggu pada jam 1.30 petang. Jumpa lagi orang Bangladesh masa kat hotel Amali tu. Yg kelakar tu dia boleh bagi cadangan nak ikut aku naik kereta untuk jalan2 sekitar Bukittinggi dengan alasan daripada tempat duduk lain kosong. Pantas aku mengatakan tak boleh,private car..aku nak santai sorang kalau dah ada 7 orang kawan dia lagi tu dah tak jadi santai namanya.
Masuk flight jam 1.55 petang. Tempat duduk aku 18A,tepi tingkap lagi. Kotak 9kg tu memang berat la tapi ada pakcik sebaris tempat aku duduk tu tolong masukkan dalam ruang beg kat atas tu. Legalah aku duduk kepenatan. Sampai di KLIA 2 lebih kurang jam 4.30 petang,berjalan jauh juga mujur ada troli tapi sampai kat eskalator kena angkut sendiri la kotak tu. Perut dah lapar dan teringat nak makan masa ni. Aku pergi kedai telefon untuk keluarkan sim card Indonesia tu. Masa ni terfikir lecehnyalah nak buka phone pun susah gini,rasa nak tukar phone lain je. Iphone ni banyak selfish betul la.


Aku makan nasi beriani kambing dan air alpukat...hmmm ada pulak air alpukat di sini. Lapar dah tak tengok kiri kanan. Call along masa makan ni. Sampai di Shah Alam jam 7 petang. Aku drive balik dan berhenti solat Maghrib di Kapar Klang.Sampai di rumah lebih kurang jam 11 malam. Upacara membuka kotak bersama dengan bundo kanduang....heee bahasa Minang ni. Mak terkejut melihat betapa banyak barang yang dibawa...seronok melayan mak..dia suka je banyak dapat barang.
Alhamdulillah,terima kasih ya Allah kerana memberikan pengalaman indah dan cukup bermakna kepadaku. Benarlah kata Ratna bahawa perjalanan ini akan memberikan kesan mendalam kepada diriku. Terima kasih setia menemani perjalananku ini. Tak lupa kepada Azwa juga yang sibuk belajar dan cuci mata melihat video tarian minang yg aku kirimkan. Terima kasih kepada adik tour guide iaitu Firman juga ibunya yang baik hati serta mesra. Insya Allah kita akan bertemu kembali.


Selamat sampai di Malaysia.




















No comments:

Post a Comment