Tuesday, 25 August 2015

HARI KEDUA DI BUKIT TINGGI SUMATERA BARAT - KINIKO


15 Ogos 2015,selepas keluar dari Lembah Harau pagi tadi aku ke KINIKO pulak...apa dia KINIKO...macam best je namanya. Memang best pun tempat ini sebab boleh minum kopi dan teh malberi percuma. Minumlah sebanyak mana yang mampu dan buat sendiri sebab semua bahan seperti kopi,gula dan air panas sudah di sediakan. Teh malberi pulak hanya ambil cawan dan tuang.


Ini kaunter nak order makanan dan membayar makanan lain,macam2 ada la dari kuih muih sehinggalah makanan berat. Kerepek,keropok,biskut dan kopi ada dijual di bahagian depan kedai. Tempat makan ni di bahagian belakang.


Inilah tempat membancuh kopi tu. Aku memang bukan penggemar kopi tapi aroma kopi yang menyucuk tu membangkitkan keinginan untuk meminumnya. Mula2 letak kopi tu satu sudu sahaja tapi kata Firman tak rasa kopi nanti dan ditambah lagi menjadi 3 sudu. Letak gula dan bancuh sendiri.


Kalau nak teh botol ada di dalam peti sejuk ni.


Haa...pemandangan begini yang aku suka sambil minum kopi panas tu terus dapat menyaksikan keindahan alam. Bestnya.


Taman di kedai makan ini pun dijaga rapi.


Pilihlah tempat duduk yang disukai,nak kerusi kayu,pelbagai saiz dan bentuk,kerusi batu pun ada.Mejanya pun meja kayu buatan sendiri. Unik betul perabot yang digunakan di sini...tu yang aku suka dan teruja.


Banyak pondok tempat untuk minum sambil berbual-bual melepaskan lelah. Ada kolam buatan tapi tiada ikan. Air kolamnya bersih terjaga.


Ada pelajar sekolah sedang bergambar selepas menikmati makanan di sini. Waktu rehat ini mereka akan keluar untuk makan lagipun sekolah dan kedai makan ini sangat dekat. Hari Sabtu di Bukit Tinggi ini merupakan hari persekolahan,separuh hari sahaja. Hari cuti hanya pada hari Ahad sahaja. 


Di sini ada menjual pelbagai jenis kuih.


Aku mengambil seketul tapai ubi yang digoreng dengan tepung. Murah aje Rp 2000 seketul. Habis aku makan sebab sedap.


Meja kayunya original tanpa diletakkan syelek atau sebarang cat. Kreatif juga pemilik kedai ni.


Kopi panas yang siap dibancuh akan dimasukkan ke dalam bekas daripada anyaman rotan ini. Tujuannya mengelakkan tangan kita daripada kepanasan ketika memegang gelas  berisi kopi panas itu. Pisang salai yang dipotong-potong,sedap dan manis. Sedang sedap makan tu aku jumpa pelancong dari Malaysia yang telah aku temui di kedai sulam Indah Bordir kelmarin.


Senarai harga minuman di sini.


Bekas air kunyit dan asam. Rp 5000 secawan. Baik untuk membersihkan darah dan membuang angin.Aku mencuba secawan,boleh tahan sedap juga rasanya.


Menu makanan yang dijual di sini. Masih kenyang lagi bersarapan di hotel tadi.


Ini dia air kunyit bercampur asam. Kuning pekat.


Bergambar kenangan di sign board KINIKO.


Sign board dibuat daripada kayu..cantik dan kreatif.


Di bahagian depan kedai ada menjual pelbagai jenis kerepek dan biskut.


Buatan tempatan dari Bukit Tinggi Sumbar ...apa itu Sumbar ? Maksudnya Sumatera Barat.


Kemas tersusun.


Aku beli kopi ini peket kecil ada 20 peket dalam satu bungkusan.


Pisang salai ini beli 3 bungkus aje.


Pisang salai disaluti bijan,tak beli yang ini macam tak sedap je sebab terlalu banyak bijan.


Pelbagai warna biskut,maklumlah baru sahaja sambutan hari raya.


Biskut tiada nama hanya keluaran dari kedai KINIKO sahaja.


Pisang salai keju.


Sagun kacang,nak beli tapi takut hancur je bila sampai rumah.


Karabu saga...bahannya apa ni dah tak ingat tapi mesti manis ni.


Tak pasti apa ni.


Kopi pinang campur susu. Pinang dijadikan serbuk kopi?Camana rasanya tu ya...


Kopi jahe...ha jahe tu maknanya halia. Bagus ni nak panaskan badan.


Sagun bakar lagi...


Sagun bakar jenama Atlanta


Biskut bangkit durian. Ini aku beli sebungkus je sebab rasa durian kan.Sedap la kot.


Keropok sira pedas.


Ada cermin besar ambik gambar  diri sendiri,buat selamba je.


Pokok bunga trompet ni ada lagi di sini,ingatkan di Bromo sahaja yang ada. Agaknya pokok bunga ini memang asal dari Indonesia.


Inilah gambar kedai dari luar,dah nak balik barulah sempat ambil gambar. Perjalanan diteruskan untuk makan tengah hari pulak. Kereta melalui sawah padi dan kawasan berbukit bukau. Lama-lama perut jadi lapar.


Tempat seterusnya ialah Rumah Makan Pondok Flora.Sampai sahaja di perkarangan restoran tu banyak kereta dan bas. Memang terkenal kot dalam kalangan pelancong ni.Ada pulak papan tanda warna warni di hadapan restoran ni,sambutan hari lahir akan diadakan di sini. Nama orangnya terpampang pada kayu itu.


Pintu masuk ke restoran.


Ada jualan parang,cincin dan batu akik.


Pelbagai sticker ditampal mungkin ini pemberian pengunjung yang menempah makanan di sini,datang berkumpulan .


Pelbagai jenis beg dan t shirt juga ada dijual.


Restoran ini dibina dikelilingi kolam ikan,kiranya boleh dipanggil restoran terapung la. 


Cantik banyak pasu bunga dan kerusi pun banyak disediakan untuk kemudahan menjamu selera.


Sesiapa nak menikmati air kelapa muda di sini boleh cuba rasa


Ada dua ekor burung hantu,kesian burung ni waktu siang tak boleh tidur dengan selesa sebab ramai orang keluar masuk restoran ni. Aku pun tak tau apa motifnya burung yang aktif pada waktu malam ini diletakkan di sini. 


Kolam ikan


Pekerja restoran sibuk di dapur.



Banyak ikannya...mulutnya ternganga je macam kelaparan.


Anak ikan lain pulak.

 
Asyik tengok anak ikan ni,rasa nak hulurkan kaki buat terapi ikan tu ha. Ada juga ikan kecil yang digoreng dalam menu tadi. Mungkinkah ikan dalam kolam ni yang diambil? Hee entahlah. 


Macam nak terjun pun ada juga...mandi air ikan mesti best kan.


Cantik banyak kolam ikan. Nun di sana ada restoran.


Kolam ikan dan sawah padi.


Bestnya tempat makan ni.


Ada mat saleh nak makan
juga.


Pekerja bersongkok tu menimbulkan persoalan dalam hati aku sebab wajahnya seperti murid sekolah rendah,rupa-rupanya dia berumur 20 tahun. Cekap dan rajin membuat kerja.


Pisang berangan. Aku tak makan nanti kenyang sangat bila nak makan nasi.


Warna bendera Indonesia pada dinding kedai makan ni.


Banyaknya hidangan makanan,pilih sahaja yang mana disukai,bayar makanan yang kita makan sahaja. Rp 56000 untuk makan tengah hari.


Ikan gerumi bakar ni segar dan sedap.
Habis la seekor ni. Sambalnya sedap.


Aku makan nasi berlauk sayur kerabu,acar timun dan ikan gerumi saja. Ayam dan telur tak makan.


Sawah padi terbentang luas hijau mempesona...


Parabola besar untuk mendapatkan siaran televisyen. 


Kedai makan lain dalam perjalanan dari restoran tadi.


Agak usang tapi boleh tahan la



Pintu gerbang pun macam tanduk kerbau juga.

Lagi gambar di depan sawah. Sawah orang ni rasa lain sikit. Petaknya tak luas macam kat Selangor. 


Batu bersurat bertulisan Sanskrit kuno. Terletak di tepi jalan je.Aku ambil gambar dari dalam kereta,panas nak keluar.


Dipagar untuk menjaga keselamatan artifak penting ini.



Bumbung bentuk tanduk kerbau tetap diutamakan.


Melalui istana Silindung Bulan. Berhenti sekejap.Tiada penjaga dan istana ini dikunci. Cuma boleh masuk di perkarangan istana sahaja.


Istano Si Linduang Bulan yang ada sekarang didirikan kembali di tapak Istano yang terbakar pada tahun 1961. Pembangunannya dimulai pada tahun 1987 dan diresmikan pada tahun 1989. Diprakarsai oleh Drs. Sutan Oesman Yang Dipertuan Tuanku Tuo Ahli Waris Daulat Yang Dipertuan Raja Pagaruyung, Tan Sri Raja Khalid bin H. Raja Harun, Raja Syahmenan bin H.Raja Harun, Aminuzal Amin Datuk Raja Batuah, Basa Ampek Balai, ninik mamak Nagari Pagaruyung, anak cucu keturunan dari Daulat Yang Dipertuan Raja Pagaruyung dalam kaitannya sebagai “Sapiah Balahan, Kuduang Karatan”. Kemudian didorong sepenuhnya oleh Ir. H. Azwar Anas Gubenur Sumatera Barat.


Di bahagian halaman Istana Silindung Bulan terdapat dua buah rangkiang yang merupakan tempat  penyimpanan  padi  para  keluarga Kerajaan   Pagaruyung.  Kedua-dua  rangkiang tersebut diberi nama Si Bayau-bayau dan Si  Tinjau Lauik.





Istano Silindung Bulan mempunyai senibina yang sangat  indah. Istano ini mempunyai  tujuh  buah  gonjong  (tanduk)  yang berdiri kukuh dan megah menjulang ke langit.


Rumah gadang yang mempunyai 9 ruang.




No comments:

Post a Comment