Monday, 24 August 2015

HARI KEDUA DI BUKIT TINGGI SUMATERA BARAT INDONESIA - Rumah Sulam Hjh Rosma

15 Ogos 2015 Keadaan sejuk berkabus di sekitar Campago resort & hotel...aku bangun jam 5 pagi untuk solat Subuh. Kuat betul laungan azan di sini,belum habis azan itu ada pulak azan dari masjid lain kerana di sini sangat banyak masjid dan surau. Di restoran pasti ada tabung derma untuk pembinaan masjid atau pembesaran masjid,begitu juga tabung anak yatim dan miskin diletakkan di kedai-kedai makan.


Alhamdulillah lena tidur malam tadi tanpa sebarang gangguan...dengan bilik yang besar itu juga 2 buah katil ditambah dengan keletihan menyaksikan persembahan kebudayaan Minangkabau malam tadi telah memberikan aku peluang untuk tidur lebih nyenyak.


Tak nak langsung bandar Bukit Tinggi yang pada petang kelmarin jelas kelihatan.


Sarapan paginya simple sahaja,tempat di dewan kerana ada renovation di cafenya.
Turun le tingkat bawah saja dari bilik aku di tingkat satu,guna tangga je sebab tiada lif...


Sunyi ingatkan tak ramai orang menginap  di sini tapi bila sarapan tak putus-putus orang masuk.


Ada bubur kacang hijau tapi aku tak ambil..,manis.


Tempat pertama untuk hari kedua ialah Rumah Sulaman Hjh Rosma. Beliau pernah bertugas sebagai guru di sekolah sebelum berhenti kerja dan menumpukan minat kerjaya pada bidang sulaman. Sekarang beliau sudah berusia lebih 80 tahun dan masih kuat untuk mengajar murid-murid tentang sulaman. Anak-anaknya banyak membantu perniagaan ini dan mengembangkan pengajaran sulaman kepada masyarakat tempatan juga rakyat Malaysia khususnya yg berminat.


Ada pekerja yang belajar sebulan ataupun dua bulan sahaja,kebanyakan pekerja ini ialah penduduk tempatan.


Mereka sibuk menyiapkan lapik meja.


Sebahagian pelajar Hjh Rosma tekun menyiapkan sulaman mereka.


Mesin yang digunakan bukannya mesin jahit sulam tapi mesin elektrik biasa.


Satu bas pelancong datang melihat hasil sulaman di kedai ini.


Sulaman pada bantal.§


Lapik meja


Bantal kusyen.


Saja nak masukkan gambar sendiri.


Baju sulam pun ada tapi harganya lebih lumayan di sini.



Aku hanya melihat-lihat dan mengambil gambar. Sudah banyak baju sulam yang dibeli kelmarin.


Inilah rumah Hjh Rosma.


Orang di Bukit Tinggi ni kebanyakannya golongan berada dan berkemampuan berdasarkan rumah mereka.

No comments:

Post a Comment