Wednesday, 21 June 2017

Travel Ramadan 2017 : Kawah Putih Ciwidey,Bandung


 KAWAH PUTIH 28 Mei 2017

Hari kedua di Bandung pada bulan Ramadan.Alhamdulillah cuaca sangat baik hari ini.Kami keluar dar Hotel Unik pada jam 8.30 pagi.Perjalanan ke Kawah Putih yang terletak di Ciwidey Bandung Selatan ini mengambil masa kira-kira dua jam.Ada yang sempat tidur di dalam kereta.Aku tak dapat melelapkan mata kerana sibuk menikmati kiri kanan jalan,bangunan yang ada dan berdoa dalam hati semoga hari ini aku makin kuat tidak seperti kelmarin,hari pertama berpuasa.Sebelum sampai di Kawah Putih ini kami berhenti membeli tiket di sebuah pondok.Tiket ke Kawah Putih dan Danau Situ Patenggang sekali gus,kalau bawa kereta ke atas perlu tambah idr 150,000 dan ditanggung oleh pelanggan sendiri.gunakan angkut lebih murah iaitu idr 15,000 seorang.Aku memilih naik angkut sahaja.Bayaran tiket termasuk angkut untuk ke kawasan Kawah Putih ialah idr 230,000.



Dapat tempat duduk di barisan kedua

Kereta parking di tempat khas berhadapan stesen angkot ni.Angkot akan bergerak apabila penumpang sudah penuh.Sementara menunggu penuh tu sempat kami berwefie.


Tulisan besar ni wajib bergambar ye

Lama juga di dalam angkut tadi,lebih kurang 20 minit,jalan memang tak rata dan berlubang-lubang tapi kiri kanan jalan tu best la hutan dan menghijau je.Sebelum bergambar dekat tulisan tu kaki kanan aku sempat terpelecok kerana terpijak batu di sekitar laluan pejalan kaki.Terasa juga sakitnya,aku terpaksa berjalan perlahan-lahan.Syukurlah kasut jenama Scholl yang aku pakai ni ada absorber jadi mengurangkan hentakan dan berjalan lebih selesa.Tak rugi sebenarnya kalau kita membeli kasut yang mahal semata-mata untuk travel,memastikan perjalanan kita 'happ' juga mengelakkan pelbagai kemungkinan.Bagi aku pemilihan kasut sangat penting kerana aku tahu kemampuan kaki sendiri.Alah membeli menang memakai.



Pintu masuk Kawah Putih


Kawah Putih merupakan danau yang terbentuk akibat daripada letusan Gunung Patuha.Sesuai dengan namanya,tanah yang ada di kawasan ini berwarna putih akibat daripada percampuran unsur sulfur atau belerang.Selain tanahnya yang berwarna putih,air danau kawasan ini juga berwarna putih kehijauan dan dapat berubah warna sesuai dengan kadar belerang yang terkandung di situ.



Kawah Putih Ciwidey berada di kawasan pergunungan yang mempunyai ketinggian lebih dari 2,400 meter di atas permukaan laut.Dengan ketinggian ini,suhu di kawasan ini sangat dingin kira-kira 8-22 darjah celcius.Jaket yang aku pakai tu membantu mengurangkan kesejukan.



Ada petugas akan memberi peringatan dengan menggunakan pembesar suara kepada para pengunjung.Antara peringatannya:

1.Had maksimum berada di sini kira-kira 12 minit,jika melebihi masa kemungkinan terdedah kepada pelbagai masalah pernafasan
2.Memakai masker untuk mengelakkan menghidu bau belerang yang kuat
3.Pengunjung yang pernah berpenyakit asma atau masalah kronik dilarang terdedah terlalu lama dengan bau belerang
4.Segera tinggalkan kawasan ini jika mendapati sakit kepala atau pening,muntah dan sakit mata.




Lebih sejam kami bergambar di sini.Inilah tempat idaman aku di Bandung ni.Teruja dengan gambar daripada pengalaman orang lain.Pertama kali ke sini mestilah tak cukup 12 minit sahaja.




Masker yang aku pakai ini dibawa oleh Akma.Ada juga orang menjual masker di atas ini.




Subhanallah memang persekitaran di sini sangat cantik,tak tergambar dengan kata-kata.



Nak pegang tak berani takut ada kesan sampingan lain pula.Lama-lama kepala aku jadi pening dah.Itu petanda aku kena menjauhi tempat ini dengan segera.




Masih mampu bertahan bergambar dan melihat Ratna menggunakan kamera dslr dengan tripod yang dibawanya dari Malang.Gigih memasang tripod untuk mengambil gambar.Ada juga perkhidmatan mengambil gambar di sini,aku tak ingat harga sekeping gambar berapa.




Insya Allah akan ke sini lagi,dengan siapa pula kali ini?


Ratna


Gaya kungfu ni

Gopro banyak membantu memberikan kualiti gambar yang diingini

Mari kita lompat bintang!

Sejuk makin terasa


Ada anjung tinjau

Aku naik lebih awal ke atas ni kerana rasa kepala sudah pusing.Sebelum lebih teruk lebih baik menjauhi kawasan danau itu.Di anjung ni boleh melihat seluruh danau,memang cantik dan mengagumkan.

Kacau si usil

Akma dan Ratna masih lagi di bawah semasa aku di anjung tinjau ni.Dah lama barulah mereka naik ke sini.

Akma sakit bahu

Berposing di Gunung Patuha..banyak pokok renek

Kawah Putih yang menakjubkan....sentiasa dalam ingatan.Kenangan dan pengalaman berharga di sini.


No comments:

Post a Comment