Tempat penginapan aku di Bukit Tinggi pada 15-17 Ogos,2 malam di sini. Malam pertama di Champago Resort Hotel,Bukit Tinggi. Amali Gallery Hotel mempunyai 18 bilik sahaja.
Selepas sarapan aku bergambar di hadapan pintu masuk hotel. Pekerja hotel membantu mengambil gambar,selamba ajelah buat tak malu kan.
Tangga ke lantai 4,bilik aku di lantai 3,turun ke bawah lantai 2,bawah lagi untuk gudang penyimpanan barang.
Ada piano klasik disediakan jika ada yang ingin mencuba memang dibenarkan.
Sofa di luar bilik aku.
Lantai 3 ini ada 3 bilik,bilik aku bernama Andam Sari bernombor 201.Dekat sahaja dengan lobby hotel.
Pemilik hotel ini juga penjual barang antik yang berpusat di Jakarta. Aku sempat diperkenalkan oleh pengurus hotel,Pak Khairul dengan anak bos.
Katil di dalam bilik aku pun klasik juga.
Banyak cermin pada perabotnya. Aku membuat pemeriksaan dahulu pada setiap cermin. Info yang aku peroleh banyak membantu jika ada terdapat alat elektronik berupa kamera di setiap sudut bilik.
Bilik untuk 2 orang tapi aku seorang sahaja...sudah satu malam tidur di sini. Malam tadi sampai lebih kurang jam 7 malam.Pagi selepas sarapan aku bergambar.
Perabot antik di luar beranda
Kerusi cantik tapi terdedah dengan cahaya matahari,sayang kalau rosak.
Pemandangan luar hotel dari lantai 3.
Gunung Merapi tidak begitu kelihatan kerana masih berkabus.
Perabot di luar bilik aku.
Ini bilik aku Andam Sari,tidak ada kipas dan aircond,tapi sejuk dan tidur menggunakan selimut.Dari bilik ini jelas kedengaran tazkirah selepas Maghrib dan Subuh. Para pelajar sekolah dasar juga belajar agama di Masjid Raya Bukit Tinggi.
Di depan bilik aku.
Barang antik di lantai 4,pasu yang cantik. Aku memang meminati barang antik begini.
Cawan,piring ,teko dan pinggan dipamerkan di dalam almari antik.
Tak pasti bekas besi untuk apa ini...sebaik-baiknya ada info seperti muzium diletakkan pada setiap barang antik ini. Aku berminat hendak mengetahui tahun,asal barang dan kegunaannya,dapat dijadikan pengetahuan menambah pengalaman.
Pelbagai jenis jam dan bekas air diletakkan di kaunter lobby
Cantik sekali bekas air buatan dari Jerman ini.
Cantik sungguh jam loceng ini. Kayunya entah jenis apa ...bestnya aku suka barang antik.
Jam ini juga istimewa,rasa nak memiliki sendiri jam sebegini.
Apa ini ya...tembikar mengisi air agaknya..besar sungguh. Helmet siapa itu yg mencacatkan pandangan.
Tembikar besar ada corak naga.
Batu besar di lobby,aku tak tau apakah motif batu ini diletakkan di sini. Nak duduk pun tak berani la.
Batu di dalam pasu ini diletakkan di tangga
Kulit kayu yang sangat keras
Semua barang antik,seperti muzium.
Lantai 4 ada bilik dan perabot antik
Gelas kaca yang cantik
Lantai 4 dari sebelah kanan,di hujung ialah tempat mencuci cadar,tuala dan dapur hotel. Pengurus hotel mengajak aku meninjau pemandangan dari bilik itu.
Besar dan cantik sekali almari pinggan ini.
Tak pasti peti kayu apa ini
Entah batu apa ini
Meja yang unik,ingatkan ada piano
Potret gadis Minang dengan pakaian tradisional.
Replika mini Rumah Gadang Minangkabau
Tangga ini tidak diketahui ke mana...tak berani hendak naik sendirian.
Berada di sini memang menyeronokkan kerana suasana klasik memberi rasa berbeza dengan perabot moden. Jika berkunjung ke Bukit Tinggi lagi maka aku akan menempah hotel ini lagi.
Setiap bilik mempunyai nama,bilik Putri Bungsu di lantai 4.
Ukiran kerbau yang unik. Tanduk kerbau menjadi simbolik kepada pakaian orang Minangkabau.
Entah kayu apa ini
Lantai 4
Bilik Nilam Sari
Mayang Tamrai
Teko jenis tembikar
Meja hiasan
Posing selfie,masuk bilik tukar tudung lain. Pinjam seterika hotel.
Sekejap lagi akan ke Lobang Jepang dan sekitarnya.
Muka happy dan teruja nak berjalan-jalan lagi untuk hari ketiga
Room rate
Standard -idr 350 ribu
Superior - idr 435 ribu
Family - idr 485 ribu
Deluxe - idr 550 ribu
Amali VIP - idr 750 ribu
Extra bed - idr 150 ribu
Amali Gallery Hotel
Jl Cindua Mata,No 98A Bukit Tinggi West Sumatera-Indonesia
Phone 0752 35662
No comments:
Post a Comment