29 Mei 2017 Gunung Tangkuban Parahu
Selepas tempat pembuatan Kopi Luwak kami ke Gunung Tangkuban Parahu pula.Tempat yang popular dalam kalangan pelancong sama ada tempatan atau luar negara.Perjalanan dari hotel ke Lembang lebih kurang satu jam setengah.Masa tu belum hujan lagi,dah sampai di Kopi Luwak barulah hujan turun.Tahun 2014 aku pernah ke sini dengan Andalusia Travel.Tapi banyak ke tempat shopping je masa tu,alhamdulillah tahun ini dapat ke sini lagi dan menyusun itinenary sendiri.Kami memilih hari Isnin untuk ke sini kerana tiket masuk lebih murah,kalau hari Ahad tiket masuk lebih mahal.Tiket masuk idr 200,000 seorang,Ratna hanya membayar idr 60,000 kerana dia rakyat Indonesia.
Kawah gunung berapi yang masih aktif |
Gunung Tangkuban Parahu terletak di Bandung Utara,banyak pokok pinus dan hamparan kebun teh di sekitarnya.Gunung ini mempunyai ketinggian 2.084 meter.Suhu di sini pada waktu siang 17 darjah celcius dan malam hari 2 darjah celcius.Sejuk tu...ditambah lagi masa kami sampai ni hujan lebat.Jaket aku tertinggal di dalam kereta,malas nak pergi mengambilnya.
Kedai kayu yang menjual cenderamata dan t shirt. |
Asap masih keluar dari kawah gunung berapi ini. Letusan gunung berapi yang terakhir pada tahun 2013. |
Anjung tinjau masih proses pembuatan. |
Menunggu hujan reda |
Berkabus Sangat sejuk pada waktu ini |
Orang berniaga pun tak ramai masa ni,kalau tak kita tak senang nak jalan-jalan sebab ada sahaja yang cuba memujuk untuk membeli barangan mereka.
Pengunjung pun tak ramai sebab hujan.Kami sabar menunggu hujan reda.
Besar masjid di sini Tahun 2014 dulu ada tempat solat je,tapi sekarang sudah ada masjid yang cantik untuk kemudahan orang Islam menunaikan solat |
Kenangan bergambar di sini dengan arwah Kak Lim dan Arina.Siapa menyangka aku akan ke sini lagi selepas dua tahun.Perancangan Allah yang terbaik.Allah juga yang Maha Mengetahui.
Pertama kali ke sini tahun 2014 dulu aku menggigil kesejukan dan tak tahan dikerumuni penjual barang,bila kita beli dengan seorang,datang lagi seorang yang memujuk dan akhirnya memaksa.Ada yang mengekori ke mana sahaja aku berjalan apabila bertanyakan harga barang jualan mereka.
Ingat lagi tempat ini |
Pakej pelancongan Bandung menjadikan tempat ini destinasi wajib |
Ketinggian dari aras laut 1830 meter
Alhamdulillah walaupun ada yang demam tapi masih kuat berjalan
Achema demam |
Muka ada senyum |
No comments:
Post a Comment