Thursday, 15 June 2017

GYEONGBUKGUNG PALACE,INSADONG STREET DAN HANBOOK KOREA

30 Mei 2016 selepas bersarapan kami ke Gwanyang Market,kedai baru saja dibuka jadi jalan agak lengang.


Kedai kain ...kain cotton pelbagai corak dan warna..lebih kurang jenis kain dengan cotton vietnam. Aku tak membeli apa-apa.Seronok melihat urus niaga kawan travel dengan peniaga korea ni.


Bos kedai ni peramah offer kain cotton.Rasa kain cotton yang aku beli di KL lebih murah daripada ni dan kualiti lebih kurang sama je.


Di sini aku membeli rumpai laut 1 pek besar,ringan je ada 24 bungkus kecil. Dua orang gadis Korea berpakaian seragam merah tu macam kaunter pertanyaan la..memang kerja mereka menjawab setiap pertanyaan pelancong. Berdiri tegak je kat situ. Geng peweng ni suka je bergambar.


Ada kuih-muih masyarakat Korea..saja je bergambar dengan peniaga makanan ni. Tak beli pun kuih tu.


Makcik jual sayur


Macam-macam ada


Kimchi oooo kimchi


Kimchi ni sayur yg diperam dgn sos merah...sayur kobis je pun yg aku makan di restoran nasi goreng seafood tu. Aku bukan penggemar kimchi jadi tak teruja sangat nak makan.


Hasil laut dan kimchi. Ada besar ada kecil.


Makcik ni penjual kimchi yang popular sebab pernah masuk tv..ada keratan akhbar tentangnya di depan kedai tu. Kawan travel dari Sarawak tu membeli setengah kilo kimchi di sini.


Makcik mengupas sayur


Dah penat kat pasar...ke mana pulak kita ni?


Yeahhhh ini dia....istana Gyeongbokgung.
Susah nak menyebut nama istana ni.


Tempat menyimpan barang dan beg. Tak ingat berapa won masukkan syiling hari tu.


Istana Gyeongbok adalah sebuah istana yang terletak di sebelah utara kota Seoul (Gangbuk), Korea Selatan. Istana ini termasuk dari 5 istana besar dan merupakan yang terbesar yang dibangun oleh Dinasti Joseon.
Istana Gyeongbok aslinya didirikan tahun 1394 oleh Jeong do jeon, seorang arsitek. Istana ini hancur pada saat invasi Jepang ke Korea tahun 1592-1598 dan dibangun lagi selama tahun 1860-an dengan 330 buah komplek bangunan dengan 5.792 kamar. Berdiri di wilayah seluas 410.000 meter persegi, Istana Gyeongbok adalah simbol keagungan kerajaan dan rakyat Korea. Setelah pembunuhan Maharani Myeongseong oleh mata-mata Jepang pada tahun 1895Raja Gojong meninggalkan istana ini bersama anggota keluarganya yang lain dan tidak akan pernah kembali.
Pada tahun 1911, pemerintahan Jepang yang sedang menjajah Korea menghancurkan semua bangunannya kecuali 10 bangunan utama, dan membangun Bangunan Pemerintahan Utama Jepang untuk gubernur jenderal Korea di depan Ruangan Tahta.
Bangunan utama dari Istana Gyeongbok termasuk Geunjeongjeon, Ruangan Tahta Raja (yang merupakan harta nasional Korea Selatan nomor 223) dan Paviliun Gyeonghoeru (harta nasional nomor 224) yang memiliki kolam bunga teratai dan bertiangkan 48 buah tonggak granit.
Istana Gyeongbok saat ini dibuka untuk umum dan Museum Nasional Rakyat Korea (National Folk Museum of Korea) berdiri di dalamnya.
Banyak rakyat Korea yang berharap pemerintahnya dapat mengembalikan bentuk asli istana. Berkat kerja keras arkeolog, 330 bangunan berhasil dibangun kembali. Saat ini gerbang masuk istana (Gwanghwamun) sedang direnovasi untuk dibuat kembali seperti pada asalnya dan diperkirakan selesai tahun 2009.
Sumber: Wikipedia


Geng ni memang ceria sakan la


Tempat raja duduk


Unik ukirannya


Tak pasti tempat apakah ini


Kawasan istana ni sangatlah luas


Udara segar dan nyaman walaupun cahaya matahari memancar waktu ini.


Ada tasik buatan di belakang ni.


Pokok di sini kebanyakan berbentuk pokok bonsai,tu yang cantik dan istimewa.


Minum kopi berharga 5000 won. Ada cafe menjual air dan biskut.


Pertunjukan pahlawan Korea


Mereka menggunakan alat muzik untuk menimbulkan suasana perarakan


Pengawal istana berdiri tegak ,senyum tak bercakap pun tak


Sepatah kata pun dia tak bercakap sedangkan kami bising nak bergambar


Berjalan ke tempat seterusnya


Patuhi peraturan lalu lintas...hijau baru kita jalan ye


Insadong street...banyak souvenir di sini. Aku membeli keychain dan fridge magnet.


Barangan tembikar iaitu pasu dan mug yang comel


Ramai pelancong ke tempat ini kerana kita boleh menawar harga dan pilihan pun banyak


Scarf pun ada..letak kat leher


Restoran nak lunch


Menunggu dilayan oleh pekerja


Pakai apron acah-acah nak memasak nasi goreng seafood


Sotong,udang,sayur ditumis dulu


Masukkan sos,nasi kemudian gaul


Gaul sampai warna kuning sambal tadi rata dan cantik ye


Sayur kobis dan thousand island


Nasi sudah siap digoreng. Makan sampai sendawa. Bertambah berapa kali entah sebab sayang membazir. 


Selepas makan sambung shopping lagi


Aku beli bagpack warna hijau di sini. Harganya 10,000 won


Penjual jus buah-buahan


Hanbook yang pastinya mahal


Demonstrasi membuat gula tarik


Yang tengok ramai tapi yang membeli hanya Kak Dee seorang je hehehhe


Kenangan dgn pelancong 


Sporting bergambar dengan kami yang memang suka bergambar





Seterusnya ke tempat menyewa hanbook..pakaian tradisional Korea


Cantik ke hahahhaha


Di luar berposing sakan perasan lawa hahahaha...dah panas sebenarnya tapi sebab nak bergambar punya pasal teruskan je


Semasa memakai hanbook ini kami dibantu oleh pekerja di situ


Pakai topi rasa macam zaman dahulu pulak


10 orang semuanya...


Macam gadis Korea ke banjar masin?


Selepas makan malam kami jalan-jalan lagi.  


Hard Rock Cafe...melihat t shirt yang dijual. Mahal je t shirt yang ada tulisan Hard Rock Cafe. Ada persembahan nyanyian tapi private jadi tak dapatlah masuk malam ni.

No comments:

Post a Comment