Thursday, 15 June 2017

PULAU NAMI,KOREA

29 Mei 2016 ..menyusuri lokasi terkenal drama Korea yang popular iaitu Winter Sonata.Tangkap leleh la kalau ingat zaman kehebatan cerita ni dulu.Selepas sarapan pagi dengan roti bakar dan air 3+1 yang dimasak oleh tour guide iaitu Hazwan, kami keluar seawal jam 8 pagi lagi.Masing-masing teruja nak melihat Pulau Nami.






Di dalam train,tak ramai orang pagi-pagi ni,senang dapat tempat duduk.


Naik teksi ke jeti.Laju betul la pemandu teksinya drive.


Di dalam feri menuju ke Pulau Nami.Sekejap je lebih kurang 10 minit.


Tulis nama atau apa-apa ucapan di atas kertas yang disediakan kemudian ikat.Entahlah saja je buat sebagai kenangan di sini.Berjuta dah agaknya kertas yang terikat di situ.



10 orang perempuan yang ikut trip ke Korea ni di bawah agen travel MH Muslim Paradise.Aku dapat contact number daripada facebook le.Kan ada banyak agent travel yang menawarkan pelbagai pakej pelancongan menarik menggunakan fb.Pastikan mereka berdaftar SSM la kalau ada apa-apa terbela jugak nasib ni kan.


Musim panas kat Korea ni jadi tak payah pakai baju tebal-tebal.


Pelbagai aksi nak lompat-lompat la ,banyak je idea kawan-kawan aku ni.Happy sungguh.



Rasanya lompat bintang aku yang paling tepat hahaha


Teringat pokok-pokok kat Jepun,lebih kurang beginilah warna daunnya.




Berebut-rebut nak bergambar di sini


Drama Winter Sonata yang popular tu menjalani penggambaran di sini,tapi musim salji masa tu.





Kawan baharu-Rafizah Rashid


Semuanya baru saja kukenali dalam trip ke Korea ini



Kawan sebilik dari Sarawak.Mereka ni kaki travel juga.Cuti sekolah mesti pergi travel



Makan nasi goncang di kedai ni.Lauknya ikan tuna,goncang dulu sebelum membuka tin makanan tu.Tujuan sebati lauk dengan nasi tu.Kenyang perut suka hati.



Restoran dan kedai cenderamata


Pada papan kayu itu terdapat gambar pelakon drama Winter Sonata



Patung pelakon utama drama Winter Sonata.Pulau Nami popular selepas drama ini meletup 




Bergambar ramai-ramai pulak di sini.



Basikal yang digunakan oleh hero heroin Winter Sonata telah diletakkan pada pokok ini.




Geng yang punya banyak idea utk mendapatkan pose ceria dan menarik.




Tak tau dah nak buat gaya macamana hahahha




Tengok ajelah ye



Buat gaya Running Man konon hahahha




Yeahhhh dapat gambar sorang-sorang pulak.




Ada pulak batang kayu kat sini,apalagi kami pun tunggang macam kuda




Nasib takde yang melepas ye hahahha




Tasik yang indah...musim salji beku air tasik ni




Pastinya beratur begini.Untung orang depan la muka lebih jelas.Yang duduk hujung tu muka blur aje 




Untung aku berdiri kat depan tapi muka pulak tak senyum ni 




Bergambar sampai puas.Cuti ni kita lupakan tekanan kerja dan cari pengalaman baharu juga kawan baharu yang sekepala.




Pelancong dari China




Ada homestay kat sini




Matahari memancarkan cahayanya sehingga menyilaukan mata tetapi angin bertiup lembut dan dingin.Udara begitu segar.



Dah letih sebenarnya jadi takde gaya yang dapat ditunjukkan




Aku baru belajar nak buat tangan bentuk 'love' tu




Berebut juga nak bergambar di sana.Kalau couple tu bukan main lagi bergaya romantik di sini




Beautiful Nami...........memang beautifullah...rugi kalau pergi Korea tak ke sini




Sambutlah cintaku...maksud sign yang kami buat tu




Di dalam kedai cenderamata ni.Dipenuhi gambar-gambar daripada drama Winter Sonata




Sempat makan aiskrim di sini



Bunga yang cantik,di situlah orang perempuan suka sangat ambil gambar




Penjual pau kacang merah...sebiji 1000 won



Sekali bergambar tadi semua pakat nak bergambar lagi




Kejap je habis pau kacang merah ni...comel sangat



Rumah orang kenit





Cari bendera Malaysia mana?




Dah berjalan ke jeti untuk bertolak balik




Ada pulak orang salji daripada batu ni....sian yang hujung tu tak nampak muka



Pelancong dari Malaysia




Ada alat muzik kat atas pentas,kami pun tumpang bergambar.




Sampai dah di depan jeti,tunggu feri

No comments:

Post a Comment