Thursday 15 June 2017

Travel Ramadan 2017: Floating Market,Lembang


29 Mei 2017 hari ketiga di Bandung.Selepas merasai suasana adventure di The Lodge Maribaya,aku ke Floating Market pula.Floating Market ini terletak di Lembang.Floating Market yang berkonsepkan keindahan alam yang mempesona juga pasar terapung seperti yang terdapat di Thailand iaitu Bangkok dan Hatyai.


Pintu masuk Floating Market
Alamat: Jln Grand Hotel,No 33 E,Lembang




Selalu aku melihat orang bergambar di sini,kali ni giliran aku pula.Wajib bergambar di sini kalau sampai di Floating Market.




Kemudahan yang terdapat di Floating Market,Lembang:

Surau
Restoran
Tempat berfoto yang menarik
Tempat bermain kanak-kanak
Sampan dan bot untuk mengelilingi tasik
Tandas yang bersih


Tiket masuk cukup murah hanya idr 15,000 seorang,tiket boleh ditukar dengan minuman




Aku membeli makanan angsa sepeket idr 5000 sahaja,ada bekas duit disediakan di atas meja.Atas kejujuran kita memasukkan duit di dalam bekas itu.Ingat,Allah melihat perbuatan kita 




Baik je angsa ni tak berebut-rebut nak makan.




Persekitarannya memang cantik




Kamera gopro banyak membantu untuk mendapat sudut yang menarik dan luas




Muka ada penat...lagi dua jam akan berbuka puasa ni




Tulisan besar 'Floating Market Lembang',tasik yang cukup luas,ada banyak ikan koi yang 'peramah'.Kami tiada makanan ikan masa ni,sabar ikan ye kan puasa ni




Tenang mendamaikan...





Rumah orang kenit




Tempat apa ni seperti kesan terbakar




Banyak ikan besar di sini,geram rasa nak tangkap




Boleh menyewa bot dan kayuh sendiri,tak berdaya nak mengayuh dah,kita lihat keindahan alam di sini sahaja




Kalau dipotong bentuk haiwan ni mesti lebih menarik




Pasar terapung....peniaga akan menjual makanan dari atas perahu.Kebanyakannya makanan orang Sunda,makanan berasaskan nasi tiada pulak.Tak ramai yang menjual makanan di sini.Kami tak membeli apa-apa hanya melihat sahaja makanan yang dijual.





Banyak permainan untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang disediakan di sini.Tiketnya hanya idr 20,000 seorang.Antara permainan dan taman seperti:

Taman Kelinci/Arnab
Taman Miniatur Kereta Api
Lokomotif Mini
Beca dan Kereta Mini
Memancing magnet
Kampung kandang
Kereta air
Paddle boat
Basikal air
Sampan
Kenu




Kebersihan sentiasa diutamakan





Kawasan Lembang ini sejuk kerana terletak di kawasan pergunungan yang memberikan suasana alam semula jadi untuk dinikmati oleh pencinta alam.




Sudah penat berjalan jadi ambil gambar sambil duduk je.Lebih kurang sejam kami di sini,selepas ini ke Farm House pula.Walaupun letih hari ini tapi pengalaman menarik dan mengujakan.Lembang,aku akan datang lagi ke sini,Dusun Bambu yang masih belum sempat aku pergi kerana masa yang tidak mencukupi.


No comments:

Post a Comment