Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah..8 Jun 2016 aku ke Surabaya Indonesia.
Alhamdulillah sudah kali kelima ke sini.
Beli tiket flight ini pada hari hendak berlepas. Harga memang mahal daripada biasalah.
Alhamdulillah perjalanan lancar,penumpang turun dari pesawat. |
Bas disediakan untuk membawa penumpang ke terminal airport.
Selepas mengambil bagasi aku menunggu kereta sewa di hadapan kiosk ini.
Lama juga menunggu,jam sudah hampir malam ni. Sampai di Malang sudah jam 9.00 malam.
Esoknya menemani Ratna ke Rumah Sakit Lavalette utk menjalani pemeriksaan mata.Cuba menggunakan kad insurans AIA tetapi harus bermalam di wad terlebih dahulu.
Pendaftaran
Menunggu di panggil oleh doktor mata
Sabar menunggu..pemeriksaan mata dan diberikan ubat titis dan pil.Jika masih sakit lagi akan membuat pemeriksaan seterusnya. Tempoh makan ubat selama seminggu. Selepas itu kami ke kedai cermin mata. Saja nak tahu sama ada bertambah power kanta cermin mata yang dipakai oleh Ratna.
Berbuka Puasa di Rumah Makan Inggil
Menu Rumah Makan Inggil
Rumah makan yang terkenal di Kota Malang yang menggabungkan konsep resto dan muzium.Suasana zaman dahulu terus terasa ketika memasuki bangunan restoran sekali gus muzium Inggil ini.
Makanan sudah tiba tapi belum azan Maghrib lagi
Ada kedai cenderamata di luar restoran ni. Aku membeli sehelai t shirt dan fridge magnet
Membayar barang yang dibeli
Ada topeng boneka
Wang dari serata dunia.
Ada basikal,alat pemutar piring hitam,mesin taip,mesin jahit dan radio.Semua barang antik.Saya suka saya suka!!
Ruang makan yang luas.Di belakang ada panggung khas berlatar belakang lukisan Gunung Arjuna. Biasanya ada pertunjukan kebudayaan tapi bagi menghormati Ramadan,pertunjukan itu tidak dilaksanakan.
Gambar candid yang diambil oleh Ratnasari di hadapan restoran.
Berganti-ganti mengambil gambar
Menu makanan di sini memang unik. Ada nasi jagung,aneka penyetan,sate ayam,rawon buntut,ikan segar,ayam goreng atau bakar,pecel terung dan nasi goreng
Minuman tradisional jamu kebun agung,wedang ronde,wedang jahe dan sinom. Harga dari 2500-45 000idr
Aku memesan ikan gurami bakar,sayur,nasi putih,ayam penyet,tempe,udang goreng tepung dan air sirsak atau durian belanda,Ratnasari memesan air epal.
Puas hati makan di sini kerana rasanya sedap di samping layanan baik para pekerja
Sebelum berbuka sibuk bergambar. Ratna membawa kamera dslr
Rumah Makan Inggil
Jln Sultan Agung,Klojen-Malang
Telp:(0341)332110
Lokasi tidak jauh dari stesen kereta api Kota Baru dan berada di belakang gedung Balai Kota Malang dan berseberangan dengan Hotel Aloha,Malang.
No comments:
Post a Comment