Wednesday, 14 June 2017

Ramadan di Bandung

Assalamualaikum...hari ini sudah 19 Ramadan,alhamdulillah puasa pada tahun diberikan rezeki ke Bandung ketika hari pertama berpuasa iaitu 27-31 Mei 2017.Tiket return sudah lama dibeli pada bulan November 2016,harganya RM256 sahaja.Semangat hendak ke Bandung meskipun Ramadan kerana cuti pertengahan tahun baru sahaja bermula.Biasalah aku akan melancong apabila cuti sekolah,tak boleh duduk diam di rumah sahaja nanti terasa gatal tapak kaki ini dan hati meronta-ronta hendak terbang.Kaki travel @ kaki jalan beginilah agaknya.Hari Jumaat aku sudah ada di Shah Alam,tidur di rumah kakak.Sahur lebih awal jam 2.30 pagi.Kawan Akma sudah bersedia menghantar  kami ke KLIA. Selepas check-in pukul 4.00 pagi aku dan Akma makan kurma dan minum air.Solat subuh di surau.Hari pertama ini kami akan ke Bandung.Pertama kali travel jauh masa aku berpuasa ni.Tahun lepas ke Surabaya semasa Ramadan juga tapi aku tak boleh berpuasa..uzur syarie.





Turun ikut tangga ni....dah sampai Bandung,alhamdulillah.



Penerbangan ke Bandung pada jam 6.50 pagi,kami sampai di Husein Sastranegara International Airport pada jam 8.20 pagi.Semua berjalan lancar,supir Muhd Reihan sudah menunggu di pintu keluar dengan kertas tertulis nama aku 'Kak Imah' .Sepatutnya Ratna tiba pada jam 9.20 pagi tapi dia terpaksa membeli tiket baharu kerana lewat check in meskipun tiba awal di Juanda International Airport-Surabaya.Ratna sampai jam 10.40 pagi.Sementara menunggu tu kami ke tingkat atas duduk di kawasan kiosk bakso...tumpang duduk je kerana di sini orang tak ramai seperti di bawah jadi dapatlah bertenang sementara menunggu Ratna.Apa yang penting dia selamat sampai ke Bandung ini.



GEDUNG SATE adalah lokasi pertama kami dalam trip ini.Namanya kenapa sate ya?Pada menara ada  6 tusuk sate...yeahh maka di panggil sate.Tapi 6 tusuk sate  itu bermaksud 6 juta gulden yang digunakan untuk membina gedung ini.Gedung ini sangat terkenal tidak hanya di Bandung tetapi juga seluruh Indonesia.Gedung ini dibina pada tahun 1920 dan sekarang menjadi pusat pemerintahan kota Bandung.Taman di sekitar gedung ini memang cantik,tapi kawasannya berpagar jadi kami hanya mengambil gambar dari luar sahaja.Gedung ini boleh dimasuki jika mendapat keizinan khas.Aku tak terfikir hendak masuk kerana sekadar bergambar di luar sudah cukup.Mungkin jika ada peluang ke sini lagi aku akan cuba masuk dengan melalui prosedurnya.Di hadapan gedung ini jalan raya,banyak kenderaan dan kami terpaksa melintas tanpa ada pengawasan sesiapa.



Di seberang jalan berhadapan gedung ini ada banyak gambar pemimpin Jawa Barat dengan biodatanya pada tembok batu ini.Cuaca sangat panas waktu ini jadi aku tidak berkesempatan membaca semua biodata pemimpin itu.Persekitarannya cantik dan banyak pokok-pokok hijau yang ditanam di sepanjang laluan pejalan kaki.


Rehat sekejap...panas terik ni.Tekak rasa kering je hehhe



Belajar ambil gambar guna gopro....pegang phone dan stick serentak,aku beli gopro sebelum ke Bandung ni dengan ikat.my.


Ada masa sepet menahan silau cahaya matahari,ada yang terduduk kepenatan dah....kesian mereka ni terpaksa ikut plan aku ke Bandung di bulan Ramadan. Aku yakin Allah akan berikan kekuatan dan perjalanan ini lancar dengan bantuanNya.



Dah boleh senyum....pandai sikit gunakan kamera gopro dengan tunjuk ajar Akma@Achema



Air pancur di hadapan Gedung Sate ini menambahkan keindahannya.
Kami check-in hotel kerana hari sudah semakin panas juga hendak solat dan berehat.Aku sudah menempah hotel di bandar,kira-kira 700m sahaja ke bandar dari Hotel Unik.Harga untuk empat malam termasuk sarapan(sahur) ialah idr 1,481,000 juta rupiah.Bayar sepenuhnya semasa check-in.Nombor bilik kami 201 di tingkat 1.Sahur akan dihantar ke bilik pada jam 3.00 pagi.Alhamdulillah biliknya selesa dan besar.Sistem pendingin hawa juga berfungsi dengan baik.Walaupun perabot hotel agak lama tapi memadailah dengan harganya itu.Yang penting bilik air di dalam bilik walaupun murah.Aku tak selesa kalau bilik air terpaksa berkongsi dengan orang lain yang datang dari bilik lain,maksudnya bilik air di luar.Penelitian dan membaca maklumat bilik hotel sangat penting,jangan hanya tergesa-gesa mahu yang murah menyebabkan kita tak selesa. Pengalaman aku di Jogjakarta dapat dijadikan pengajaran.Pukul 2.30 petang Reihan menjemput kami di hotel.Bagus orangnya ini menepati masa.Kami akan menyaksikan persembahan angklung di Udjo Angklung.Persembahan bermula pada jam 3.30 petang waktu Indonesia.


SAUNG ANGKLUNG UDJO adalah suatu tempat pertunjukan,pusat kraf tangan daripada buluh,dan workshop instrumen muzik daripada bambu.Tempat ini juga menjadi laboratorium pendidikan dan pusat belajar untuk memelihara kebudayaan tradisional Sunda.Lokasinya di Jalan Padasuka 118,Bandung Timur Jawa Barat.Tiket masuk bagi pelancong asing ialah idr 100,000 manakala warganegara Indonesia idr 60,000,setiap orang mendapat air mineral percuma.Kami duduk di depan sudut sebelah kiri.Bahagian mengadap pentas sudah dipenuhi pelancong dari Europe.Pertunjukan dimulakan dengan kata-kata aluan dan pengenalan muzik angklung oleh dua orang pengacara yang menggunakan bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris.Persembahan angklung dan gamelan oleh pelajar lelaki diikuti persembahan boneka,tarian dan nyanyian.Memang menariklah,hilang mengantuk dan rasa letih yang aku alami sejak sampai tadi.


Dapat risalah yang mengandungi info tentang muzik angklung juga lirik lagu rakyat yang akan dinyanyikan beramai-ramai.


Gambar di atas ni persembahan tarian tradisional yang menggunakan topeng,penari akan menggigit tali yang terdapat di dalam topeng supaya topeng melekat dengan kemas di bahagian muka mereka.Sebelum tu aku tertanya-tanya juga cara penari ni memakai topeng tu tanpa jatuh,selepas diterangkan oleh pengacara barulah faham.Bukan sahaja pelajar dewasa tapi kanak-kanak juga ada membuat persembahan angklung dan drama kemudian persembahan guru-guru muzik yang berpengalaman.Setiap pengunjung diberikan sebuah angklung yang mewakili kepulauan Indonesia,anak pemilik tempat ini mengajar kami mengikut sign tangan yang mewakili nama angklung masing-masing.Aku dan Ratna memegang angklung bernama Papua,manakala Akma angklung Sumatera.Apabila konduktor(anak pemilik Saung Udjo) ini memberikan sign tangannya,kami akan menggerakkan angklung.Setiap nama angklung itu mempunyai sign tangan berlainan.Hasilnya memang menakjubkan kerana terciptalah irama yang menepati lagu-lagu tertentu.Paling aku teruja apabila guru-guru pusat ini membuat persembahan pelbagai lagu Indonesia seperti dangdut dan lagu tema filem Mission Imposibble.


Aku dan Ratna dengan angklung bernama Papua



Tempat kami berbuka puasa iaitu Restoran Sederhana yang menyediakan hidangan nasi padang.Banyak pilihan lauk di atas meja.Tapi masa berbuka badan aku sudah dipenuhi angin,tak lalu makan dan sempat baring di bangku panjang.Aku bungkus lauk ikan untuk dimakan dihotel nanti.



Makanan belum siap lagi...masa ni boleh lagi senyum dan duduk.Tapi selepas azan dan minum sedikit air juga sedikit nasi,tiba-tiba rasa badan nak meletup tapi tersekat.


Akhirnya.....hehe ni Akma ambil gambar dari bawah meja makan.



Tu dia nasi padang yang mempunyai banyak pilihan lauk.Tapi ambil yang kita nak makan sahaja.Kalau semua ambil sikit-sikit kemudian tak habis merugikan kerana kita akan membayar harga penuh.Jadi pandai-pandailah nak makan yang mana ye.Pekerja restoran akan mengira bayaran mengikut makanan yang kita makan sahaja. Berbuka puasa hari pertama di Bandung ni lebih kurang idr 160,000.

Kami berterawih di hotel saja.Ratna tolong mengurut,alhamdulillah angin dah keluar dari badan barulah aku boleh makan.Habislah nasi dan seketul ikan tadi....janji makan.Esok nak ke Kawah Putih pulak.Ikut itinenary awal hari kedua ke Tangkuban Parahu tapi hari minggu tiket masuk lebih mahal jadi kami memilih hari Isnin ke Gunung Tangkuban Parahu.Oh ya supir kami sepanjang di Bandung ni namanya Muhd Reihan,(+6281323761223),kereta Toyota Avanza idr 370,000 sehari.Sebelum tu aku survey kereta dengan dua orang lagi supir tetapi harga berbeza-beza,ada yang idr425,000  dan idr 400,000 sehari.Kalau rajin lagi mencari supir ada yang menawarkan idr 350,000 sehari.Di dalam blog perjalanan ke Bandung ada banyak iklan.Terpulang pada kita nak memilih juga rezeki mereka.Alhamdulillah perjalanan kami lancar dan menyeronokkan. Reihan sentiasa memberikan idea untuk mendapatkan harga yang berpatutan juga memudahkan urusan perjalanan kami ini.

Berikut itinenary ke Bandung pada 27-31 Mei 2017 yang disesuaikan mengikut keadaan semasa juga tahap kesanggupan kami dari segi masa,tenaga dan wang:-

HARI PERTAMA 27 Mei 2017(Sabtu)

Tiba di airport
Gedung Sate
Kedai Kain Sulam Ahmad
Saung Angklung Udjo

HARI KEDUA 28 Mei 2017(Ahad)

Kawah Putih Ciwidey
Danau Situ Patenggang
Kebun Teh Rancabali
Garut(barang kulit,kasut,beg,pakaian)
Alun-alun Bandung(Jalan Asia-Afrika)-malam

HARI KETIGA 29 Mei 2017(Isnin)

Perusahaan Kopi Luwak Cikole
Gunung Tangkuban Perahu
Grafika Cikole Resort
The Lodge Adventure Maribaya
Floating Market
Farm House

HARI KEEMPAT 30 Mei 2017(Selasa)

Pasar Baru(shopping)
Trans Studio Bandung

HARI KELIMA 31 Mei 2017(Rabu)

Kartika Sari(brownies,biskut,coklat)
Jalan Braga
Masjid Raya Bandung
Airport utk pulang


No comments:

Post a Comment