29 MEI 2017 THE LODGE ADVENTURE MARIBAYA
Hari ketiga di Bandung,selepas berhujan di Gunung Tangkuban Parahu kami ke sini pula.Reihan memberi pilihan sama ada memilih Lodge Maribaya atau Dusun Bambu kerana masa tak cukup untuk semua tempat yang aku senaraikan tu.Aku memilih ke tempat ini memandangkan Dusun Bambu hanya tempat makan yang berbentuk sangkar burung,memang cantik juga tapi Maribaya ini lebih cantik lagi.Perjalanan ke sini memang jauh hampir sejam melalui jalan rosak berlubang-lubang,tidak rata,berlopak air selepas hujan....aduh memang duduk di dalam kereta tu menahan sakit dan berdoa segera sampai ke tempat ini.Aku memang tak dapat melelapkan mata disebabkan risau kalau-kalau kereta yang kami naiki ini mengalami sebarang masalah,macam-macam yang ada di benakku.Jalan agak licin kerana baru sahaja hujan.Tiba-tiba berlaku rempuhan sebuah motosikal dari arah depan dengan motosikal yang cuba memotong kereta kami.Aku terkejut betul dan menjerit menyebut 'Allahu Akbar' ...motosikal yang memotong kereta kami tu dekat sangat dengan tingkap kereta sebelah aku duduk,cuaklah takut bergesel dengan kereta ni.Penunggang lelaki tu jatuh tergolek,yang memotong kenderaan kami tu macam tergesel jari kanan pada motosikal yang satu lagi tapi dia tak berhentipun untuk membantu penunggang yang dah jatuh tadi.
Bahayalah menunggang motosikal laju-laju di jalan yang sempit,tak rata,berlubang-lubang dan berlopak air begini.Dua lagi kawan aku ni boleh pulak tidur tak perasan kejadian sebentar tadi.
|
Tempatnya luas dan cantik |
Cakap dengan Reihan nak masuk setengah jam je sebelum kami membeli tiket masuk.Tiket masuk idr 20 ribu rupiah seorang.Aku melihat orang mengambil gambar di sudut sebatang pokok yang mempunyai pangkin.Ada jurukamera khas yang dikenakan bayaran idr 20 ribu rupiah untuk setiap bahagian.Banyak tempat mengambil gambar yang disediakan peralatan keselamatan seperti tali pinggang dan topi.Memang wajib ada sebab tempatnya tinggi-tinggi.Sesiapa yang gayat macam aku ni memang kena fikir dua tiga kali la sebelum nak mencuba.
|
Ada gerai makan
Masa ni tak ada niat nak bergambar apa-apa lagi.Kami hanya jalan-jalan di sekitar kawasan ini je.Syukurlah cuaca sangat baik walaupun udara agak dingin selepas hujan tadi.Pengunjung memang ramai ke sini ada yang datang dengan menaiki bas. |
|
Menuruni tangga untuk ke bawah
Belon berbentuk hati/love....abadikan gambar kenangan anda di sini pasti menarik seperti dua orang kawan travel ni. |
|
Gerai makan |
|
Replika kuda daripada kayu |
|
Tempatnya di kelilingi gunung-ganang dengan kehijauan pokok yang menyegarkan mata |
|
Pemandangan dari tingkat atas |
|
Binaan bentuk hati daripada besi |
|
Memakai alat keselamatan |
|
Buaian pertama yang aku naiki ni memang tak menjangka akan diletakkan di tengah-tengah begitu.Ada tali pinggang yang dipasang.Sebelum itu aku membayar idr 20 ribu rupiah sebelum mencuba buaian ini. |
|
Ada jurugambar yang bersedia mengambil gambar dengan pelbagai aksi.Memang gayat dan menangis sekejap sebab terkejut.Ada jentera yang menggerakkan buaian ini.Ini gambar muka dah ok tak menangis lagi.Akma ambik gambar dan video aku semasa menangis ketakutan tu. |
|
Konon dah berani aku bagi tapak kasut la hahahha |
|
Ini gambar last gaya kaki senget |
|
Akma |
|
Konon berani la tu |
|
Entah apa gayanya ni |
|
Ratnasari |
|
Hmmm aksi yang disukainya beginilah |
|
Gambar sampai puas ye |
|
Naik basikal pulak..bayar idr 20 ribu lagi..masa ni aku dah berani dan tak menangis |
|
Ada yang tak boleh mengayuh basikal sebab rantainya jatuh |
|
Kami disuruh membuat pelbagai aksi oleh jurugambar |
|
Setiap tempat ada jurugambarnya |
|
Terbaikkkkk untuk hari ini |
|
Berbaloi-baloi la walaupun sakit badan nak sampai ke sini |
|
Gambar akan ditransfer ke kaunter,pilih gambar yang dikehendaki kemudian upload dalam telefon masing-masing.Pastikan ada aplikasi'Share it'. Satu gambar bayar idr 10 ribu |
|
Semua gambar 25 keping jadi idr 250 ribu...gambar kami bertiga tak kira individu atau trio |
|
Pengalaman pertama seumur hidup ini,mungkin inilah yang pertama dan terakhir...hanya Allah yang mengetahui
Keluar dari tempat ini masih melalui jalan yang sama dengan keadaan serupa juga.Aku harap kerajaan Indonesia baikilah jalan utama ke tempat ini agar selesa bagi kemudahan para pelancong ke sini.Jika ada rezeki ke Bandung aku mahu pergi lagi ke sini kerana tak puas sempat menaiki dua peralatan sahaja.Taman Begonia melalui jalan yang sama tapi terpaksa di batalkan kerana ada banyak lagi tempat lain.Tak mengapalah hanya bunga sahaja.Kami mahu ke Floating Market dan Farm House selepas ini.Alhamdulillah walaupun berpuasa hari ini tetap kuat bersemangat melaluinya. |
No comments:
Post a Comment