Nak pergi Perancis tanpa berbelanja mahal mari kita ke Colmar Tropicale di Bukit Tinggi Pahang. Selepas pulang dari Jepun aku membawa Faezah dan Azib ke sini ,saja jalan-jalan. Bertolak dari rumah pukul 8.30 pagi,berhenti sarapan kemudian pukul 11.30 sampai di RnR Genting Sempah.Di sini aku tak melepaskan peluang untuk membeli buah berangan kesukaanku.Alamak dah naik harganya RM23.00 sekilo.Dah suka beli sajalah.
Parking kereta di tempat yang dikhaskan.Bayaran masuk RM12.00 dewasa dan RM8.00 kanak-kanak.Sebenarnya ini adalah kunjungan kali ketiga aku ke sini.Kali pertama dengan Marinah,masa ni adiknya bekerja di sini.Kali kedua dengan housemate. Apa yang menarik di sini ialah bangunan ala Perancis atau perkampungan lama Perancis kelihatan pada reka bentuk bangunan hotel yang unik.Sesiapa yang hendak menginap di sini boleh menempah bilik melalui online seperti Agoda atau booking.com.
Azib dan Faezah belum pernah sampai lagi ke sini kebetulan ada masa dan peluang ini biarlah mereka merasai pengalaman ini juga.
Ramai pengunjung mengambil gambar di hadapan pintu masuk ni.Tak dapatlah nak sendirian di sini,orang berebut-rebut nak bergambar.
Inilah bangunan hotel ala Perancis.
Jam sudah mati baterinya ye...jam 2.30 petang sebenarnya waktu kami masuk di sini.
Masalah nak mencari makanan ikut selera sendiri ni susah sikit di sini.Ada cafe menjual western food,lagipun dah makan buah berangan ni kurang lapar sikit.
Percutian singkat sehari boleh ke sini bersama-sama keluarga,sejuk dan udara pun segar.Kalau menginap di sini mesti sunyi dan tenang.Harap boleh tidurlah.
Beratur nak naik tram yang disediakan untuk membawa pengunjung ke Perkampungan Jepun.
Persembahan tarian dan silap mata oleh pihak Berjaya Hills Sdn Bhd. Baik-baik jaga mata ye sebab penari perempuannya sangat seksi....
Di hadapan ni dewan yang selalu dijadikan tempat mengadakan majlis perkahwinan.
Hotel dikelilingi kolam buatan,ada angsa dan itik sedang seronok bermain air.
Persekitarannya bersih dan udara segar.Jauh dari kesibukan kota.Tempat yang sesuai untuk menghilangkan stres.
Azib pun gembira dibawa ke sini.
Tram yang digunakan untuk mengambil dan membawa pulang pengunjung ke Perkampungan Jepun.Perjalanan singkat yang memberikan kenangan manis kepada kami.Malaysia Negaraku Tercinta.
No comments:
Post a Comment