Thursday, 15 June 2017

Trip ke Singapura

7-8 Oktober 2016 melalui Bahtera Kembara Holidays aku ke Singapura dengan menaiki bas bersama Fawwal.


Jam 6.00 petang aku dah terpacak di KL Sentral. Makan burger Subway sementara menunggu Fawwal sampai. Berkumpul di sini.

Tempat duduk di dalam bas sudah ditetapkan oleh ejen Bahtera Kembara.


Ini bas yg akan membawa kami ke Singapura. Tepat jam 10.30 malam kami meninggalkan KL Sentral. Pakej trip ini hanya RM135 sahaja,Fawwal mengajak aku ikut serta,sejak bulan Ogos kami sudah plan trip ini. WA ejen sahaja utk pembayaran dan FB mereka Pakej Cuti-cuti Bajet Murah.


Aku menukar wang RM kepada SGD pada hari yg sama nak bertolak. RM402.60 bersamaan 132 dolar singapore. Bayar lagi 20 dolar kepada ejen travel utk MRT ke Pulau Sentosa.


Kami berhenti rehat di RnR Gelang Patah pada jam 3.30 pagi. Cuba tidur di surau tapi lantai sangat sejuk tak boleh nak lelapkan mata. 4.30 pagi terus mandi dan menukar pakaian. Sarapan nasi lemak dan air teh diberikan pada jam 5.30 pagi. Selepas sarapan terus bersolat Subuh. Di  dalam bas dikehendaki mengisi borang putih utk imigresen.Leader trip ni Pak Tam telah menunjuk ajar cara mengisi borang tersebut.
Gambar di atas merupakan imigresen Singapura ,di sini cop pasport dan pemeriksaan barang. Semua brg di dalam bas akan diturunkan. Sebelum itu melalui imigresen Malaysia hanya pemeriksaan pasport sahaja.


Di dalam bas..pukul 8.30 pagi dah sampai imigresen Malaysia. Check pasport. Imigresen kedua apabila dah masuk Singapore,kami keluarkan beg yg dibawa utk pemeriksaan,bas juga diperiksa. Aku silap masuk lorong org yg bekerja di Singapore,mujur ada yg menegur dan beritahu lorong sebenar.


Di dalam bas..Fawwal duduk sebelah tingkap. 


Tempat pertama lawatan hari ini di Merlion Park,disediakan tour guide rakyat Singapore,beliau pesara berumur 70 tahun dan masih sihat lagi.Pernah bekerja di Jabatan Pelancongan Singapore. Di sini diwajibkan mengambil tour guide rakyat Singapore.


Wajib bergambar di sini tanda dah sampai Singapore. Kepala singa tapi badan ikan. 


Bangunan pencakar langit berhadapan dengan tasik 


Sky Park yang menjadi kebanggaan rakyat Singapore..di atasnya ada restoran mewah. Kena bayar lagi kalau nak masuk ke situ. 


Kita posing puas2 walaupun cuaca panas terik waktu ni dan aku lupa membawa cermin mata hitam.


Kepala anak singa la kot...lebih kecil ni


Bukti lagi dah jejakkan kaki ke sini...pada 2014 aku pernah plan hendak ke Singapore dengan
adik tapi tak menjadi pulak.


Perkhidmatan river cruise ada disediakan.


Lepak bawah jambatan ni ada gerai menjual minuman.


Bergerak ke tempat seterusnya..ada patung kanak2 sedang mandi di sungai..simbolik kanak2 zaman dahulu menggunakan air sungai ini utk keperluan domestik. Diabadikan di sini utk tatapan generasi muda.


Jambatan ini boleh dipisahkan dan digunakan pada zaman British utk mengelakkan musuh masuk ke kawasan lain. Sekarang menjadi monumen bersejarah dan sering dijadikan tempat bakal pengantin membuat fotografi preweading mereka.


Kisah kucing longkang yang berjuang utk hidup di pinggir sungai ini diabadikan dlm bentuk patung sebagai peringatan...cintailah haiwan.


Susah nak pegang patung kucing tu,ada pada laluan jambatan.


Ini dia River Cruise di Singapore,kalau ada duit dn masa lebih boleh la mencuba menyusuri sungai di sini. Sejarah Singapore yg pernah menjadi pelabuhan terkemuka selepas Melaka dan Pulau Pinang pada zaman penjajahan dahulu.


Bas 1 bergambar di hadapan mercu tanda Singapore 


Lagi bergambar dgn group bas 1 di hadapan bangunan zaman penjajahan British.


Di taman ni ada bebola kaca gergasi..selfie puas2 kat sini,lupa nak pegang pulak hahahha


Antara gambar selfie yg diambil,monopod yg aku beli tak boleh pakai pulak. Baru je beli kat KL Sentral dgn harga RM20 dah tak boleh pakai pulak...



Singapore Wow...taman masih dalam pembinaan lagi ni


Bunga matahari plastik banyak dipacakkan di padang ni..peluang nak bergambar lagi


Berhenti sekejap utk bergambar di Gardens by the Bay,acah2 dah masuk la hahahha,kalau nak masuk sini kena sehari baru puas hati.


Malam hari cantik la ni nampak cahaya warna warni pada pokok dan bunga2 tu.


Beli cenderamata kat kedai ni ,nampak kecil tapi dua tingkat ni. Banyak pilihan cuma ada duit banyak la nak shopping.


T shirt ni mahal sikit la sehelai sgd 12.90,kalau duit kita lebih kurang RM39.00 sehelai. Ada lagi t shirt sgd10 dapat 3 helai. 


Beg ni boleh dibesarkan,harganya sgd 10 dapat 4 buah. Aku beli 8 buah je nak bagi mak dan kakak. Fridge magnet beli sgd10 dpt 5 ketul. Nak dpt 1 sgd bersamaan RM3.05...


Dah shopping gi makan kat Restoran Zam2. Fawwal makan mi goreng mamak


Aku pilih nasi beriyani kambing ...nak makan yg berat sikit.Pekerja ambil order gunakan ipad je main tekan2 menu,tak payah tulis kat kertas ye


Kuah nasi beriyani tu,kari kacang dal


Nak hilangkan muak minum air limau ais je.


Bil kami makan berdua...sgd 13.50 bersamaan RM41.00. Fuhhh...


Selepas makan tengah hari,kami menunaikan solat di Masjid Sultan. Dekat je jalan kaki dari restoran tu. Ada lif nak ke dewan solat perempuan. 


Bahagian utama dewan solat. Ramai pelancong ke sini.
Struktur awal masjid sekitar tahun 1826 oleh masyarakat Jawa yang kebanyakannya pedagang awal yang menjalankan aktiviti perdagangan dengan masyarakat Arab,Boyan dan Bugis sebelum kedatangan saudagar Tionghua.
Pada tahun 1920-an masjid dibina kembali seperti sekarang. 


Masjid Sultan dibina di Kampung Glam ini merupakan masjid pertama yang dibina di Singapura.


Tour guide,Pak Tam menunjukkan laluan MRT yg akan kami naiki sebentar lagi. 


Dah sampai..Beach Station


Palawan Beach..


Anjung tinjau,boleh nampak Malaysia dan Batam Indonesia


Jambatan gantung yang menghubungkan kawasan pantai dengan  kawasan anjung tinjau


Naik juga la utk bergambar walaupun tak sampai puncak.


Jambatan gantung yang merentasi laut,ramai pelancong mandi manda di sekitar kawasan pantai


Ada sesuatu yg menggelikan hati


Syukur cuaca baik hari ni..dapatlah berjalan dalam suasana yg selesa.



Boleh melihat lautan yg luas dan indah dengan menggunakan teropong ni.


Pantainya putih bersih,keluarga dan kawan2 berehat bersama-sama sambil menikmati udara yang segar.


Taman permainan juga ada disediakan.


Palawan Beach..tempat yg wajib dikunjungi jika ke Singapura.


Beratur menunggu giliran masuk dalam train. Ada petugas menjaga laluan pengunjung.


Kawasan tarikan pelancong ini ada kedai makan,pusat beli-belah dan permainan.Aku bergambar berhampiran arca tulisan SENTOSA.


Patung besar singa...boleh naik sampai ke puncak iaitu kepala singa,dari jauh boleh nampak orang berdiri di dalam mulut singa tu.


Kedai menjual aiskrim ni ..cukup menawan hati tapi tak berani nak beli.



Kawasan santai



Pakej ni tak masuk USS tapi wajib bergambar tanda dah lalu kawasan ni jahahha


Bergambar dengan ahli bas 1


Kedai menjual souvenier..tak beli apa-apa pun,mahal gilos kot


Masih kenyang lagi nak makan,saja jalan2 kat kedai makan khas penang,kemudian ada pulak cawan yg belum diangkat..acah2 je


Nak balik dah.., malam ni nak tengok pertunjukan air pulak ye


Pukul 7 malam dah melepak kat sini menunggu pertunjukan air jam 8 malam.8.20 dah selesai. Naik bas 8.30 malam. Bertolak balik berhenti di rnr utK solat dan makan. Sampai di KL Sentral jam 2.30 pagi. Hmm menunggu pas solat subuh barulah bergerak menaiki komuter ke Shah Alam. Aku beli roti dan air mineral je utk sarapan. 7.20 pg baru sampai komuter ke Shah Alam.
Insya Allah ingin ke Singapura lagi kerana banyak tempat best belum dikunjungi. 

No comments:

Post a Comment