Thursday, 15 June 2017

Travel Ramadan 2017: Danau Situ Patenggang,Bandung

DANAU SITU PATENGGANG

28 Mei 2017 hari kedua di Bandung.Selepas menikmati keindahan Kawah Putih,aku ke Danau Situ Patenggang pula.Tiket masuk telah dibeli sekali gus dengan tiket masuk ke Kawah Putih. Danau ini terletak di Ciwidey,Bandung Selatan,Jawa Barat,Indonesia. Dengan ketinggian 1600 meter dari atas permukaan laut,danau ini memiliki pemandangan yang sangat eksotik.Situ Patenggang memiliki hamparan kebun teh di Rancabali.Jarak danau ini dengan Kawah Putih hanya kira-kira 7km sahaja.Cuma jalan masuk kurang baik kerana tidak rata,tapi tak lama hanya 10 minit sahaja melalui keadaan itu.



Dari sini kita dapat lihat restoran berbentuk kapal yang dibina di atas bukit.Jambatan kayu menjadi laluan para pengunjung untuk menjamu selera di restoran atau hanya melihat pemandangan danau.

MITOS SITU PATENGGANG

Situ Patenggang berasal daripada bahasa Sunda,patengan-teangan(saling mencari).Kisah Putra Prabu dan Putri Titisan Dewi yang terpisah sekian lama,kerana cinta yang sangat mendalam,mereka saling mencari dan akhirnya bertemu di sebuah tempat yang sampai sekarang dinamakan 'Batu Cinta".Dewi Rengganis yang menjaga Putri Titisan Dewi telah meminta dibinakan perahu dan dibuat sebuah danau untuk belayar bersama-sama.Perahu inilah yang sekarang ini menjadi sebuah pulau yang berbentuk hati (Pulau Asmara/Pulau Sasaka).

  Patutlah Reihan ada bercerita tentang pasangan yang mengunjungi Batu Cinta akan berkahwin akhirnya....mitos ya ini




Berjalan dengan berhati-hati,tidak dibenarkan berlari atau melompat-lompat,kanak-kanak harus diawasi oleh ibu bapa masing-masing.





Ramai yang berhenti sebentar untuk mengambil gambar....tak pernah lagi jumpa restoran begini ada danau dan jambatan kayu.Teruja sangat.



Masuk sahaja ke dalam restoran sudah terhidu bau makanan,wahhhh nampak menyelerakan tapi kami semua berpuasa jadi tak boleh melihat lama-lama.Banyak menu tempatan dan western,yang membuat aku terliur ialah pisang goreng cheese coklat.Pengunjung boleh makan di dalam restoran atau bahagian luar yang telah disediakan bangku juga meja kayu.






Cantik memukau....hujung kapal ni kita dapat melihat keseluruhan danau,pokok-pokok menghijau dan gunung ganang.




Idea membuat restoran kapal seperti ini di kawasan yang menarik begini memang tepat.Jatuh cinta dengan tempat ini.



Lama juga kami berada di atas ni,rasa tak puas menikmati keindahan alam di sini




Gopro menjalankan tugas dengan baik....inilah pose yang dinantikan baru puas hati boleh melihat persekitaran lebih luas




Si usil entah buat apa tu




Ada jambatan lagi di bawah itu




Kami melalui jambatan ini,bayar lagi idr 7500 seorang




Jambatan ini menghubungkan taman ternakan rusa yang akan dibangunkan kelak.Mengikut kata pekerja tiket itu,kelulusan menternak rusa sudah ada cuma semasa kami datang ini belum ada rusa yang dibawa masuk lagi.Mungkin kalau aku sampai ke sini lagi aku dapat melihat rusa di kawasan ini.


KEBUN TEH RANCABALI


Perjalanan balik hujan turun mencurah-curah.Sepatutnya kami ada aktiviti memetik strawberi di kebun strawberi.Tapi terpaksa dibatalkan kerana cuaca yang tidak mengizinkan.Takkan nak basah kuyup pula kan,batal pulak kalau terminum air hujan nanti hehehe....Untuk mengubati hati yang sedikit kecewa ni kami berhenti bergambar di kawasan tanaman teh iaitu Rancabali.Dalam perjalanan pergi dan balik kita dapat menikmati hamparan pokok teh saujana mata memandang.Hijau....kulihat hijau.....



KEDAI MAKAN BELACAN (Makanan Sunda)



Kami berbuka puasa di Kedai Makan Belacan...makanan khas Sunda yang lazat menyelerakan.Hari kedua berbuka puasa ni badan semakin kuat dan boleh menerima suasana tanpa sarapan pagi dan makan tengah hari.Alhamdulillah badan tak berangin seperti kelmarin sehingga aku tak boleh duduk masa berbuka di Restoran Sederhana yang menyajikan nasi padang.Masih hujan lagi masa kami sampai di kedai makan ini.Tempatnya eksklusif,ada kolam air dengan ikan koi,surau dan band kugiran.Bulan puasa ni tak adalah orang yang membuat persembahan



Pancuran air di dalam kedai makan




Sibuk dengan telefon sementara menunggu azan




Yang ni sibuk dengan kamera pula




Sabar ye






Makin hampir azan makin ramai yang masuk dan memesan makanan



Makanan Sunda yang dicadangkan oleh supir kami,Reihan.Hujung tu ikan gurami atau kalau di Malaysia di panggil ikan Talapia,dibakar




Sayur masak asam,ada nangka,jagung,ubi keledek,kentang dan sayur hijau tak tau namanya hehhe




Kacang panjang goreng bawang putih,sedap



Ikan masin tenggiri dan petai,dicadangkan oleh pekerja kedai makan...memang sedap dan paling sedap hehehe




Udang goreng tepung...masam manis



Ayam goreng dan sambal terasi.


Selepas selesai makan aku menambah air lagi.Sebelum tu air lemon panas,rasa haus lagi order air buah avokado atau air alpukat.Kedai makan ini ada memberikan gratis/percuma manisan seperti bubur puteri berendam sebelum berbuka puasa tadi.Kami solat di surau yang disediakan,ada telekung juga sejadah.Bayaran makanan lebih kurang idr 430,000....berbaloi-baloi sedap.Makanan yang tak habis dibungkus untuk makan sahur di hotel nanti.


JALAN ASIA AFRIKA(ALUN-ALUN BANDUNG)


Kelmarin melewati jalan ini aku terlihat ramai orang berkumpul di kawasan ini.Tempat yang popular dan menjadi tumpuan orang tempatan dengan pelbagai kegiatan mencari rezeki.Berhadapan dengannya ada Masjid Raya Bandung.Monumen Asia-Afrika tertulis nama negara di Asia-Afrika.



Negaraku tercinta Malaysia



Kata-kata tokoh sasterawan Indonesia tentang keindahan alam semula jadi



Itu bukan patung ya tapi orang yang memakai kostum super hero filem.Banyak super hero di sini ya..Batman,Spiderman,Naruto,Transformers....banyak lagilah.Selepas bergambar masukkan wang di dalam kotak yang disediakan,minimum idr 10,000,nak bagi lebih terpulanglah pada kita.Bukan ada super hero sahaja ya...ikan duyung pun ada,Doraemon,Snow White.....lebih mengejutkan ada pocong,drakula,langsuir hahahhaha....ada yang mengilai dan memanjat pagar besi,rambutnya panjang juga kusut....hantu palsu.Aku jalan-jalan dikejutkan dengan hilaian ketawanya,tapi aku jadi tertawa apabila melihat hantu itu memakai jam tangan. Ada ambil video sahaja dan tiada bergambar dengan hantu-hantu ini.




Di dinding pun ada tulisan juga..."Dan Bandung bagiku bukan cuma masalah geografis,lebih jauh dari itu melibatkan perasaan, yang bersamaku ketika sunyi"

Faham ke maksudnya?Ya mungkin begini.....Bandung bukan sahaja hebat dengan keindahan alam semula jadinya tetapi juga dapat memberikan ketenangan kepada sesiapa sahaja......benarlah dulu masa aku pertama kali datang ke Bandung ini tahun 2014 kufikir Bandung hanyalah syurga shopping,ternyata banyak tempat menarik alam semula jadi yang pasti mengamitku ke mari lagi.




Duduk kepenatan sementara menunggu kedatangan Reihan untuk menjemput kami ke hotel.
Berhadapan tulisan Alun-alun Bandung ni.






No comments:

Post a Comment