Monday 12 June 2017

Shirakawago



16 Disember 2016...bertolak ke Shirakawa-go...1.00 petang dengan menaiki bas. Tujuan utama ke Jepun kali ini ialah aku hendak melihat sendiri keindahan perkampungan tradisional rumah Jepun. 


Pemandu bas dan kepala tour guide bas ke Shirakawa

 

Inilah bas yang kami naiki.



JBT dah siap beli tiket bas,kami duduk di baris kedua.Perjalanan sejam sahaja,sempat tertidur juga sambil mendengar tour guide,orang Jepun tu memberikan pelbagai info.


Bas berhenti selama 20 minit di tempat pemerhatian ini.Perkampungan Shirakawa-go jelas kelihatan dari sini.Apalagi semua yang turun tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar dengan pemandangan perkampungan bersejarah yang disenaraikan oleh UNESCO sebagai tapak warisan sejarah dunia.


Turun sedikit ke bahagian berpagar ni,kak Emma hampir tergelincir kerana salji sudah mengeras dan licin. Ramai pelancong bergambar di sini kerana perkampungan Shirakawago dapat dilihat keseluruhannya dari sini.


Rafidi membawa bendera Malaysia....bangga aku memegang bendera negara sendiri.



Bergambar sampai keras ketor.



Selfie sesuka hati.


Sempat lagi bergambar sebelum masuk bas.



Masa ni dah rasa menggigil kerana angin bertiup membawa udara sejuk sampai ke tulang.


Mr Yamamoto yang fasih berbahasa Inggeris,seorang guru juga.Banyak memberikan info tentang Shirakawago dan peraturan yang harus dipatuhi dari segi masa ketika lawatan.


Alhamdulillah dapat melihat dan merasai suasana salji turun di sini.Syukur aku terpilih melalui pengalaman ini.Masa kecil memang pernah berangan-angan hendak ke negara Jepun ini.Selalu sangat menonton Ultraman...raksasa di Jepun,kenyataannya tiada raksasa kerana pengaruh zaman kanak-kanak meresap kuat dalam diri.Drama bersiri 'Oshin' antara yang paling aku gemari.



Main salji puas-puas.


Baling dan genggam salji....bestnya.


Tebal salji di perkampungan ini.


Masa merentasi jambatan inilah salji turun,cuba ambil gambar tapi kamera tak dapat berfungsi.Ya Allah apa dah jadi ni?Faktor cuaca ke penyebab kamera aku tak boleh ditekan ni?Cuba menggunakan telefon,tapi masalah juga.'empty'....video dan gambar dapat ambil sedikit je.Nasib baik ada kamera dan phone kak emma.Tumpang kamera orang sajalah nampaknya.Rasa kecewa juga masa ni.


Tabahkan hati dan kita senyum je bergambar ni.


Bumbung dipenuhi salji yang memutih.


Salji masuk dalam kasut dan mulut.







Orang-orangan di hadapan sawah padi.Musim sejuk ni tanah sawah dilitupi salji.


Pelancong senegara,gambar sama-sama.


Tak terasa masa berlalu dan melalui jambatan ini sekali lagi untuk ke tempat bas.







Peta perkampungan Shirakawago. Menaiki bas semula ke Takayama,lebih kurang sejam sampai di Takayama.Hari dah gelap,kami makan di hostel je.Pengalaman yang menarik hari ini.Semoga satu masa nanti aku dapat ke sini ketika musim bunga.

No comments:

Post a Comment