KAWAH PUTIH 28 Mei 2017
Hari kedua di Bandung pada bulan Ramadan.Alhamdulillah cuaca sangat baik hari ini.Kami keluar dar Hotel Unik pada jam 8.30 pagi.Perjalanan ke Kawah Putih yang terletak di Ciwidey Bandung Selatan ini mengambil masa kira-kira dua jam.Ada yang sempat tidur di dalam kereta.Aku tak dapat melelapkan mata kerana sibuk menikmati kiri kanan jalan,bangunan yang ada dan berdoa dalam hati semoga hari ini aku makin kuat tidak seperti kelmarin,hari pertama berpuasa.Sebelum sampai di Kawah Putih ini kami berhenti membeli tiket di sebuah pondok.Tiket ke Kawah Putih dan Danau Situ Patenggang sekali gus,kalau bawa kereta ke atas perlu tambah idr 150,000 dan ditanggung oleh pelanggan sendiri.gunakan angkut lebih murah iaitu idr 15,000 seorang.Aku memilih naik angkut sahaja.Bayaran tiket termasuk angkut untuk ke kawasan Kawah Putih ialah idr 230,000.
Dapat tempat duduk di barisan kedua Kereta parking di tempat khas berhadapan stesen angkot ni.Angkot akan bergerak apabila penumpang sudah penuh.Sementara menunggu penuh tu sempat kami berwefie. |
Kawah Putih Ciwidey berada di kawasan pergunungan yang mempunyai ketinggian lebih dari 2,400 meter di atas permukaan laut.Dengan ketinggian ini,suhu di kawasan ini sangat dingin kira-kira 8-22 darjah celcius.Jaket yang aku pakai tu membantu mengurangkan kesejukan.
Ada petugas akan memberi peringatan dengan menggunakan pembesar suara kepada para pengunjung.Antara peringatannya:
1.Had maksimum berada di sini kira-kira 12 minit,jika melebihi masa kemungkinan terdedah kepada pelbagai masalah pernafasan
2.Memakai masker untuk mengelakkan menghidu bau belerang yang kuat
3.Pengunjung yang pernah berpenyakit asma atau masalah kronik dilarang terdedah terlalu lama dengan bau belerang
4.Segera tinggalkan kawasan ini jika mendapati sakit kepala atau pening,muntah dan sakit mata.
Lebih sejam kami bergambar di sini.Inilah tempat idaman aku di Bandung ni.Teruja dengan gambar daripada pengalaman orang lain.Pertama kali ke sini mestilah tak cukup 12 minit sahaja.
Masker yang aku pakai ini dibawa oleh Akma.Ada juga orang menjual masker di atas ini.
Subhanallah memang persekitaran di sini sangat cantik,tak tergambar dengan kata-kata.
Nak pegang tak berani takut ada kesan sampingan lain pula.Lama-lama kepala aku jadi pening dah.Itu petanda aku kena menjauhi tempat ini dengan segera.
Masih mampu bertahan bergambar dan melihat Ratna menggunakan kamera dslr dengan tripod yang dibawanya dari Malang.Gigih memasang tripod untuk mengambil gambar.Ada juga perkhidmatan mengambil gambar di sini,aku tak ingat harga sekeping gambar berapa.
Insya Allah akan ke sini lagi,dengan siapa pula kali ini?
Ratna |
Gaya kungfu ni |
Gopro banyak membantu memberikan kualiti gambar yang diingini |
Mari kita lompat bintang! |
Sejuk makin terasa |
Kacau si usil Akma dan Ratna masih lagi di bawah semasa aku di anjung tinjau ni.Dah lama barulah mereka naik ke sini. |
Akma sakit bahu |
Berposing di Gunung Patuha..banyak pokok renek Kawah Putih yang menakjubkan....sentiasa dalam ingatan.Kenangan dan pengalaman berharga di sini. |