Monday, 17 October 2016

Syukuri Nikmat Allah di Acheh

Alhamdulillah pada 5 Mei aku menjejakkan kaki ke Acheh bersama dengan Kak Emma,Akma dan Faezah.Dapat tiket pergi balik RM219 waktu tu.Aku mulai membaca pengalaman orang yang berkunjung ke Acheh melalui blogspot.com.Di situ aku mendapat banyak info antaranya tempat menarik di sana juga kenderaan yang akan digunakan.Sebenarnya sejak 2015 lagi aku merancang pergi sendirian ke sana dan sudah berwasap dengan Pak Safriyal dari Riyal Acheh Tour,tapi rezeki pergi ke Acheh pada tahun 2016 pula. Nombor phone Pak Safriyal yang sporting ni ialah 


Kami tiba di Bandara International Sultan Iskandar Muda,Banda Acheh pada jam 8.25 pagi.Perjalanan selama 1 jam 30 minit dari KLIA.Pak Safriyal sudah menunggu di luar dengan memegang kertas yang ditulis dengan nama  aku.Selepas sarapan di kedai makan lokasi pertama ialah Kuburan Massal ataupun tempat mangsa tsunami pada tahun 2008 dikebumikan secara beramai-ramai.


Kawasan kuburan yang besar sebenarnya,berpuluh ribu mayat ditanam di sini secara beramai-ramai.Sekitarnya dipenuhi pokok-pokok yang menghijau,tiada batu nisan,hanya kawasan berumput yang rata.Pagi-pagi ni hanya kami sahaja pelancong yang ada,sunyi dan sejuk je.Menurut Pak Safriyal,mayat mangsa tsunami pada awalnya dimasukkan secara manual oleh penduduk kemudian jentolak digunakan apabila sudah tidak tahan dengan mayat yang terlalu banyak.Bau busuk mayat yang sudah kembang dan rosak itu ada yang dimasukkan ke dalam plastik kemudian dimasukkan ke dalam lubang besar oleh jentolak.
 

MONUMEN TSUNAMI KUBURAN MASAL SIRON..


MASJID TERTUA DI ACHEH ...MASJID INDRAPURI


Masjid ini dibina pada masa pemerintahan Sultan Iskandar Muda 1607-1636 M di atas bangunan pra-Islam.Dari segi arsitekstur masjid terpengaruh dengan budaya Hindu yang terlihat dari bentuk atapnya yang bertingkat-tingkat. Masjid ini pernah dipakai untuk menobatkan Sultan Muhammad Daud Syah pada tahun 1878M sebagai sultan Acheh terakhir.


Ini dia info yang aku salin di atas.


Bergambar di hadapan tempat mengambil wuduk.


Bahagian dalam masjid yang masih kukuh dan dijaga dengan rapi.



ACHEH THANKS THE WORLD...

Pintu masuk ke taman yang menempatkan arca berbentuk sampan dan tertulis negara yang memberikan sumbangan serta bantuan kepada negara Acheh.


Arca berbentuk separuh sampan. Tercatat nama negara yang menghulurkan bantuan


Negara apa yang aku pilih ni tak ingat la ..Malaysia ada juga tapi nak jalan keliling mencari rasa malas pulak..sama je bentuk macam ni juga.





SITUS TSUNAMI PLTD APUNG

Jam 11 pagi kami dah berada di sini. Kapal dagang yang dihanyutkan dari laut ke daratan. Di luar banyak kedai menjual makanan dan cenderamata. Tapi kami tak membeli di sini,nak membelek pun tak sempat. Jadual hari ni padat banyak lagi tempat yang akan dilawati.


Naik tangga dan di belakang kami tu rumah yang musnah akibat tsunami.


Dah naik ke kapal dagang ni. Pak Safriyal mengambil gambar dari bawah. Akma membawa 3 kamera iaitu Nikon,Canon dan GoPro. Aku pulak bawa kamera Lumix Mirrorless. Kamera aku kurang digunakan sebab dah ada kamera besar dan orang yang tolong rakamkan aksi kami semua.


Tak lama di atas kapal kerana pengumuman pada jam 12 pm memaklumkan bahawa tempat ini tutup untuk memberi laluan waktu solat zuhur.Kapal akan dibuka semula pada jam 2 petang. Kami bergambar di sekitar kapal je dulu.


Rumah yang rosak akibat tsunami...habis  segala harta benda sekelip mata malah banyak yg terkorban. Mati itu pasti bagi yg hidup. Hidup itu tiada kepastian sehingga bila..


Gambar sebelum naik ke kapal ni


Monumen batu yang berilustrasikan ombak yg mengganas ketika tsunami


 Masa dan tarikh yang menunjukkan          waktu kejadian tsunami tersebut.

          MASJID BAITTURRAHMAN


Kami solat zuhur di sini,masjid yang tidak musnah ketika tsunami sedangkan bangunan sekitarnya habis ranap . Maha Suci Allah ,bukti kekuasaanMu. Di sini ada pak guard yg akan membuat pengumuman setiap wanita harus memakai rok apabila memasuki perkarangan masjid,tak boleh memakai seluar ya. Rok kain telekung yg kami bawa tu dipakai kerana yg disediakan tak cukup. Pergi tandas ramai sangat orang. Terus je ambil wuduk,agak jauh tempat wuduk perempuan ke dewan solat. 


Dah selesai solat qasar dan jamak,membetulkan tudung dan bersolek ala kadar hehehhe


Bahagian dalam masjid Baiturrahman,tiada kain bidai pemisah jemaah lelaki dan perempuan,boleh nampak terus.

PLTD APUNG


Jam 2 pm kami ke sini semula...melihat bahagian dalam kapal pulak. Rugi kalau tak masuk kan. Sejarah tsunami tu harus dibaca dan diteliti sebagai pengajaran diri sendiri


Al-Quran yang dihanyutkan air ,masih jelas walaupun disaluti lumpur


Bahagian dalam kapal,ada aircond jadi kurang panas. Dua tingkat. Info grafik banyak dipaparkan juga video yang memaparkan sebelum,semasa dan selepas kejadian tsunami pada kapal ini. 


Menonton pengalaman penduduk Acheh yang terselamat,masing-masing merasakan dunia hendak kiamat dan bersyukur diberi peluang hidup oleh Allah.


Video sebelum kejadian tsunami...ada muzik.


Apabila air menghempas dgn ganas dan tanpa belas kasihan...segalanya musnah sekelip mata..rasa sebak menyaksikan semua ini..


Kak emma menitiskan airmata kerana tak dapat menahan perasaan sedih menyaksikan penderitaan rakyat Acheh ketika kejadian tsunami.


Aku masih mampu mengawal empangan airmata ni  walaupun hati rasa sebak sangat.Kehilangan keluarga tercinta sekelip mata lebih hebat daripada kehilangan rumah atau harta benda.Bayangkanlah ada mayat keluarga yg tak ditemui dan diketahui di mana sekarang ini. 


Kak Emma dah ok sikit dan mula memberikan info kepada kami seperti tour guide pulak. 


Struktur organisasi kapal PLTD Apung 1


Itu dia tour guide tak berbayar hahahha...kami hanya membayar untuk kenderaan termasuk driver,petrol,parking.


Ketika kejadian tsunami ada 7 orang anak kapal sedang bekerja.

MUSEUM ACHEH



Nak masuk tapi tutup pulak hari ni jadi bergambar di luar muzium je. Cantik bangunan ni seperti rumah tradisional Acheh.


Rumah kayu tinggi dengan banyak tiang.


Siap ada meriam di bawahnya,apalagi wajib bergambar..


Alat tradisional untuk menumbuk padi.Di Acheh sudah menggunakan mesin tapi masih ada lagi yang menggunakan alat tradisional untuk memukul padi.


Kereta takde lembunya...dayang2 je yg ada dengan Mak Inanng


Jam loceng gergasi daripada kerajaan China.


Bahagian luar muzium.


Mercu tanda ala bali 

 BOT DI ATAS BUMBUNG RUMAH


Kawasan popular dan wajib pergi...bot di atas bumbung rumah. Masih terpelihara dan dibina jambatan untuk naik ke atas bot. 


Jambatan yang dibina dan boleh bergambar berlatar belakangkan bot yang dihanyutkan ombak tsunami.


Makcik berumur 70 tahun ni memberikan penerangan tentang kejadian tsunami berdasarkan pengalaman sendiri.


Khusyuk kami mendengar.Depan dan belakang tu banner yang memaparkan nama mangsa tsunami yg terkorban.


Oppsss gambar lagi terselit pulak..


Rumah penduduk yang lebih moden daripada sebelumnya. 


Bahagian dalam rumah ada banyak gambar2 selepas tsunami. Kemusnahan di hadapan masjid Baiturrahman yang hanya terjejas sedikit sahaja.


Di luar pintu inilah makcik itu memanjat naik ke bot,rumah ni dua tingkat jadi air naik mendadak. Allah berikan pertolongan dengan kehadiran bot yang tersangkut ini. Semua yg ada di rumah masuk ke dalam bot.


Makcik memberikan penerangan lagi tentang perasaan takut dan cemasnya saat kejadian tsunami.


Eh kak Emma tu kenapa?Macam merajuk je hahahah


Di bawah ada orang menjual buku tentang sejarah tsunami di Acheh. Membeli sambil menderma. Kami berikan sedikit sumbangan kepada makcik tadi.

PERJALANAN KE MAKAM SYIAH


Gambar ini diambil dari dalam kereta ketika menuju ke Makam Syiah. Ingatkan nama ajaran sesat tu rupanya nama ulamak di sini. Berdekatan dengan pantai.


Papan tanda yg menceritakan asal usul ulamak ni yg digelar Syiah Kuala.



Sedekahkan al fatihah,Acheh dahulunya dikenali sebagai negara Serambi Mekah dan ajaran Islam begitu kuat bertapak di sini. Namun arus kemodenan mengalpakan dan merosakkan generasi muda. Tsunami bukan sekadar amaran tapi peringatan Allah.Kembalilah ke jalan Allah.


Mendekati pantai dengan perasaan sebal...kenapa aku rasa begini..


Kalau haus boleh minum di sini,sachet 3+1 pelbagai perisa ada di jual .


Lama kami bergambar di sini...merenung laut yang keruh airnya,memang tak boleh mandi. Nak menjejakkan kaki di gigi air pun rasa tak sanggup.


Pasirnya tidak putih...warna kehitam-hitaman. Sampah ada di mana2,kawasan  tarikan pelancong ini tidak dijaga dengan baik. Hal ini yg membuatkan aku sedih sebenarnya. 



Merenung jauh nampak...acah2 bergambar ni


Tukang ajar cara bergambar pulak,tadi jadi tour guide hahahaha...pada muko ko pejah,camtu la kak emma masa kat Osaka hari tu


Tolong ...akak nak turun...
Haa...pandai naik pandailah turun ye hehehhe


Tak sampai hati den membiarkan jatuh tergolek,ada dua hari lagi nak jalan2 ni.Perut dah lapar masa ni,makanan hari ni sekadar alas perut ajelah,syukur daripada takde kan.


Berjaya turun akhirnya hehehhe


Gerai menjual rojak..tak berani nak try walaupun perut berkeroncong.Teringat pesanan tour guide masa ke Bandung dulu supaya tidak sebarangan membeli makanan di tepi jalan kerana dkhuatiri kebersihannya,kami disarankan makan di restoran yg dikhaskan sahaja. Masalah kalau sakit nanti.
Selepas mandi di hotel dan solat kami keluar makan nasi padang. Balik makan malam terus ke hotel je. Aku tak beli sim card,gunakan wifi hotel je. Nak dapat data dgn pantas kena duduk depan kaunter atau dari tingkat atas tu mengadap kaunter. Masa tu la nak mesej dan hantar gambar.
Kepenatan hari ni aku tidur dengan nyenyaknya. Kak Emma la kesian digigit kutu,terjaga je. Kena tukar tilam esok pagi ni. Bayar hotel ni idr 400 ribu utk 2 malam. Bangunan ni dahulu digunakan untuk menempatkan mangsa tsunami ,bangunan palang merah....ala hospital la. Paling murah ni yg ada rm150 melalui booking.com
Apapun banyak pengalaman dan pengetahuan yang kami dapat hari ni. Yg penting happy sepanjang perjalanan ni,lawak jenaka dan usik mengusik mengeratkan silaturahim.

No comments:

Post a Comment