Wednesday, 26 October 2016

RATNASARI KE KUALA LUMPUR


Perjalanan bersama Ratnasari diteruskan ke Kuala Lumpur pada 15 September 2016. Rancangan hari ini hendak ke Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas.


Jam 9.30 pagi ni singgah sekejap melihat tempat kerja.Banyak dugaan hari ni,di Klang Sentral tiba-tiba amaran kecemasan bateri dan hand break menyala..kereta dibawa ke bengkel berdekatan. Kemudian kami dihantar ke stesen komuter Shah Alam. Plan asal memang aku hendak parking kereta di sini. Aku meminta kereta disiapkan petang ini juga.


Menunggu komuter 


Alhamdulillah dugaan hari ini dapat diatasi dengan tenang.Kami sudah berada di dalam komuter dan akan ke KL Sentral pula.


Nak menaiki LRT. Percuma hari ini untuk ke Menara KL kerana esok cuti umum sempena Hari Malaysia


Berdiri je di dalam LRT kerana ramai orang dan tempat duduk tiada yang kosong


Menara Kuala Lumpur ialah sebuah menara terletak 515 meter dari aras laut dengan ketinggian 421 meter. Menara Kuala Lumpur terletak di kemuncak Bukit Nanas 94 m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 1 Oktober 1996. Menara ini merupakan bangunan komunikasi ketujuh tertinggi di dunia.


Pertama kali aku ke sini seumur hidup ini...dengan Ratnasari. Dari stesen LRT tadi kami terpaksa berjalan mendaki Bukit Nanas ni..teksi tak mau membawa kami kerana bagi mereka sangat dekat.


Sempat lagi berselfie dan senyum sedangkan sudah kehabisan tenaga pada kaki ni


Tiket dua orang RM85.00,Ratna menggunakan pasport kerana hanya warganegara Malaysia sahaja ada diskaun.Pilihan pakej selain obversation deck ini juga permainan simulator.


Ratnasari dan kertas ajaibnya hehhe


Boleh melihat seluruh KL 


Ada kedai cenderamata juga di sini


Menara ini lebih tinggi berbanding Menara Berkembar PetronasKuala Lumpur kerana terletak pada di kemuncak 94m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur dibina sebagai menara komunikasi untuk mempertingkatkan khidmat telekomunikasi dan sistem pemancar. Di sini siaran radio RTM iaitu Klasik NasionalMuzik FMKL FMTraXX FMAi FMMinnal FMAsyik FM, televisyen RTM1 dan RTM2 milik Radio Televisyen MalaysiaNTV7 milik Media Prima Berhad dan TV AlHijrah milik Al Hijrah Media Corporation siaran UHF dapat diterima sehingga 40km jauhnya.

Menara Telekomunikasi Kuala Lumpur ini merupakan menara telekomunikasi yang ketujuh tertinggi di dunia di belakang Menara CN di Kanada pada ketinggian 553m, Menara Ostankino di Russia setinggi 537m, Menara Shanghaidi Negara China dengan 468m tinggi, Borj-e Milad dengan ketinggian 435m di Iran, dan Tokyo Sky Tree dengan ketinggian 634m di Jepun.[2] Menara 421 meter tinggi ini mula dibina pada tahun 1993 dan siap pada 1996. Di bawah menara ini terdapat kedai cenderamata, panggung mini, panggung terbuka, mini zoo, restoran dan Kampung Budaya 1Malaysia.

Sumber:wikipedia


Contoh menara di seluruh dunia


Ratnasari masih dengan kertas ajaibnya 


Beli satu cenderamata


Simulator F1...pening je tak boleh lama main ni

 
Ratnasari suka main simulator F1


Konon je nak bergambar


Makan roti nan cheese dan jus buah dan milo ais


Kenapa kaki tu Ratnasari? Sudah letih ya??


Menara Berkembar Petronas menjadi bangunan tertinggi di dunia sehingga siapnya Taipei 101 pada tahun 2004, seperti yang diukur hingga ke atas komponen strukturnya (kemuncak, bukan antena).[5] Puncak (spire) dianggap sebagai bahagian penting dalam reka bina bangunan, dan jika diubah boleh banyak mengubah rupa dan reka bina bangunan, manakala antena boleh dipasang atau dicabut tanpa memberi kesan kepada rupa bangunan. Menara Berkembar Petronas masih merupakan bangunan berkembartertinggi di dunia.



Menara Berkembar PETRONAS di Kuala LumpurMalaysia ialah sepasang menara berkembar yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Burj Khalifa dan Taipei 101. Sungguhpun begitu, kedua-dua menara ini masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia dan juga merupakan bangunan tertinggi pada abad ke-20. Kini, Menara Berkembar Petronas merupakan bangunan ke-11 tertinggi di dunia. Menara Berkembar Petronas memegang gelaran bangunan tertinggi dari tahun 1998 hingga 2004 dari segi ukuran dari aras pintu masuk utama hingga atas struktur, iaitu rujukan ketinggian asli yang digunakan oleh pertubuhan antarabangsa Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandarsejak tahun 1969 (tiga kategori ketinggian tambahan diperkenalkan ketika menara ini hampir disiapkan pada tahun 1996).[3] Menara berkembar ini merupakan mercu tanda dan ikon Kuala Lumpur, bersama-sama Menara Kuala Lumpur yang terletak berdekatan.

Sampai di bengkel kereta sudah hampir 10 malam. Selepas makan malam kami bertolak ke Melaka.Ratnasari tidur sepanjang perjalanan ke Melaka.Aku masih bertahan memandu. Syukurlah perjalanan ke Melaka dipermudahkan Allah.

No comments:

Post a Comment