Perjalanan ke Pulau Pangkor pada 29 Julai 2016 ini tidak dirancang lebih awal,dua hari sebelum bertolak kawan bertanyakan sama ada aku free dan boleh sama membantu aktiviti di sana nanti.
Dengan menaiki dua bas dari Sungai Burong ke Jeti Lumut pada jam10.30 pagi,tiba di jeti 12.30 tengah hari.
Makan nasi yang dibawa di perhentian bas ini.
Sudah banyak perubahan di jeti Lumut ini. Kali terakhir aku pergi ke Pulau Pangkor ialah pada tahun 1993,tamat sekolah menengah kami mengadakan rombongan dengan guru kelas.
Teruja ingin melihat lebih banyak perubahan di Pulau Pangkor.
Tiket dewasa RM10.00 sahaja utk pergi balik. Feri bertolak pada jam 3.30 petang.
Aku naik ke atas feri utk melihat pemandangan laut.
Jeti yg kedua barulah sampai di Pulau Pangkor,kalau silap turun di jeti pertama mesti tak sampai le. 20 minit dah sampai di Pulau Pangkor.
Bawa bagasi kecil je ada roda senang nak tarik. Backpack satu je utk barang peribadi seperti kamera,powerbank dn banyak lagi la.
Van pink membawa kami ke tempat penginapan. Boleh muat 8 orang dewasa ni,takde aircond pun van lama..
Termasuk aku dan pemandu 11 orang,bersempit la sikit kan.
Chalet tempat aku menginap dengan kawan2 yg lain. Ada satu katil queen,tilam extra ada di dalam almari. Air kuat takde masalah sepanjang bermalam di sini. Aircond pun berfungsi dengan baik. Pantai Ceria Bogak nama tempat ni.
Pelajar tidur di dalam khemah.
Aktiviti snorkeling petang ni...pakai life jacket dulu utk keselamatan.
Bot yg membawa kami ke tempat snorkeling.
Di atas bot..tak sabar nak masuk dalam air ni...
Pantainya bersih dan bilik kami tak jauh dari pantai,betul2 mengadap pantai...
Setiap kumpulan tak melepaskan peluang utk bergambar di atas bot masing-masing.
Dah belajar cara2 menyelam dan mengunakan gogal tapi tak biasa kan...dua kali je aku menyelam dan nampak ikan..tak dibenarkan memegang ikan dikhuatiri cedera kerana duri ikan tu.
Dah sejuk dan pening ...terbau minyak bot tadi tu la..Pulau Giam nama tempat snorkeling ni. 10 minit je naik bot. Dalam perjalanan tu nampak batu berbentuk kepala ikan paus dan buaya.
Ni kat tengah laut,bulan feb atau masa tahun baru cina akan kelihatan beting pasir di tengah laut ni,sebab tu boleh berdiri sekarang ni. Bukti kekuasaan Allah.
Aktiviti water confidence,apungkan badan di permukaan air. Selepas itu barulah dibenarkan menggunakan kayak. Pertama kali berkayak dan aku diajar cara menggunakannya oleh rakan sepasukan,aku duduk di bahagian depan.
Jungle trekking dilaksanakan pada hari kedua. Lebih dua jam jugalah dalam hutan ni.
Aku membawa sebatang kayu utk memudahkan pendakian,cengkaman lebih kukuh.
Banyak halangan terpaksa ditempuhi antaranya,batang kayu mati yg menghalang laluan,tanah cerun dan berlubang,syukurlah berjaya diatasi semua tu.
Akhirnya selesai aktiviti petang ni...berpeluh satu badan..senyum puas.
Hari terakhir dah nak balik..sempat membina istana pasir dan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang aktiviti berkumpulan.
Sampai jumpa lagi Pulau Pangkor....September aku akan datang lagi dengan seseorang nun jauh dari seberang. Dah siap booking chalet di sini sebelum tau akan sampai dahulu bulan Julai ni. Kita merancang dan ALLAH juga merancang...Rancangan Allah yg terbaik.
No comments:
Post a Comment