30 Oktober 2016 hari kedua di Hatyai....pergi sarapan dulu di Kedai Makan Kelantan.
Dari luar kedai..ramai orang Islam terutamanya dari Malaysia makan di sini.
Ruang dalam kedai makan.
Aku makan nasi kerabu lauk ikan kayu dan air teh tarik. Harga 80 baht.
Seterunya ke kedai Kaysorn Souvenir. Ingatkan ada t shirt harga murah2 seperti semalam tapi di sini lebih mahal la pulak,t shirt saiz M selepas diskaun 10% harganya 126 baht...emm lebih mahal daripada di Floating Market. Aku tak beli apa2 di sini,hanya window shopping je,kawan2 trip busy memilih barang di sini.
Seterusnya kami ke Songkhla..ada Pantai Shamila di sini.
Replika ikan duyung ni dibina berdekatan dengan pantai. Tak sah kalau tak ke sini dan bergambar dengan ikan duyung berwarna emas tu.
Pantai Shamila ini bersih,hujan renyai dan suasana sejuk,takde orang yg mandi laut pagi2 ni.
Ikan duyung menjadi tumpuan pelancong yg berkunjung ke pantai ini.
Bergambar dalam kesejukan...brrr
Kuda utk disewa juga ada di pantai ni.
Beli aiskrim ada isi kelapa,kacang,buah kabung,pulut dan lobak. Harga 35 baht.
Kemudian pergi ke taman yg ada replika kepala naga. Naga ini dianggap pembawa tuah oleh orang Siam kerana mereka menganggap naga memberikan sumber air dari bawah tanah.
Di sini ada kepala naga, dua tempat lagi ada badan dan hujung ekor naga...tiga tempat berasingan menunjukkan panjangnya naga ni. Kemudian ke kawasan burung merpati dan monyet. Aku tak turun sebab nampak dari luar bas je.
Taburkan padi dan burung akan datang berkumpul begini. Makanan burung ada dijual di gerai berhampiran.
Ini yang aku tunggu2 iaitu nak naik gajah. Nama tempat ni Chang Puak Camp.
Banyak pakej yang disediakan di sini. Aku memilih pakej A Elephant Riding harga 500 baht seorang.
Gajah di beri makanan oleh pekerja.
Lima ekor gajah bergerak serentak. Masa nak masuk ke dalam kolam ni aku rasa cuak sangat,kot la gajah tiba-tiba main sembur air dan berendam pulak kan. Ada jurukamera menunggu untuk mengambil gambar kami.
Gajah yang aku tunggang ni menderam marah dengan gajah yang di hadapan tu. Seram rasanya nak cepat turun je.
Ada yang duduk sambil menjual makanan.
Tak nampak gajahnya,tapi kami memang duduk di atas gajah ni.
Sebelum gajah menderam marah
Ini gambar yang aku beli selepas selesai aktiviti riding. Harga sekeping gambar dan frame 200 baht. Free sepinggan kecil buah yang dah dipotong iaitu nanas dan tembikai.
Dah tiba makan tengah hari pulak. Makan secara buffet ni boleh makan apa-apa sahaja dengan bayaran 180 baht sahaja.
Akma sedang membakar sotong,daging,dan ayam.
Tempat makannya luas dan banyak meja yang disediakan.Duduklah mengikut pilihan sendiri.
Ada dua meja panjang yang penuh dengan pelbagai jenis makanan sama ada makanan mentah dan makanan siap
masak.
Stimboat pun ada,aku pilih ketam,udang dan ikan,lepas tu direbus dn cicah dengan sambal.
Ada wifi tapi masa aku cuba nak menggunakan tu susah pulak nak dapat line.
Muka senyum dah kenyang,dua jam kat sini. Makan sampai lebam.
Inilah restorannya....kedai makan muslim Thai.
Seterusnya ke Museum 3D..di luar je bergambar sebab duit tinggal ciput utk membeli t shirt takut tak cukup pulak. Nak masuk sini bayar 400 baht.
Kami pergi jalan2 di Asean Night Bazaar. Cari t shirt Hatyai takde di sini,semua pakaian biasa je,kasut dan beg ada banyak dijual di sini.
Pakaian kanak-kanak pun ada ,harga boleh tahan juga la.
Akhirnya kami membeli makanan di hadapan Museum 3D ni.
Sistem pembelian di sini menggunakan kad,bayar dahulu kad kemudian baru memilih makanan yg dikehendaki di mana-mana kiosk. Penjual akan scan kad itu dan mengeluarkan resit pembelian. Akma membayar 400 baht,baki boleh refund di kaunter .
Aku membeli pulut mangga 50 baht dan air green tea 35 baht. Akma membeli lempeng pisang coklat 30 baht.
Dah siap membeli makanan kami terus masuk ke dalam bas dan bergerak ke hotel. Selepas solat kami keluar utk mencari t shirt. Hampa tiada sebarang kedai menjual t shirt Hatyai di kawasan hotel kami tu.
Jauh juga berjalan dalam cuaca masih hujan renyai. Kedai makan masih banyak yang dibuka. Suasana malam di sini tak sesibuk mana pun. Berjalan kaki balik ke hotel.
Esok pagi bangun 4.30 pagi terus mengemas beg pakaian. Bertolak jam 8.30 pagi kerana masalah bas,sarapan pagi di kedai makan Kelantan. Berhenti di Danok utk shopping menghabiskan baki duit baht yg tinggal. Aku membeli pulut durian 100 baht,t shirt dewasa saiz M 3 helai ,harga 100 baht setiap satu,t shirt saiz L sehelai 150 baht,t shirt kanak-kanak pula 2 helai dengan harga 100 baht setiap satu,buah berangan 5 bungkus berharga 25 baht sebungkus dan kacang thai 3 paket 300 baht.
Selepas masuk imigresen terakhir aku membeli jagung pulut 20 baht dan pelam 30 baht.
Berhenti di rnr gurun utk makan tengah hari kemudian petang di rnr Sg Perak.Dijangka sampai di KL Sentral pada jam 10 malam.
No comments:
Post a Comment