Yeahhh hari kelima di Osaka..esok dah nak balik Malaysia. Sejak 26 Nov 2015 hari pertama sampai di Osaka alhamdulillah masih sihat dan bertenaga nak jalan2.
Sarapan nasi berahim kak emma pagi ni,keluar 8.30 pagi naik train kemudian jalan kaki lebih kurang 5 minit ke Nara Park.
Gambar temple yg akan dibaik pulih..
Seronok dan bersemangat...
Nara Park...world heritage
Disambut dengan rusa2 yang jinak...tanduk rusa sudah dipotong untuk keselamatan pengunjung
Berani2 takut ...manalah tau kena tendang dgn rusa
Makcik ni menjual ubi keledek Jepun yg manis...sebiji 100 yen,kami makan bertiga,kak emma bayar heheheh
Biskut untuk rusa tu boleh dibeli dgn makcik yg menjual ubi keledek tadi
Kawasan Nara Park ni sangatlah luas tapi kami tak boleh lama2 di sini banyak lagi misi yg belum selesai..sepatutnya tempat ni masa hari pertama lagi tapi ada rakan group yg sesat jadi dibatalkan kerana masa tak cukup. Shopping tak ingat dunia namanya tu.
Kawasan sekitarnya cantik dn penuh bersejarah...Nara pernah menjadi ibu kota Osaka...
Penjual ubi keledek manis...
Heii rusa ko nak jugak bergambar ye..cantik lobang idung ko..bau badan ko pagi2 ni sedap sangat
Kuning keemasan dn manis menyelerakan..pagi2 perut memang lapar je
Rusa di taman ni dibiarkan bebas di
mana2...jinak,manja dan suka sangat kalau dapat makanan,hati2 nanti habis makanan kita dirampas
Kedai menjual cenderamata di kawasan taman
Pokok berdaun kemerah-merahan yg mengujakan mata memandang. Apalagi kami berposing sampai lebam
Alamak ada taik rusa dan dah terpijak pulak...kena ketawakan dgn kak emma n fawwal... Tapi tak lama lagi ketawa besar kat dlm train,apa taknya kak emma terpijak taik rusa dn bau kuat smpai aku nak muntah,pastu tak mengaku pulak,tengok tepi kasut terserlah la taik rusa tu...hahahhaha aku nak alih tempat dia tak bagi pulak nanti malu kat org katanya..pehh
Bergambar semula dn lupakan kasut yg ada taik rusa tu...
Bagi masa satu jam je kat sini...rasa nak lama lagi meneroka seluruh kawasan..setengah hari pun belum cukup ni
Ada pulak yg rajin tolong ambikkan gambar...pastu tukar2 pulak,jangan biarkan org ambik gambar kita je biarlah kita tolong org pulak...
Kak emma sentiasa ada idea cara nak bergambar,aku main hentam aje ikut suka
Yg penting kawasan sekitar ni sangat cantik
Air dah kering kat tempat
Poning kepala dah tak tau nak bgaya camne
Kat belakang tu ada prewedding
Masa ni perutku tiba2 berkeroncong semula...ada roti dn coklat dalam beg..air mineral memang sentiasa dibawa
Kenangan yang tak mungkin kulupakan kerana Jepun ialah negara impianku sejak kecil lagi
Beberapa hari di negara matahari terbit ini aku kagum dgn sikap menghormati org luar terutama para peniaganya,penjagaan kebersihan dn sikap amanah mereka
Sejak Jun aku sudah menempah tiket flight..RM1950 return flight,makan pergi balik,bagasi 20kg pergi balik dn insurans.
Pertama kali beli tiket flight mahal..takpelah nak sangat ke Jepun ni..takde sesiapa yg suruh..semua tu drpd Allah jg
Rasa nak dok dalam tu bgambar hahahha
Pemuda sado dn tampan yg menarik lanca mengelilingi taman ni
Di dalam teksi nak pergi stesen kereta api...siapa kat depan tu ye,yg pasti bukan aku la
Fawwal dah keletihan berjalan di taman..mesti lapar ni
Pintu teksi terbuka sendiri dgn kawalan pemandu teksi
Alhamdulillah dah sampai tujuan..,satu2nya masjid di bandar Kobe
Masjid yg telah dibaikpulih dari setahun ke setahun
Agak besar juga dgn menyediakan ruang solat dn aktiviti masjid
Bangunan pejabat di dalam masjid
Banyak sangat bilik kat bangunan solat wanita ni
Tandas di Jepun ni ada air je,automatik keluar air selepas digunakan.
Minuman percuma untuk pengunjung yg baru sampai
Kasut siapa tu tak kemas ..org Jepun ni susun kasut dgn kemas macam beratur pun dh jadi amalan di mana2
Tangga menuju ke dewan solat
Gambar masjid ni selepas Perang Dunia Kedua..tak musnah walaupun bom atom telah menghancurkan rumah penduduk. Kuasa Allah dan kebesaranNya
Meja di depan pintu masuk
Kak emma masih mencari pose terbaik hahahha
Bangunan tambahan berdekatan masjid
Fawwal merupakan anak murid yg patuh dgn arahan kak emma hahahaha
Tetap sabar dgn pelbagai ideanya
Mereka berdua masih tak turun2 lagi...aku malas dah nak bergambar di tempat yg sama berulang kali
Tempat kediaman petugas masjid
Jalan di hadapan masjid...bersih je
Tour guide kami dipaksa melayan kak emma berpose sakan hahahhaaha
Lagi pelbagai gaya drpd kak emma...aku saja je dok jauh hehehehe
Fawwal nak jugak bgambar depan ni ye
Restoran Pakistan..,lapar nak makan,nampak tak muka kami dah lapar tu
Dapat tisu basah utk lap muka bagi segar bugar
Berbincang menu nak makan...nak makan beriani kambing,aku tak makan ayam
Susahnya membuat pilihannya ye...
Kami tinggalkan kedai makan tadi walaupun makanan belum siap kerana hendak mengejar masa menaiki cable car di Mt Rokko,masa tutup jam 5 petang dn sekarang sudah 3 petang. Hujan renyai ketika melalui jalan ini. Nasi beriani yg dipesan akan diambil kemudian dn kami membayar terlebih dahulu.
Nunobiki Herbs Garden Mt Rokko
Gerbang utama menuju ke lif
Laluan ke Nunobiki Herbs Garden
Hujan agak lebat juga waktu ni..kami org yg pertama sampai di sini dengan berjalan kaki dari kedai makan tadi
Peta kawasan menarik di Mt Rokko
Sebelum menaiki cable car terdapat kedai menjual pelbagai produk daripada herba.
Bergambar kenangan di sinj
Pelbagai produk herba yg diproses dn dibungkus cantik
Kak emma tak melepaskan peluang bergambar di sini
Produk berasaskan herba tersusun rapi
Tour guide kami membeli tiket cable car
Laluan ke tempat cable car
Antara pasangan keluarga yg menyertai group ke Jepun
Arahan laluan untuk pengunjung
Kak emma dengan tiket cable car
Cable car sudah bergerak,kelihatan pokok-pokok dari atas cable car
Hujan renyai ketika ini tapi semua itu tidak mematahkan semangat kami untuk sampai ke puncak
Bangunan mula-mula kami naik tadi
Gembira berselfie di dalam cable car
Pengalaman di Jepun yang tak mungkin dapat kulupakan
Kak emma masih dengan pelbagai gaya selfienya
Kami naik dan ada yang turun
Bangunan pencakar langit di Kobe
Tak boleh nak senyap sebab sibuk berposing
Guru fotografi kami di Jepun hahahhaha
Air terjun jelas kelihatan dan menarik sekali apabila dilihat dari atas
Sudah kesejukan di atas ni..apa yg menarik sedang menanti di puncak tu agaknya?
Terima kasih ya Allah kerana memberi aku peluang ke negara impianku ini.
Teringat Langkawi
Inilah dia taman herba yang kami mahu lihat.. Banyak bunga2 cantik di sini
Bangunan kedai menjual makanan dan herba
Hujan renyai tidak mematahkan semangat untuk berjalan..entah bila akan ke sini lagi
Pukul 6 petang kami turun dan sudah menggigil. Tour guide dn rakan travel tolong mengambil nasi dari kedai makan tadi. Aku sempat membeli air tin panas dari mesin gedegang ...sejuk sampai ke tulang...sampai di hotel lebih kurang jam 9.30 malam...bersihkan diri,mengemas pakaian dan tidur..
No comments:
Post a Comment