7 Mei 2016...Dah nak balik ke Malaysia
hari ni tapi sebelum tu kami ke Muzium Acheh dulu.Siap dah check out hotel dan sarapan pagi. Menu yg sama juga,tak mengapa asalkan kenyang.
Seperti biasa Pak Safriyal setia menemani dengan mengambil gambar kami,takde pun dalam itinenary kerja ambil gambar ni,terima kasih sangat,semoga bisnes semakin maju dan ramai pelancong memilih khidmat Riyal Aceh Tour ni.
Banyak skrin tv diletakkan di dalam ni yg menunjukkan sejarah Acheh khususnya kejadian tsunami yg berlaku pada tahun 2008
Saat memasuki tempat ini akan melalui kawasan berair dan terdengar bunyi ombak,air mencurah..rasa sejuk sangat...kemudian suara zikir lailahaillallah...berterusan sepanjang nak memasuki kawasan ni.
Begitu nama mangsa tsunami terpapar di dinding ini. Aku rasa sebak tapi masih dapat menahan airmata ini.
Ini nama yg meninggal dunia dan diketahui kuburnya,tapi ada juga yg hilang dan tidak diketahui di mana..hanya Allah yang tahu.
Jambatan menghubungkan tingkat bawah ke tingkat 1,di atas syiling terdapat 52 bendera negara yang membantu Acheh ketika tsunami.
Muzium Tsunami Aceh adalah sebuah Muzium yang dibina khas untuk mengenang kembali peristiwa tsunami yang dahsyat yang menimpa Nanggroe Aceh Darussalam pada tanggal 26 Disember 2008 yang menelan korban lebih kurang 240,000 0rang. Rekabentuk “Rumoh Aceh Escape Hill” ini telah dilhamkan oleh Arkitek M Ridwan Kamil .Pada tanggal 23 Februari 2008 Presiden RI Susilo Bambang Yudhoyono telah berkunjung ke Aceh untuk merasmikan Muzium Tsunami Aceh di lapangan Blang Padang Banda Aceh. Bangunan megah Muzium Tsunami nampak dari luar seperti kapal besar yang sedang berlabuh. Sementara di bahagian bawahnya terdapat kolam ikan.
Bergambar dulu sebelum melihat dokumentari selama 15 minit.
Dah keluar dari bilik yg memberikan peluang kepada pengunjung untuk melihat dokumentari tsunami. Di dalam inilah aku tak dapat menahan airmata ini daripada terus mengalir.
Kematian bila2 masa sahaja,kita tak tau bila,di mana,dengan siapa,apa punca...kematian husnul khatimah yg kuharapkan.
Ya Allah ..Kau Maha Berkuasa ,kami hambaMu yg berdosa,ampuni dosa kami yg terlalu banyak umpama buih di lautan ini.
Masjid Baiturrahman tetap kukuh bertapak di bumi Acheh saat ombak tsunami memusnahkan segala-galanya.
Ketinggian ombak tsunami hampir mencecah pokok kelapa.
Dah keluar dari muzium,Faezah membeli air vanila coklat
Lama tak mengadap telefon ni dari pagi tadi.Kami makan tengah hari di airport Acheh je. Aku makan mi segera,ingatkan mi yg digoreng tu.
Nak balik Malaysia dah....selamat bertemu kembali Acheh..
No comments:
Post a Comment