28 Oktober 2016 hari Jumaat memulakan trip ke Hatyai,Thailand dengan Bahtera Kembara Holidays,agen pelancongan yang sama ketika ke Singapura baru-baru ini.
Parking kereta di NU Sentral je. Kadar parking sehari RM8.00. Kebetulan hari Jumaat ni cuti sempena Deepavali.
Menunggu masa berkumpul jam 9.00 pagi.11.48 malam bas memulakan perjalanan,kelewatan dua orang penumpang menyebabkan perjalanan yang sepatutnya jam 9.30 malam dilewatkan. 5.15 pagi sampai di rnr Gurun,Kedah.Sarapan nasi lemak pun tak habis sebab sakit kepala sejak malam tadi lagi. Sebelum masuk bas aku muntah.
8.15 pagi dapat kad immigresen,agen Bahtera dah siap taip maklumat aku pada kad tu. Cop pasport di immigresen Malaysia.
11.30 pagi masuk ke Thailand. Beratur panjang utk cop pasport. Selitkan duit RM2.00 seperti yg diarahkan,kalau tak letak nanti memang pegawai immigresen Thailand akan minta wang tu. Di Malaysia ada juga masukkan duit dalam pasport tapi pegawai tu tak ambil. Bagus...bebas rasuah.Bas terus ke JPJ Thailand utk mendaftar kemasukan kenderaan ke negara ini. Kalau tak daftar boleh dikenakan denda RM1k. Keperluan lain utk memudahkan membuat laporan jika berlaku kemalangan atau kehilangan kenderaan.
12.50 tengah hari sampai di Nora Plaza,di sini ada menjual barangan kulit,beg tangan,dompet,tali pinggang,key chain,t shirt Hatyai dan banyak lagi cenderamata.
Aku tak beli apa-apa di sini. Harapan ada tempat lain yang lebih murah utk membeli t shirt nanti.
Aiskrim Hatyai...teringin nak beli tapi khuatir tidak halal.
Ada tour guide orang Yala Thai yg memberi penerangan di dalam bas kepada kami. Raja Thai baru sahaja mangkat pada 13 Oktober baru-baru ini. Thai masih dalam suasana berkabung,pemakaian baju hitam digalakkan selama setahun bagi menunjukkan perasaan sedih dan sayang kepada raja mereka.Orang Thai yg beragama Budhha biasanya akan memberikan makanan setiap pagi kepada sami yg datang ke rumah mereka.
Makan tengah hari di kedai makan Kak Sah Muslim Kitchen.Perut aku dah berkeroncong sejak di Nora Plaza lagi. Terbayang makanan panas dan lauk tomyam.
Inilah kedai makannya. Parking agak sempit jadi kami berjalan sekejap menyeberang jalan.
Lauk yang siap dimasak memang banyak tapi semuanya berasaskan ayam. Takde ikan goreng pun. Sayur semua ada ayam. Jadi menu pilihan aku hanyalah nasi,telur dadar,telur masak lemak kuning dan air teh ais.Makanan 45 baht dan air 15 baht.
Taman di hadapan kedai makan. Persekitarannya banyak sampah,sana sini kulihat ada sahaja sampah. Apakah tiada pekerja mengutip sampah di bandar pelancongan ni?
Taman permainan yg tidak dipelihara dengan baik kerana banyak kerosakan juga sampah di mana-mana sahaja.
Longkang juga banyak sampah dan air berbau busuk.
Tempat seterusnya kilang kacang. Aku membeli jambu batu kering 95 baht.
Check in Hotel PB dan bilik 301. Mandi dan tukar pakaian utk perjalanan seterusnya.
Bilik luas dan cantik...
4.15 petang berkumpul di luar hotel.
Tuk tuk ini kenderaan awam menggantikan teksi. Boleh gunakan ke mana-mana je dan bayaran minimum 20 baht seorang.
Perjalanan ke Floating Market. Banyak wayar elektrik berselirat di sepanjang perjalanan ni.
25 minit sampai di Floating Market yg diwujudkan sejak 7 tahun lalu. Tempat ini menjadi ikon pelancongan di Hatyai.
Gerai makanan banyak di dirikan di bahagian atas ni. Floating Market dibuka mulai jam 4.00 petang dan ditutup pada jam 9.00 malam.
Ini pula bahagian bawah..penjual makanan berada di dalam sampan,memasak dan menjual makanan dari situ. Semua penjual orang Thai muslim.
Pengalaman pertama melihat suasana pasar terapung. Alhamdulillah. Kegigihan mereka berniaga memang terbaik la.
Kalau ikutkan semua makanan aku nak rasa sebab nak tau sedap ke tak..semua macam sedap je,sempat beli otak2 udang 20 baht,sedap sosnya dan bekas daun pisang sebagai alas makanan.
Pakcik ni menjual takoyaki lala. Harganya 20 baht. Takoyaki bersalut dengan telur dadar.
Makcik ni menjual air kelapa dan laici. Aku membeli air kelapa harga 30 baht,bekas tembikar bentuk hello kitty tu boleh diambil terus.Kelapanya tua je.
Beratur nak membeli ye..orang memang ramai sangat,pilihan makanan banyak pulak tu. Dua kali aku berjalan melihat jenis makanan yg ada.
Pelbagai jenis nasi pun ada dijual.
Apa maksud tulisan Thai di belakang tu?
Inilah makanan yg aku beli tu. Takoyaki lala dan otak2 udang.
Hari dah gelap dan kami naik ke jambatan utk bergambar.
Floating Market dari atas jambatan.
Banyak kedai menjual cenderamata seperti key chain dan t shirt. Aku membeli t shirt kanak-kanak harga 100 baht sehelai. Pencil case 3 unit harga 100 baht dan key chain 6 unit satu set dengan harga 100 baht.
Hujan renyai masa ni..nak berjalan pun rasa tak selesa.
Pilih2 t shirt tapi tak sesuai,masa berkumpul dah hampir kemudian hujan makin lebat pulak,kepala aku pusing tiba2,rasa nak memilih t shirt lagi pun takde.
Kalau nak beli t shirt Hatyai di sinilah paling murah,aku ingat ada lagi tempat lain yg murah esok hari..hampa dah takde yg harga macam di sini. Menyesal juga tak beli t shirt di sini. Tapi keadaan aku yg tak stabil dan cuaca hujan masa tu membantutkan niat tersebut. Nak t shirt Hatyai....fridge magnet pun tak dapat lagi ni ....sedihnya la.
No comments:
Post a Comment