Hari kedua di Acheh...banyak tempat lagi nak pergi hari ni. Malam pertama hilang towel,rupanya ada org terambil dan letakkan towel aku kat tempat lain. Kena kejut la Akma sebab di dekat dgn towel tu. Jam 2 pagi pulak tu,kak emma dah bangun nak solat tahajud.
Bilik kami ada 4 katil single.
Taman Putroe Phang (Taman Putri Pahang) adalah taman yang dibangun oleh Sultan Iskandar Muda (1607-1636) untuk permaisurinya Putroe Phang yang berasal dari Kerajaan Pahang. Taman ini dibina kerana sultan sangat mencintai Putri Pahang dan sang permaisuri tidak kesepian apabila ditinggalkan oleh sultan ketika menjalankan pemerintahan.
Pembangunan taman dikisahkan merupakan permintaan daripada Putroe Phang, putri raja yang dibawa ke Aceh oleh Sultan Iskandar Muda setelah kerajaan Pahang ditakluk oleh baginda.
Di dalam taman ini terdapat Pinto Khop iaitu gerbang kecil berbentuk kubah yang merupakan pintu yang menghubungkan taman dengan istana. Pinto Khop ini merupakan tempat beristirahat Putri Phang, setelah lelah berenang, letaknya tidak jauh dari Gunongan, di sanalah dayang-dayang membasuh rambut sang permaisuri. Di sana juga terdapat kolam untuk sang permaisuri keramas dan mandi bunga.
Begitu teruja melihat binaan ini pagi ni...putih sepuh kata orang kelate,dari tepi jalan raya dah nampak binaan putih ni.
Catatan sejarah tempat permainan permaisuri dan dayang-dayangnya.
Hilang gayat memanjat ke mendaki ,nasib ada tangga kan. Berpeluh jugalah nak sampai ke puncak.
Tahap kedua tinggi la ni,nak sampai kat pucuk atas tu takde tangga pulak...pak safriyal dgn sportingnya ambik gambar kami dari bawah..
Paling banyak bergambar di atas ni..tempat lain mana ada binaan macam ni,tanda cinta raja Acheh kepada permaisuri baginda yg berasal dari Pahang.
Main cak-cak kot orang zaman dulu kat tempat ni.Hanya utk perempuan saja ye
Pakai go pro ni luas sudut yang diambil
Ada terowong misteri sikit ..banyak lubang la ada tangga nak masuk ke dalam..seronok kot main2 dengan dayang2 kat sini dulu
Pintu keluar macam penjara pulak
Tanda wisata Banda Acheh yg menjadi kebanggan rakyatnya.
Khusyuk membaca tak sedar ada orang mencuri ambil gambar hahahha
Sudut menarik katanya...candid camera
Melihat dari dalam kereta sahaja,kubur mangsa tsunami di satu kawasan padang tanpa batu nisan.
MASJID BAITURRAHIM
Masjid Baiturrahim..solat dhuha di sini. Masjid ini mengalami sedikit kerosakan pada bahagian belakang masjid tapi masih berdiri gagah walaupun tsunami ganas menggila.
Bahagian dalam masjid ,air masuk sebentar kemudian keluar semula pada masa tsunami. Hari Jumaat masa ni ada petugas menyiapkan sejadah dan menyapu lantai masjid.
Akma di hadapan papan tanda masjid.
Laut yang indah ...kawasan depan telah ditambak dengan batu2 besar. Selepas tsunami kawasan ini musnah teruk tetapi kini menjadi kawasan wisata yg menarik selepas dibangunkan oleh kerajaan Acheh dengan bantuan negara luar.
Pada waktu petang tempat ini dipenuhi gerai menjual makanan dan kerusi utk pelanggan. Kerusi ni baru sahaja diletakkan oleh penjual makanan.
Cantik dan mendamaikan kawasan sekitarnya.
Seterusnya ke kampung berhampiran masjid Baiturrahim utk melibat kubah masjid yg dihanyutkan sehingga ke kawasan kampung.Kubah terapung gelarannya.
Tempat yang wajib dikunjungi di Acheh. Di sini dibina tandas dan penduduk yang menjual cenderamata juga hasil kraf tangan seperti senduk,sudu dan rantai tangan.
Kawasan sawah padi yang sudah menjadi padang.
Ambillah sudut apa-apa pun boleh asal happy kan
RUMAH PAHLAWAN WANITA ACHEH
Rumah pahlawan wanita Acheh yang terkenal pada zaman penjajahan British.
Rumah ini cukup besar dengan banyak bilik di dalamnya. Pejuang wanita Cut Nyak Chen.
Tempat Cut Nyak Chen berbincang dengan pembantunya.
Pintu kayu yang cantik berukir.
Salasilah keluarga Cut Nyak Chen
Dari atas rumah melambai pada bapak Safriyal hahahaha
Rezeki dapat bergambar dengan pengantin Acheh yang membuat pre wedding di sini.
Bergambar di tangga dapur rumah ni.
Rumah keturunan bangsawan Acheh..orang kaya zaman bahari ni
Cari oleh2 di sini,aku beli kek dan biskut je...banyak sangat rambang mata dan tak mau lebih muatan.
PANTAI LAMPUUK
Kedai menjual ikan bakar,nak makan tengah hari di sini
Beraksi dengan ikan yang bakal dimakan
Pondok makan mengadap pantai...bestnya
Sabar menanti hidangan tengah hari siap
Jom makan...perut sudah lapar sangat
Kebahagian menikmati hidangan dengan rezeki yang diberi oleh Allah
Makan tengah hari di Pantai Lampuuk
Menu kami yang enak,kerapu merah bakar dan kerapu kelabu bakar,sup sayur,sambal kicap dan air kelapa. Makan empat orang lebih kurang idr 160 ribu.
Sedap ikan merah ni segar je..isi kenyal2 dan tak kering sangat. Puas hati makan di sini.
Dah kenyang kami singgah di masjid Rahmatullah
Dalam perjalanan terlihat sawah pulak,berhenti sekejap nak bergambar
Sawah sudah dituai ni..banyak rumput je. Aku takut juga kalau2 ada ular kat semak tu. Yg lain happy je bergambar .
Pak Safriyal tetap sabar melayan kerenah pelanggannya.
Kedai menjual cenderamata
Faezah minat sangat dengan motor mini honda tu
Makan aiskrim di depan pasar raya. Penat berjalan mencari t shirt dan key chain. T shirt di dalam pasar raya ni mahal sangat,sehelai idr 100 ribu...wahhh tak patut ni ,aku mintak 5 helai utk idr 100 ribu,tapi penjual tak mau. Kak emma membeli telekung travel yg ada beg tu sebanyak 4 unit.
Sedap jugak la aiskrim ni. Tadi masuk kedai key chain terlalu panas takde kipas dan aircond. Aku rasa hampir pitam.
Gerai buah nak cari buah betik. Kami beli buah dulu sebelum makan malam.
Kak Emma dah dapat buah betik yang diinginkannya.Malam ni mengemas beg dan barang2 sajalah. Harap tidur lebih lena dan takde org tersilap towel lagi. Pengalaman lucu di Acheh yg mengeratkan silaturahim.
No comments:
Post a Comment