Monday, 14 November 2016

MASJID ITAEWON DAN SEOUL TOWER

31 MEI 2016


Pagi-pagi lagi sudah keluar untuk melihat Masjid Itaewon atau Sentral Central Mosque.Masjid pertama dan satu-satunya di ibu kota Korea Selatan.





Pintu gerbang masjid dari luar.


Nak sampai ke sini terpaksa berjalan kaki dari stesen train,lama jugaklah berjalan,agak letih kerana jalan berbukit.Kedai banyak yang tutup lagi.



Perkhidmatan bas di Korea.


Jalan raya pun lengang je.


Peringatan cara berpakaian sebelum memasuki kawasan masjid.


Cermin besar ini untuk memudahkan pemandu kereta keluar dari kawasan masjid.


Masjid ini dibuka untuk umum pada 5 Mei 1976.Selain menjadi tempat ibadah kaum muslim,masjid ini juga menjadi pusat kegiatan Islam di Korea Selatan.Seoul Central Mosque menjadi kebanggaan lebih daripada 45 ribu masyarakat asli Korea yang telah memeluk Islam.



Dua kalimah syahadah ditulis didinding ini,laluan kereta turun.Kena mendaki sikit untuk sampai ke perkarangan masjid.


Sempat bergambar dulu di luar masjid.


Masjid ini dalam bahasa Arab bernama Si'ul Al-Markaz.Terdapat tiga tingkat.Gambar di atas merupakan ruang solat utama.


Selepas berwuduk aku naik ke tingkat tiga untuk ruang solat wanita.Alhamdulillah sempat solat dhuha di sini.Teringat Kak Lim saat ini...dia dah tiada pergi dijemput Ilahi pada 1 Feb lalu.Semoga kau tenang di sana kak....Saat kau masih ada aku ke Jepun dan sekarang aku ke Korea pula.Tak pernah sedikit terlupa padamu kerana kita selalu jalan2 di negara sendiri.


Telekung dan sejadah ada disediakan di sini.Tu kawan sama travel juga,baru kenal tapi sangat ramah dan mesra orangnya.


Kedai-kedai dah mula dibuka..banyak kedai orang Islam di sini dan menjual produk Islam.Ejen umrah dan haji juga ada di sepanjang jalan.


Kebanyakan orang Islam membeli produk halal di kedai sekitar masjid ini.


Aiskrim ni dibeli di kedai kebab orang Turki.Aiskrim ni sedap lain daripada jenama aiskrim yang pernah aku rasa.Harganya 3000 won.Tak boleh tahan kalau nampak aiskrim ni mesti nak rasa keenakannya.Di Jepun dulu ada aiskrim green tea...sedap sangat.




Singgah ke kedai kasut,kawan membeli kasut di sini.Tapak kasut rata lebih sesuai kalau banyak berjalan.Kasut mesti ringan,kalau berat dan bertumit nanti akan menyeksa kaki kita.


Kami menunggu bas ni....lama tak muncul jadi bergambar ajelah kerjanya.


Dapat tempat duduk...


Enam orang ni dah saling mengenali sebelum ke Korea ni,aku banyak jalan2 dgn merekalah,dah sorang2 ikut travel ni,tak sampai sebulan pun aku plan nak pergi.Mereka ni happening sangat dan suka selfie..hehehe memang terhibur la masuk group ni.Terubat jugalah kesedihan ni.


Kami naik bas ni nak pergi Seoul Tower.Sekejap sangat di dalam bas lebih kurang 15 minit.Tak sempat nak membuta.



Cantikkan ada bunga pada dinding kayu tu..tu tandas sebenarnya.
Tempat pertama aku masuk selepas sampai di Namsan.



Tu dia Seoul Tower di belakang kami...jauh lagi nak mendaki ni.Bas tak dibenarkan membawa penumpang sampai ke atas. Seoul Tower ni terletak di gunung Namsan.Satu-satunya gunung di tengah kota Seoul.


Persekitaran memang cantik dan banyak pokok hijau... 


Jalan kaki lagi


Semangat kena kuat kan walaupun lapar dan harus makan tengah hari dah ni.


Batu-batu yang tersusun cantik...bersih juga.


Bunga yang ditanam di dalam bekas berbentuk 'love'.Bunga taik ayam kot macam kat sini je rupanya.



Berebut nak bergambar di sini...Menara telekomunikasi Seoul yang terkenal dan wajib dikunjungi.


Love gergasi yang menjadi tumpuan dihasilkan daripada besi kalis karat.


Pad lock ada banyak digantung di sini.Ramai pasangan bercinta menulis nama mereka pada pad lock...entahlah apa tujuan sebenar atau kepercayaan mereka.Harga pad lock di kedai ni pun mahal baiklah tak payah.Teringat Bukit Bendera,Penang pun ada tempat begini.



Kerusi patah macam ni pun ada di Bukit Bendera,Penang.


Ada ruang kedai,pejabat dan restoran.


Teddy bear museum ada di sini....aku bukan peminat teddy bear jadi tengok dari luar je.


Kedai menjual cenderamata Seoul Tower....mahal le


Pad lock pelbagai saiz dan warna...Ada dah berkarat pun.


Bangku warna lain pulak..bentuk sama je macam nak roboh.


Masa lunch...nasi beriyani kambing.Harga lebih mahal daripada nasi beriyani ayam.14 ribu won.


Nasi beriyani kambing..sedap makan sampai licin.


Dah selesai dan nak keluar utk shopping.


Turun lebih mudah daripada mendaki.


Kalau ada rezeki nak lagi ke sini untuk sehari...banyak tempat menarik sekitarnya.


Daun banyak2....tup tup ada bunga purple...cantiknya


Hutan yang indah.


Tempat yang popular...ramai orang Melayu rasa dekat dengan Malaysia.


Bunga purple tapi lebih banyak.


Aku turun dan nenek tu nak naik.Steady je dia berjalan dengan laju.Malu pulak aku tadi termengah2 nak naik.Takpelah nak refresh otak dan ujian fizikal mestilah sanggup kan.Kasut memang penting,kalau kasut tak selesa nanti mengganggu kelancaran perjalanan.Belanja mahal pun tak mengapa untuk mendapatkan kasut yg selesa dan sesuai.


Seterusnya shopping di Namdaemun Street, dan Myeongdong Street. Brooch dan batu permata di Korea memang gemerlapan la...



Rantai leher


Cantik semuanya


Ni lama kat dalam menunggu kawan memilih..aku tak beli hanya tengok2 je.Namdaemun Street ni banyak kedai yang menjual pakaian,beg,cenderamata dan makanan.Di sini aku membeli t-shirt i love korea..10 ribu won dapat tiga helai.Key chain bentuk pengetip kuku,fridge magnet,chopstick,kopi maximum, Beg pun dah bertambah ni beranak-anak org cakap.Berat dn sakit bahu memikul barang ni semua.Lewat petang ke Myeongdong Street....banyak produk kecantikan di sini...macam2 ada,mood nak shopping dah habis dan tak berminat pun nak beli masker,shampoo,lipstick,lotion....org Korea ni buat produk mereka sendiri kemudian jual sendiri.Kaki dan urat saraf dah sakit pun dan nak balik cepat untuk berehat.


Kedai yang menjual cenderamata...macam2 ada.Dapat key chain percuma.Dapat diskaun sebab beli banyak.Esok nak balik Malaysia dah.

No comments:

Post a Comment